Followers

Saturday, November 19, 2011

TALAM U3K


Sebenarnya, Kuih Talam kali ini merupakan adaptasi dari resipi Talam Keladi yg biasa saya buat. Tetapi, oleh kerana di rumah terdapat ubi kayu dan keledek Jepun, tercetus idea utk menggabungkan kesemua ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi tersebut di dalam resipi kali ini. Justru, saya namakan Talam U3K. Namun, kalau anda hanya ingin menggunakan hanya keladi, orait gak...

Untuk sesiapa yg berminat utk mencuba, silakan. Cuma resipi kali ini byk menggunakan telur..... so sesiapa yg sedang berdiet, boleh makan tp mungkin hanya sepotong dua ajer yer!





TALAM U3K (keladi/keledek/ubi)

Bahan Lapisan Bawah
150 gm ubi keladi
150 gm ubi keledek
150 gm ubi kayu  
(ketiga-tiga ubi ni dipotong dadu, kukus atau rebus hingga 3/4 masak)

200 gm tepung beras
50 gm tepung jagung
1250 ml santan cair (saya gunakan 500ml santan kotak KARA + 750ml air)
130 gm gula halus
1 sudu teh garam

Cara:
1. Campurkan tepung beras, santan cair, gula dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk. Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 15-20 minit sehingga ianya agak pekat sedikit lalu matikan api.

2. Kemudian masukkan ketiga2 ubi yg telah dikukus/rebus tadi dan kacau/gaul sebentar. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Ratakan dan kukus adunan ini selama kira-kira 20 minit.

3. Setelah itu, tuangkan bahan lapisan tengah serikaya ke atas nya. Kukus lagi hingga masak selama kira-kira 30 minit. Buka penutup kukusan dgn hati2 dan lap permukaan kuih dgn kain halus atau tissue jika terdapat kesan air di permukaannya.

4. Akhir sekali, tuangkan bahan lapisan akhir ke atas lapisan tengah tadi. Kukus lagi selama kira-kira 30-40 minit. Setelah kuih masak, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk ( kira-kira 4-5 jam) sebelum dipotong.

 
Bahan Lapisan Tengah
6 biji telur ayam (saiz besar) - kacau sedikit
200 gm gula halus
2 sudu besar (bumbung) tepung beras
450 ml santan pekat KARA
¾ sudu teh garam
 
Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga rata dan tapis jika perlu.
 
Bahan Lapisan Atas
6 biji telur ayam (saiz besar) - kacau sedikit
100 gm gula halus
100 gm gula Melaka asli
2 sudu besar (bumbung) tepung beras
450 ml santan pekat KARA
¾ sudu teh garam

Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau sehingga rata dan tapis jika perlu.

11 comments:

Nieza said...

assalam, sedapnya tgk kuih talam ni...kombinasi yg menarik:)

azizah@cutemamadelicacies said...

Assalam bro, very creative. kzah link your blog to my blog list.kzah harap bro tidak keberatan. thanks

Ietams said...

unik namenye

Hani in Canada said...

Salam Abg Rozzan ... sungguh creative betul kuih talam ni! Hani mmg feveret kuih talam - esp yg pakai gula melaka. Just one question - what is the size of the loyang u used for this recipe? Thanks for sharing ...

Nuridah said...

Assalamualaikum bro,

sedap nampak kuih talam tu...cantik pulak tu...minta izin copy resipi ya...thanks for sharing...good idea.

Mama Hawa/Mama Nani said...

As salam Rozzan :)
Wah bila tgk jer kuih talam nih dh tahu byk pkai telur..
creative lah Rozzan mengabungkan keledek2 tuh :)

Nurwin Heny said...

Salam Bro Rozzan. Cantik betul kuih ni. You are indeed very creative!

Nanny Leah said...

Bro Rozzan minta ampun sedapnya...hehehe :)

Ida,Japan said...

slm kenal bro rozzan..ida follow yer...emmm...cantik ler kuih tuuu

Anonymous said...

you're indeed creative!...saya teruja melihatnye, cantik sungguh:))

Anonymous said...

Bro Rozzan,nak tanya,loyang u berapa inci?height X Length brape? TERIMAKASIH.

Kak Long.