Followers

Friday, October 01, 2010

BANJI ROLL - Permintaan Resipi

Permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf krn terlewat. Resipi ini saya tukil dari blog Resipi Diana. Semoga menepati citarasa anda ya. (Thanks Diana, hope u dont mind me sharing this recipe ya!)






BANJI ROLL
Sumber: Zaiton Dahlan

Bahan-bahannya
20 biji kuning telur
12 biji putih telur
320 gram gula tepung
2 sudu teh coffee oil
2 sudu makan ovalette
120 gram tepung jagung
1 sudu teh baking powder
150 gram mentega cair
100 ml air sejuk
200 gram tepung gandum

Cara Mengadun Kek
1. Satukan telur, gula, air, ovalette, tepung jagung, tepung gandum dan baking powder ke dalam mangkuk bancuh kek dan pukul sehingga kembang. Gunakan kelajuan tinggi.
2. Masukkan coffee oil dan mentega cair. Kacau hingga rata.
3. Bahagikan adunan ke dalam dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan dalam warna asal dan yang bakinya dibahagikan tiga kemudia diwarnakan hijau, merah dan coklat.
4. Bakar adunan dalam enam loyang berukuran 12 x 12 x 1 sentimeter, dalam suhu 180 darjah C selama 10 minit.

Bahan untuk Krim Colset
75 gram colset powder
250 gram mentega
125 gram gula kastor
300 ml air

Cara-caranya
1. Masak gula dan air hingga gula larut. Kemudian sejukkan dalam peti sejuk. Satukan colset powder dan mentega dan pukul hingga sebati sambil masukkan sirap gula sedikit demi sedikit dan adun hingga pekat.























Cara Menyusun dan Menggulung Kek

1. Kek yang diwarnakan itu disusun berlapis-lapis dengan menggunakan krim. Potong sedikit keempat-empat tepinya supaya rapi.

2. Bahagikan kek yang berwarna dan sudah dilapis tadi kepada tiga bahagian.

3. Ambil satu bahagian kek tadi dan potong menjadi empat bahagian pula.

4. Susun kek yang empat bahagian ini. Gunakan krim untuk melekatkan adunan. Pastikan warna hijau dapat membentuk ‘+’ selepas disusun. (Susun dulu kek untuk mendapat bentuk yang dimaksudkan, kemudian baru dilekatkan dengan krim).

5. Ambil sekeping kek berwarna plain dan sapukan krim pada bahagian belakangnya. Letakkan kek yang sudah disusun diatas kek plain lalu digulung.

6. Buangkan baki kek agar rapi. Ulang cara 1 hingga 4 untuk kek yang lain.

9 comments:

Anonymous said...

salam bro rozzan...terima kasih atas perkongsian resepi2 yg best2 tu...saya teringin gak nak cuba banji roll dan kek lapis blueberry cheese tu...terima kasih sekali lagi,dah banyak saya ambil resepi2 dari sini...terutama resepi kek lapis...memang sedap dan menjadi.

jue said...

salam bro rozzan...saye nk tnye le coffee oil n colset pwder tu ape ek??kurang faham le..bleh explain ckit x?nk cari kt kawasan sye susah le..sye ni suke sgt mkn kek benji ni..nk bli jauh plak..

Unknown said...

Salam, terima kasih kerana berkongsi. Ingin mencuba. Selalunya saya beli kek ini.

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

salam Bro...saya minta izin c&p dlm blog utk rujukan...insyaallah bila2 free leh cuba...tq ye Bro...

Unknown said...

aslmkmm bro rozzan..bole i try dis recipe?

Linda said...

Bro rozzan... thx for the recipe, nak tanya klu kat perth ni, dah puas cari tepung colset tu tak jumpa...ada tak cara lain atau bahan lain yang boleh digunakan untuk buat cream yang sama ngan krim colset?Thx a zillion...

Anonymous said...

Salam, harap ada info pasal colset powder, saya puas cari tak jumpa

Unknown said...

Salam.. Terima kasih sebb sudi share cara nak buat Kek benji nie.. da lame saya cari..

Unknown said...

Salam.. Terima kasih sebb sudi share cara nak buat Kek benji nie.. da lame saya cari..