Followers

Friday, October 29, 2010

KEK MARBLE NUTELLA

Kek Marble Lapis Nutella yg diadaptasikan daripada Soft Marble cake yg dilapiskan dgn sapuan Nutella. Cuci mata yok...

Kek Marble Nutella

Bahan-Bahan

270 gram mentega
250 gram tepung Hong Kong
230 gram gula kastor
10 gram serbuk koko
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air (paip)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilla/vanilli

secukup Nutella utk disapu


Cara:
1) Mentega, susu dan vanilla disatukan lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan. – Bahan A
2) Masukkan telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang dan pekat. - Bahan B
3) Satukan Bahan A dan B. Gaul rata.
4) Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan serbuk koko. Kacau rata.
5) Siapkan tin kek berukuran 8 x 8 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
6) Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
7) Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 – 50 minit.

8) Biarkan kek betul2 sejuk sebelum di belah dua dan disapu dgn Nutella. Masukkan dlm peti sejuk sebentar sebelum dihidangkan.

Nota :

1) Yg saya buat ialah adunan di bahagi 3 bahagian. 1 bahagian di bubuh serbuk koko dan sedikit pewarna coklat. Yg lagi 2 bahagian tu saya biar plain. Kemudian saya bubuh 1 bahagian plain dan ratakan. Pastu, saya bubuh bahagian cokelat pula. Last sekali saya bubuh yg plain, Then saya gunakan chopsticks dan buatkan lorekkan ke seluruhan adunan. Kalau nk ada design di permukaan, tglkan sedikit adunan cokelat dan bubuh dipermukaan sebelum di buat lorekan ya. Harap maklum..

2) Kek akan menjadi lebih lembut dan moist jika ia di makan sekurang2nya 1 hari selepas dibuat.






23 comments:

Fuat Gencal said...

Ellerinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

Saygılar.

CuteOven said...

Salam Bro... Selamat kembali membaking... bahasa apa en fuat gencal ckp teringin juga nk belajar...

Hann said...

Menyelerakan.. :)

YusLinDhia Zamani said...

menanti resipi2 meletup dari bro...lama tol x brblog...mesti sedap kek marble nutella...insyaallah leh cuba...

Aishamirafiq said...

bro.... nak recipe.... sedap tu
terima kasih!

fazian.batrisyia said...

Tayang je ke...geram tgk kek tu...mohon share resepinya.
Terima kasih...

Hani in Canada said...

Alhamdulillah ... Abg Rozzan dah mai!!!

Bro Rozzan said...

BR > CuteOven
WS. Thank you...

Bro Rozzan said...

BR > Hann
Thanks sis.

Bro Rozzan said...

BR > YusLinDhia
Mekasih atas kesudian anda menanti resipi2 dari blog saya. TQ.

Bro Rozzan said...

BR > Aishamirafiq
Resipi dah dipost...albeit terlewat, hihi.

Bro Rozzan said...

BR > fazian
Sorry, terlewat reply..Resipi dah ada.

Bro Rozzan said...

BR > Hani
Hihihi...sorry, lama x masuk blog to update. Mcm byk keje gitu ;)

NoorMasri said...

Salam bro,kek tu nampak mengancam betul..

Bro Rozzan said...

BR > NoorMasri

Heheh, teruja? Buat lerrr, berbaloi...

Rohani said...

Salam Bro, Mcm mane you dapat design marble yg cantik. i buat selalu mendak, semua choklat kebawah.

BRO ROZZAN said...

BR > Rohani

WS. Next time, bila u buat, cuba perhatikan samada adunan tu cuku pdipukul tak... Kalau adunan tk dipukul dgn betul sehingga ia pekat dan rata. Pastu lak bila kita bubuh coklat pun kalau terlebih sukatan, nt ia menajdi berat. Bila kita selang selikan adunannya pula, then yg coklat tu mungkin akan turun bila dibakar. Perhatikan perkara2 ni di lain masa yer..

Anonymous said...

askum..nk tanye...tak berapa phm cara nak arrange adunan jadi cantik mcm ni..1st layer letak yg plain..then bru wat marble ke?

BR said...

WS, kebetulan adunan cokelat saya banyak dibawah mungkin krn dek terlebih berat tp keknya tak bantut/bantat. Cuma lorek2nya byk di bawah. Apapun, u buat kek marble seperti biasa jer. Dah masak, tunggu sejuk, baru potong dua bahagian dan sapu dgn Nutella. Harap maklum ya..

julie jumari said...

Sslam bro Roazzan saya sudah mencuba kek ini hampir 3 kali.... Tetapi kenapa di bahagian tengah kek ini mendak. Terimakaseh,

watiwt said...

Salam ABG Rozzan.. Kenapa ye dah 3 Kali saya buat kek ini slalunya tengah kek di dlmnya tak masak.. Ia lembik2 sikit. Tapi keknya lembut sedap sgt2. Cuma itu lah
masallah saya.

Hamba Allah said...

Kek ni memang my whole family favourite...especially my 4 kids....love it

Norsidah Talib said...

assalamualaikum rozzan
qn:to bake de cake use electric oven up en down with fan assisted or just pakai down aja?

tq