Followers

Friday, December 24, 2010

KEK LAPIS ANEKA COKELAT a.k.a. LAPIS MUTIARA

Sebenarnya Kek Lapis ini terilham dari resipi kek lapis mutiara yg mmg byk versinya di internet. Saya cuma pelbagaikan cokelat yg ada di dalamnya sebagai satu percubaan. Kebetulan pada masa tu, byk cokelat2 yg 'tersadai' kat peti sejuk saya. Alhamdulillah, anak2 saya gemar dgn rasanya. Maaflah kepada empunya resipi yg asli krn kekadang tu saya mmg gemar membuat kelainan dalam kek2 yg saya buat. Harap2 taklah merosakkan nama baik kek ini yer, hihi...





KEK LAPIS MUTIARA

Bahan-Bahan

450 gm mentega

1 sudu besar ovallete

150 gm gula kaster

10 biji telur

220 gm tepung Hong Kong (diayak)

150 gm Nestum (kisar halus)

1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan ikut selera masing2)

2 sudu besar chocolate emulco

1 sudu teh pewarna cokelat (yg pekat)

500 gm cokelat masakan - cairkan

secukup biskut Kit Kat / atau biskut jejari

secukup chocolate Hershey’s cookies n cream (dipotong2)

secukup chocolate cadbury (dipotong2)




Cara

1. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul.

3. Masukkan pula susu pekat dan pukul.

4. Selanjutnya, perlahankan speed mixer lalu

masukkan tepung dan nestum. Pukul sebentar jer agak2 adunan dah sebati/rata.

5. Akhir sekali, masukkan chocolate emulco & cokelat masakan. Kacau hingga rata.

6. Ambil 2 senduk adunan dan mulalah melapis kek ini sehingga selesai. Pada setiap lapisan kedua atau ketia bolehlah anda susunkan cokelat Kit Kat tu atau pun biskut jejari..

5 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Delectable layered cake! :D

Bro Rozzan said...

Thanks...

sitihaida12 said...

Hi Abg Rozzan, saya nak tanya kalau Abg ada resipi kueh bangkit yang sedap tak? Thanks...Aida

Anonymous said...

kalau boleh kita kekalkan keaslian bahan2 & kualiti ... jangan guna chocolate emulco. rasanya pun artificial. frust sekarang banyak resepi gunakan bahan2 seperti pandan paste, emulco, dsb :((((

Anonymous said...

Kalau guna loyang 10x7 guna telor brapa biji ye? Boleh lebih kn telor ke supya kek lbh lembut?