Followers

Wednesday, December 27, 2006

TALAM SUJI

Untuk menunaikan permintaan maklang, di sini saya sertakan resipi 2 resipi Kuih Talam Suji. Diharap maklang dan sesiapa yg gemar dgn kuih ini dapat memanfaatkannya. Maaf ye, kerana kekurangan masa, saya print langsung dari sumbernya.

Sumber Resipi : Hjh Saharama Mahat (Buku Masak ALMAS)


Sumber Resipi : Hjh Rohana Abu (Buku Masak WARNA)


Monday, December 25, 2006

WADEH UDANG

Kami sekeluarga gemar memakan wadeh udang. Namun, pada ketika ini saya belum lagi mendapat satu resipi yg betul2 menepati citarasa saya. Resipi yang saya sertakan ini telah saya gunakan beberapa kali. Walaupun hasilnya tak begitu outstanding tapi OK jugalah. Saya biasa memakan wadeh yg lebih enak. Kalau sesiapa ada resipi yg lebih baik, bolehlah berkongsi ye! Mekasih..



WADEH UDANG

Bahan-Bahannya :
150 gm kacang dhal hitam yg telah dibuang kulit(rendam 1 malam)
300 gm tepung gandum
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 tangkai daun kari (dihiris)-optional
1 sudu teh (paras) soda bicarbonate atau 1 sudu makan yeast
200 gm udang hidup
1 sudu teh garam
2 batang lada hijau
1 cm halia
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
air secukupnya

Peraturannya :
Kisar halia dan 2 batang lada hijau dengan sedikit air. Masukkan kacang dhal dan kisar terus sehingga halus. Masukkan ke dalam bekas dan campurkan bahan lain seperti bawang besar dadu, daun kari, yeast, garam dan serbuk lada hitam. Adun sehingga rata semuanya.Perapkan adunan ini selama 3 jam. Adunan memang lembik sedikit. Ambil sekeping plastik dan basahkan sedikit dipermukaannya. Dengan tangan yang basah, ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti donut. Letakkan udang pada adunan itu lalu digoreng dengan minyak yang banyak. Hidangkan bersama lada hijau.

Saturday, December 23, 2006

KEK LAPIS LIMAU PURUT

Lapis Limau Purut di meja tersaji
Untuk santapan di Aidil Adha
Foto dan resipi telah pun diberi
Hah, apa lagi ..silalah mencuba!!


Pada sesiapa yg suka dgn aroma limau purut dan ingin mengabadikannya di dalam makanan, di sini saya sertakan resipi KEK LAPIS LIMAU PURUT yang telah saya buat semalam. Selamat mencuba.


LAPIS LIMAU PURUT

Bahan-Bahan
250 grm mentega
2 sudu makan susu pekat
½ tsp vanilli
10 kuning telur
4 putih telur
160 grm gula
90 grm tepung Hong Kong
2 sudu makan badam kisar
½ sudu teh baking powder
1½ - 2 sudu makan kulit limau purut (parut)
1 tsp warna hijau

Peraturannya
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan parutan limau purut. Kacau hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu biarlah plain dan yg satu lagi dibubuh pewarna hijau.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.





Nota:
1. Saya gunakan loyang berukuran 7"x7".
2. Setiap lapisan saya gunakan 1 senduk bumbung adunan.
3. Bakar menggunakan api grill (suhu 200 - 210 C)

Friday, December 22, 2006

LASAGNA

Atas request daripada Mas, di sini saya postkan resipi LASAGNE yg saya petik dari buku resipi Warna. I've tried it before tapi dulu takde blog, jadi tak tangkap gambar...tangkap lasagne ni masuk mulut jerr heheh.... Insya'allah sedap.

LASAGNE (Sumber Resipi & Foto : Buku Masakan Warna)

1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
1 tin (400 gm) buah tomato
½ sudu teh daun basil kering (dried basil)
¼ cawan pes tomato
1 sudu makan minyak
500 gm daging kisar
1½ cawan keju mozarella (diparut)
1½ cawan keju Tasty (diparut)
1 paket (250 gm) kepingan lasagne segera (direbus dahulu)
sayur-mayur utk ulaman
hirisan daun sup/bawang utk hiasan
1 bekas kaca tahan panas utk muatan 6 cawan.

Cara:

Kisar halus bawang besar, bawang putih, tomato, basil dan pes tomato. Panaskan minyak dalam kuali sederhana dan masukkan daging cincang. Balik-balikan hingga hilang warna merahnya. Masukkan bahan-bahan kisar dan masak hingga mendidih lalu kecilkan api dan masak lagi selama 10 minit atau sehingga ia pekat.

Ambil satu pertiga dari daging itu dan tuang dlm bekas kaca. Ratakan. Tabur di atasnya satu pertiga dari kombinasi keju. Lapiskan di atasnya dgn setengah bahagian kepingan lasagne segera. Ulang dan lapis di atasnya satu pertiga daging, satu pertiga kombinasi keju dan lebihan kepingan lasagne.

Tutup acuan dgn tutup periuk dan bakar dlm ketuhar 180 darjah Celsius selama 20 minit. Kemudian keluarkan tutup acuan dan bakar lagi selama 15 minit hingga ia kuning dan garing.

Lasagne enak dihidangkan bersama ulaman salada dan hirisan daun sup/bawang utk hiasan.

Panduan:
Lasagne adalah sejenis pasta. Ia hendaklah direbus dahulu sebentar hingga lembut sedikit dgn air. Garam secukup rasa dan 1 atau 2 sudu makan minyak. Keluarkan dan siram dgn air sejuk. Setelah itu diketepikan. Lasagne tidakboleh direbus terlalu lama.

************************************************************

Atau anda ingin mencuba satu lagi resipi Lasagna yg saya tukil dari Forum Resipi Diana. resipi adalah bersumber dari Pn Dekfa dari Osaka, Jepun. Selamat mencuba!




Lasagna
(sumber resipi & foto : Pn Dekfa)

250g kepingan lasagna (masak sprti peraturan yg terdpt pd kotak)
-selalu tak sampai 250 gms, ikut muat bekas.
175g grated mozzarella cheese


Sos Putih :
250 ml UHT milk
bawang
2-3 cm carrot (potong nipis)
1 helai bay leaf
1 fresh parsley
8-10 biji lada hitam
40 gm butter
40 gm tepung


Sos Daging :
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang celery (dicincang)
75 gm carrot (dicincang)
400 gm daging kisar (boleh diganti dgn isi ayam/daging burger)
4 biji tomato (dibuang kulit, potong dadu) – boleh gunakan tomato yg dlm tin
1 helai bay leaf
secubit oregano
sedikit basil
minyak masak
225 ml air
1 sudu besar tomato puree
1½ sudu teh gula
garam
lada putih & lada hitam


Cara:

Sos Putih
Campur dan masak semua bahan white sauce dlm sauce pan. Kecilkan api dan renehkan utk beberapa minit. Alih sauce pan tadi, tutup, dan biarkan sebentar sekitar 10-15 minit supaya susu sebati. Kemudian tapis dan buang bahan yg tak perlu dan yg berketul2. Cairkan butter dlm api kecil, masukkan tepung dan kacau terus sehingga masak dlm seminit. Masukkan UHT milk, kacau berterusan dalam 5 minit sehingga menjadi sauce yg lawa. Ketepikan.

Sos Daging:
Panaskan minyak dlm saucepan dan goreng bawang, bawang putih, celery dan carrot sehingga bahan-bahan lembut. Masukkan daging kisar tadi dan masak sehingga keperang-perangan. Masukkan tomato dan herba2 tadi lalu dimasak lagi dalamasa 15-20 minit. Kemudian masukkan air, tomato puree, garam, gula dan lada putih/hitam. Renehkan (simmer) sehingga bahan menjadi pekat.

Lasagna
Sapu dan ratakan sos daging di dalam sebuah bekas. Pastikan bekas itu ‘oven-friendly dan cukup besar utk memasukkan semua bahan. Kemudian bubuh 2-3 sudu makan sos putih dan taburkan keju rata-rata utk menutupi lapisan. Susun kepingan lasagna di atas lapisan keju tadi. Ulang susunan sehingga selesai semua kepingan lasagna. Akhir sekali, bubuh sekali lagi sos daging, sos putih dan keju. Jika anda gemar makan keju, bolehlah lebihkan sukatan keju ini.

Bakar lasagna di dlm ketuhar pada suhu 190 degrees selam 45-50 minit atau sehingga paisan akhirnya kelihatan kuning keemasan. Hidang lasagna panas-panas.

Nota: Ada juga yg meletakkan sos perang tapi ini terserah pada citarasa anda.

KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Atas permintaan Sis Kay, di sini saya berikan resipi Kuih Lapis Kacang Hijau yg saya tukil dari sebuah buku masak setempat. Diharap Sis Kay dan sesiapa yg berminat bolehlah mencubanya. Dah tu, bolehlah feedback yer!!

LAPIS KACANG HIJAU
(Sumber Resipi & Foto : Siti Mastura Alwi)

Bahan-Bahan:
400 gm tepung kacang hijau
100 gm tepung hoen kwee
80 gm tepung kanji
600 gm gula melaka
200 gm gula halus
1 sudu teh garam
2500ml santan dari 4 biji kelapa parut
2 sudu teh pewarna hijau
Loyang bulat 28 cm (gris sekelilingnya dgn minyak).

Cara:
Santan dimasak dgn gula Melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit.
Kesemua bahan tepung dicampurkan di dalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi ke dalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi hingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnakan hijau dan yg satu lagi dibiarkan warna aslinya.
Kukus di dalam loyang, berselang seli warna sehingga adunanny habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5 minit atau sehingga masak.
Biar kuihnya benar-benar sejuk, baru boleh dipotong.

Thursday, December 21, 2006

KEK LAPIS MANGGA

Terdapat pelbagai kek-kek lapis yg berperisakan buah-buahan seperti durian, cempedak, pisang, oren, strawberry dan lain2. Saya telah mencuba membuat Kek Lapis Mangga yg mana resipinya telah ada dalam simpanan saya sejak bertahun2 lamanya tapi tak pernah mencuba. Resipi ini yg saya petik dari sebuah majalah, telah saya buat sedikit olahan. Walaupun kek ini tidak berapa lemak sebagaimana kek2 lapis biasa, namun hasilnya tidak mengecewakan. Berikut adalah resipinya:



KEK LAPIS MANGGA

Bahan-Bahan :
12 biji kuning telur
6 biji putih telur
230 gm mentega
180 gm gula halus
120 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen mangga
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan puree mangga
sedikit pewarna kuning

Cara:
Mentega, esen mangga dan susu pekat dipukul hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur dgn baking powder hingga pekat sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi hingga pekat.

Campurkan adunan mentega, puree mangga, pewarna kuning dan adunan telur lalu dikacau rata. Akhir sekali, masukkan tepung Hong Kong dan kacau rata sekali lagi. Bakar selapis-selapis dgn api grill (suhu 200 – 220 C) sehingga selesai.

Sunday, December 17, 2006

CAPATI & KHEEMA KAMBING

Hari ini kami sekeluarga menikmati makanan kaum India iaitu Capati. Pertama kali saya dikenalkan dgn makanan ini ialah sewaktu saya menuntut di Pre-U Sek Men Teknikal Tg Katong . Seorang teman Islam berketurunan Benggali/Pakistan telah mengundang kami ke rumah beliau dan ibu beliau telah menghidangkan Capati dgn pelbagai lauknya. Seperti biasa, saya yg tak malu ni pun mulalah mengecek resipi dari tuanrumah. Nasib baik beliau tak lokek orangnya. Resipi asalnya yg ditulis di foolscap paper saya simpan bertahun2 lamanya tapi semenjak dah berpindah-pindah rumah ni, entah manalah saya taruk. So selalunya saya main campak2 jer bahan-bahan nak buat capati dan kheema ni. Untuk posting ini, saya ada berpandukan sedikit sebanyak resipi dari Puan Zarina Ibrahim, seorang tukang masak Singapura yg mmg handal dlm bidang masakan lauk-pauk orang-orang India. Berikut adalah foto dan resipinya:



CAPATI
Bahan-bahannya:
800 gm tepung Atta (wholemeal)
4 sudu besar minyak sapi/masak
2 cawan air (dicampur dgn 2 sudu teh garam)

Cara:
Ayak tepung ke dalam sebuah mangkuk besar dan lubangkan di bahagian tengahnya. Tuang minyak sapi ke dalamnya dan gaul sehingga rata. Kemudian masukkan ½ bahagian air tadi dan uli hingga rata dan sebati. Setelah itu tuang baki air dan uli lagi selama 10 minit. Tutup mangkuk dgn tuala/kain lembab dan perapkan selama kira-kira 45 minit atau 1 jam. Setelah itu, ambil adunan dan buatkanlah bebola-bebola kecil lalu dicanai hingga leper.

Panaskan kuali leper dan ambil satu bebola yg telah leper tadi dan masaklah sebentar (kira-kira 2 minit. Gunakan sehelai tuala kecil yg diponjot utk menekan-nekannya agar ia dapat menggelembung. Setelah itu terbalikkan dan masaklah lagi selama 1-2 minit. Angkat dari kuali dan sapukan sedikit minyak sapi ke atas capati itu. Hidangkan bersama Kheema daging.



KHEEMA KAMBING
Bahan-Bahannya:
700 gm daging kambing/lembu kisar
5 cm halia (kisar)
8 ulas bawang putih (kisar)
10 sudu besar rempah kari daging
secukup air (kira-kira 3-4 cawan)
garam secukup rasa

1 ikat daun ketumbar (potong dgn tangkainya sekali)
1 ikat daun ketumbar (diambil daunnya saja)
3 batang lada hijau (potong kasar2)
1 tin kecil kacang peas
sedikit jagung biji (whole kernel corn)

(Dipotong dadu kecil)
3 biji kentang
1 batang lobak merah
3 biji tomato
3 biji bawang besar

Bahan Utk Menumis
1 biji bawang besar (hiris)
cengkih, pelaga & kayu manis secukupnya
2 senduk minyak masak

Cara:
Gaul daging kisar bersama halia & bawang putih, rempah kari dan garam. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis. Setelah bawang layu, masukkan daging kisar yg telah diperap tadi dan sedikit air. Kacau hingga wangi. Masukkan pula kentang, lobak merah dan lebihan air tadi. Masak hingga kentang/lobak empuk lalu masukkan bawang besar, lada hijau, kacang peas, jagung dan tomato. Akhir sekali masukkan daun pudina & daun ketumbar dan masak selama 5 minit lagi.




DHAL
Bahan-Bahan Utk DiRebus
1 cawan dhal (dibersihkan, rendam 1 jam, toskan)
1 cm halia (hiris halus2)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
2 batang cili hijau (dipotong kecil2)
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
sedikit kacang kuda rebus (ni saya yg pandai2 taruk bila dhal dah empuk! )

Bahan-Bahan Lain
2 biji tomato (potong dadu)
6 tangkai daun ketumbar (cincang)
1 sudu teh jintan halus (sangai kasar2)
½ sudu teh lada kering (disangai setelah dikisar kasar2)

Cara:
Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk. Rebus hingga dhal empuk, lembut dan pekat.
Masukkan pula tomato. Kacau. Sebelum dihidang, masukkan daun ketumbar & jintan halus lalu dikacau rata. Akhir sekali, taburkan cili kering sangai tadi.



ULAM TIMUN DGN TAIRU
1 batang timun (dibelah dua dan dihiris)
2 btg cili merah (hiris)
2 btg cili hijau (hiris)
2 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu besar cuka
sedikit air limau kasturi
sedikit tairu (abt ½ cawan)
secukup garam

Cara:
Campurkan semua bahan di atas dan gaul hingga rata.

PACERI PUDINA -tak sempat nak buat
50 gm daun pudina (setelah dibuang tangkainya)
8 batang cili hijau
1 sudu teh halia hiris
1 biji bawang (sederhana)- belah-belah
1 sudu besar asam jawa (dibilas, diramas dan ambil air asamnya)

Cara:

Kisar semua bahan di atas dan bubuh 1 sudu teh garam. Kacau hingga sebati.

Saturday, December 16, 2006

PUTERI SALAT / SERIMUKA

Hari ini saya nak attachkan resipi Puteri Salat (Serimuka). Kebetulan seorang teman telah request saya menyiapkan kuih ini. Here's the pic & recipe. Kalau nak cuba, silakan.



PUTERI SALAT / SERIMUKA

Untuk Lapisan Bawah
600 gm beras pulut (1 mangkuk)
1 cawan kelapa parut (putih)
80 gm kacang lepat (rebus hingga ¾ masak)
1 mangkuk santan cair (saya gunakan 100 ml krim santan KARA + air)
garam secukup rasa
daun pandan

Cara:
Kukus pulut bersama santan ,garam dan daun pandan selama kira-kira 20 minit hingga pulut tanak. Masukkan kelapa dan kacang lepat lalu digaul rata. Sapukan sedikit minyak di sekeliling loyang bulat 32 atau 34cm dan tuang pulut tadi ke dalamnya. Tekan pulut hingga mampat. Kukus lagi selama kira-kira 10 minit. Setelah itu masukkan serikaya (lapisan atas) dan kukus lagi hingga kira-kira 30-40 minit.

Untuk Lapisan Atas (Serikaya)
5-6 helai daun pandan (dihiris)
115 ml santan cair (½ cawan)
( Kisar halus, perah patinya hingga menjadi kira-kira 150ml )

550 ml (2½ cawan) santan pekat- saya gunakan krim santan KARA
420 gm (1¾ cawan) cawan gula
6 biji telur (saiz besar AAA, kalau kecil 8 biji) –dikocok sedikit
6 sudu makan tpg gandum
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau (optional)
½ sudu teh pandan paste (optional)

Cara:
Satukan semua bahan di atas lalu dikacau rata. Kemudian tapis dan curahkan ke atas pulut tadi.






Wednesday, December 13, 2006

KEK LAPIS HORLICKS-MILO

Mlm ni baru saya berkesempatan membuat kek lapis horlicks-resepi sumbangan Deeyana. Tapi jgn marah eh! Deeyana, saya ubah sikit flavournya. Instead of semua lapisan horlicks, saya membuat lapisan horlicks berselang seli dgn lapisan milo. Hence nama kek pun bertukar Kek Lapis Horlicks-Milo. Maaf ....mintak ampun ye tuanpunya resipi....






























KEK LAPIS HORLICKS-MILO
Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum (saya gunakan tepung Hong Kong)
200 gm Horlicks (saya gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar selapis-selapis hingga selesai.
 

HIDANGAN HARI INI

Harini adalah 2nd last day of my a/leave utk tahun lalu (2005).... iyerlah cuti banyak, time-off berjam2 tak clear lagi! huuh. Tahun ni nyer blum sentuh lagi-carry forward next year. Anyway, oleh kerana tak tau nak buat apa2 jadi ..masuk dapur lerr, kasi berserak.. hehehe (kalau isteri tau mesti kena marah!! saya kasi serak dia kena kemas...) So, saya siapkan menu hidangan hari
ini seperti berikut:


AYAM MASAK SERAI

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong 8)
4 batang serai (dititik)

(Bahan-bahan dikisar halus)
3 batang cili merah
10 ulas bawang merah (atau 2 biji bawang besar)
3 sudu makan cili kering kisar
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai
3 sudu makan minyak utk menumis
400ml santan pekat dari 1 biji kelapa(saya gunakan santan kotak)
1 sudu besar jus lemon (optional)
1 sudu teh gula (optional- saya taruk)
garam secukup rasa
daun kunyit, daun limau purut (optional- saya taruk sbb anak2 suka aromanya)
daun ketumbar utk hiasan.
10 batang cili padi (dilepaskan dlm kuah)

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar bersama serai, daun kunyit dan daun limau sehingga wangi dan garing. Masukkan ayam tadi dgn sedikit air. Kacau perlahan-lahan sebentar. Sesudah itu, masukkan santan dan cili padi. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih. Sesekali hendaklah dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Akhir sekali masukkan garam, gula dan jus lemon. Kacau lagi dan biarkan mereneh sebentar sebelum dimatikan api. Hiaskan dgn daun ketumbar.

SAMBAL TOMATO

Bahan-Bahan:
5 biji tomato yg merah mengkal (dihiris)
5 batang cili merah
4-5 batang cili padi
sedikit belacan (disangai hingga garing)
secukup air asam
gula secukup rasa
secubit garam, jus limau kasturi (optional)

Cara:
Tumbuk belacan bersama cili merah dan cili padi. Masukkan air asam, garam dan secukup gula. Masukkan pula tomato hiris dan digaul rata. Boleh juga diperahkan sedikit jus limau kasturi.

Nota : Anda boleh tukarkan tomato kepada buah mangga, kuini atau pun binjai.

Friday, December 08, 2006

KUIH TALAM KELADI

Kuih Talam Keladi merupakan salah satu drpd banyak kuih tradisi Melayu yg biasa kita jumpa di majlis-majlis keramaian. Membuat kuih-kuih talam yg berasaskan tepung beras di lapisan bawah tidaklah begitu rumit. Anda hanya perlu mendapatkan resipi asas utknya dan setelah mahir, anda boleh pelbagaikan 'intinya' seperti menukarkan keladi kepada pisang, nangka, sengkuang cina, dan banyak lagi. Ada juga terdapat resipi yg mencampurkan tpg beras dgn tpg hoen kwe. Basically, asal bahagian bawah tu lemak & lembut (bukan lembek)- that's good enough. Pada lapisan atas pula, in general, sukatan serikayanya juga basic dan anda boleh menukarkan kepada perisa pandan, plain atau pun gula melaka. So, di sini saya sertakan resipi talam keladi versi saya. Kalau ada apa2 feedback, silakan ya. Selamat mencuba!


Bahan Lapisan Bawah

400 gm keladi (dipotong dadu, kukus atau rebus hingga 3/4 masak)
280 gm tepung beras
1150 ml santan cair dari 1 biji kelapa (saya gunakan 200ml krim santan KARA & ditambah air)
120 gm gula
1 sudu teh garam

Cara:
Campurkan tepung beras, santan cair, gula dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 20-25 minit sehingga ianya agak pekat sedikit. Kemudian masukkan keladi yg telah dikukus tadi dan kacau/gaul sebentar. Matikan api dan tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Ratakan dan kukus adunan ini selama kira-kira 20 minit. Setelah itu, tuangkan bahan serikaya (lapisan atas) ke atas nya. Kukus lagi hingga masak selama kira-kira 30-40 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk (kira-kira 3-4 jam) sebelum dipotong.

Bahan Atas (Serikaya)

8 biji telur ayam (kalau saiz besar 6 mencukupi)-kocok sedikit
200 gm gula melaka (masak dgn 1 cawan air, daun pandan- jadikan 220 ml air gula-sejukkan)
250 gm gula
6 sudu makan (mumbung) tepung gandum
550 ml santan pekat dari 2 biji kelapa (saya gunakan krim santan pekat KARA)
1 sudu teh garam

Cara:

Di dalam mangkuk besen, masukkan tepung, gula, air gula melaka & santan pekat lalu dikacau rata. Kemudian masukkan telur dan garam dan dikacau lagi hingga sebati lalu ditapis. Tuang ke atas lapisan bawah kuih talam keladi.

Nota:

Kalau ingin bubuh sedikit pewarna coklat pada serikayanya- silakan. Ada sesetengah resipi yg mengarahkan bahan serikaya ini dikacau sebentar di atas api- ok gak. Bagi diri saya sendiri, bila membuat kuih-kuih talam, saya jarang berbuat demikian. Terserahlah kpd anda, mungkin cara anda berbeza. Asal hasilnya memuaskan diri kita sendiri, Insya'allah.

Wednesday, December 06, 2006

CHOCOLATE ECLAIR / KRIM PUFF BUAH-BUAHAN

Dua resipi (& foto yg telah di edit) ini saya petik dari sebuah majalah dari Malaysia (dah lupa lak nama majalahnya sbb heheh.. saya koyakkan jer bab resipi tu, cover dan penutupnya entah ke manalah agak nya!) Looks appetizing tapi saya belum cuba ya! Saya ada resipi yg selalu saya gunakan utk membuat krim puff (Blog Entry dtd 20 Nov 06 ) dan pernah membuat krim puff buah-buahan ni tapi masa tu lupa lak nak snap pictures sbb that time blum ade blog. Anyway, it boils down to basics. Kalau anda dah ada resepi asas krim puff/eclair yg biasa dibuat dan menjadi, gunakanlah. Ini sebagai pencuci mata dan memberi idea camner nak gubahkan eclair dan krim puff ni.
Bahan-Bahannya
150 gm tpg gandum
120 gm mentega
150 ml air
4 biji telur
2 sudu kecil gula halus
secubit garam

Cara:
Air, mentega, gula halus dan garam dimasak hingga mentega cair. Masukkan tpg gandum dan kacau hingga sebati sehingga tak melekat di periuk. Tuangkan adunan ini ke dalam mixer dan dipukul hingga rata, pekat. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul terus. Setelah itu masukkan adunan dalam piping bag bertiub bintang lalu paipkan ke atas dulang pembakar. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan dahulu dgn suhu 180 C hingga kekuningan. Sejukkan puff ini dan dibelah dua jgn putus. Paipkan kastad cokelat ke dalamnya. Akhir sekali sapukan cokelat cair di atasnya.

Bahan Kastad Cokelat
250 ml susu segar
200 ml krim segar
30 ml tpg kastad
100 gm cokelat masakan
40 gm gula halus

Cara
Satukan semua bahan dan masak di atas api hingga pekat.

Hiasan
chocolate coating
badam hiris atau cincang


KRIM PUFF BUAH-BUAHAN

Bahan-Bahan

70 gm tpg gandum, 60 gm mentega, 125 ml air, 1 sudu kecil gula kaster, 2 biji telur, secubit garam.

Cara : Mentega, air, gula kaster dan garam dimasak hingga mentega cair. Masukkan tpg gandum dan dikacau hingga sebati supaya tidak melekat di periuk. Tuangkan adunan ke dalam mixer dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Paipkan adunan di atas dulang pembakar dgn menggunakan piping bag bertiub bintang. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan hingga kekuningan. Puff ini kemudian dibelah dua (jgn putus) , paipkan krim kastad ke dalamnya dan susunkan hirisan buah-buahan di atas/dalamnya. Kilatkan dgn instant jelly atau apricot jel.

Bahan Krim: 250 ml susu segar, 100 ml krim segar, 20 m gula halus, 15 gm tpg kastad

Cara : Satukan semua bahan dan masak di atas api hingga pekat.

Tuesday, December 05, 2006

PRATA-WRAPPED SAUSAGES


We had a simple dinner, yeah.. fast & simple. We wrapped cheese sausages in fried roti pratas/canai, together with lettuce, tomatoes, onions, chillies, cucumber and topped with maiyonese and chillie sauce. Had wanted to add in cheddar cheese slices and perhaps a tinge of black pepper sauce but too bad...ran out of stock. We had succulent sotong balls and onion rings as accompaniments as well. Guessed, its already filling though! That's enough, STOP!! dont fry the french fries please!!!

MASALAH TEKNIKAL

Assalamualaikum semua, brothers/sisters. Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog saya. Maaf kerana Blog saya mengalami masalah teknikal beberapa hari yg lalu. Saya tak dapat nak create entry dgn baik dan foto pun tak dapat di muat-naikkan (upload). Alhamdulillah, baru hari ini masalah ini dapat di selesaikan. Insya'allah blog ini akan kembali seperti sediakala dgn entry2 yg saya harap dapat memanfaatkan semua. Diharap anda semua bersabar ye...

Sebagai permulaan, di sini saya uploadkan foto dua daripada banyak jenama kacang phool yg siap dlm tin yg dihasilkan di UAE (United Arab Emirates. Kepada mamimontel dan sesiapa yg sedang mencarinya, diharap ini dapat membantu.