Followers

Sunday, November 28, 2010

CHILLI CRAB / KETAM BERCILI




















Just to share, satu resipi ketam yg saya buat hari ini versi saya... Jom cuci mata dan semak resipi yer....

CHILLI CRAB / KETAM BERCILI

Bahan-Bahan
1½ kg ketam renjong/bunga
(kukuskan sebentar, kira-kira 5 minit)

3 biji bawang besar
1 inci halia
6 ulas bawang putih
2 batang cili merah
10 batang cili padi
1½ cawan cili kering kisar
(kisar semua bahan2 di atas ini)

2 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
½ biji bawang besar (dihiris, utk ditumis)

3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos abalone
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar cuka
3-4 sudu besar gula pasir
1 susu kecil minyak bijan
garam secukup rasa
3- 4 cawan air

¾ cawan minyak masak (utk menumis)
4 biji telur (dikocok sebentar)
sedikit bawang goreng, daun sup/bawang (utk hiasan)


Peraturan :

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar.

2) Masukkan pula bahan2 kisar bersama serai dan lengkuas titik. Tumis hingga garing dan naik baunya. Kalau perlu bubuh sedikit air dari sukatan air yg diberi tadi.

3) Setelah itu, masukkan pula sos tiram, sos abalone, kicap cair, sos cili, sos tomato, cuka, gula, garam dan lebihan air tadi. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Akhir sekali, masukkan minyak bijan.

4) Kemudian, siramkan telur yg dah dikocok tadi ke atas kuah ketam ini dan biarkan sebentar shingga telur ‘keras’ sedikit. Setelah itu, gaul rata-rata.

5) Bila dihidangkan, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup/bawang hiris.

Nota:
Kalau kuahnya cair, anda boleh ambil 2 sudu besar tpg jagung dan larutkan dlm ½ cawan air. Kemudian tuang ke dalam kuah ketam tadi dan ratakan. Kuahnya akan pekat.

5 comments:

Fuat Gencal said...

Ellerinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılarımla.

ma'chiks said...

suka...sesangat tapi tu le darling penyakit gout, so takde la seafood and daging masuk rumah.

Nieza said...

salam, menarik ketam ni...btw salam kenal..saya follow .:)

Bro Rozzan said...

BR > ma'chiks

Kalau begitu, cuci mata jer lerr, heheh. Mmg kalau gout tu kena byk berpantang makan.

Bro Rozzan said...

BR > Nieza

WS. Alhamdulillah, tk mengecewakan. Mekasih sudi berkunjung.