Followers

Monday, July 26, 2010

KEK LAPIS CRANBERRY

Buat sesiapa yg nak cuba resipi kek lapis cranberry ni, silakan...





KEK LAPIS CRANBERRY

Bahan-bahannya
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
10 oz gula halus
16 oz mentega
5 oz tepung Hong Kong }
1 oz susu tepung aiskrim strawberry (optional) } …diayak bersama
2 sudu besar susu pekat
6 oz buah cranberry dlm peket
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli

Peraturannya:
1) Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2) Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4) Kemudian masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Ratakan sekali lagi sehingga sebati.

5) Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2 senduk adunan. Taburkan buah cranberry pada setiap lapisan genap.


Nota:

a) Lapisan pertama gunakan api atas bawah dgn suhu kira-kira 180 darjah manakala lapisan kedua hingga akhir gunakan api grill saja (api atas).

b) Anda boleh gunakan loyang berukuran 8” x 8” atau 9” x 7”. Loyang hendaklah dialas dgn kertas tracing dan digris dgn mentega. Kelilingnya juga digris.

c) Saya buat hanya 3/4 adunan jer drpd resipi asal.

8 comments:

Siti Indrawati said...

Salam Bro Rozzan,saya antara peminat Bro dalam dunia masakan ni..n dah banyak mencuba kek lapis dari blog Bro,terima kasih ..saya nak tanya serbuk vanili tu apa yer?saya memang gemar melapis..n antaranya kek lapis asam manis,horlick milo . tembikai..sori panjang berjela komen..

Bro/Uncle Rozzan said...

W'Salam.
Mekasih krn sudi mencuba resepi2 dari sini. Saya tumpang gembira anda berjaya membuatnya. Serbuk vanilli tu berwarna putih- yg lazim digunakan utk memberikan keharuman kpd biskut/kek yg kita buat. Harap maklum :)

Noor Asmida @ Noor Asmara said...

askum bro rozzan

setiap lapisan di bakar berapa lama

Bro Rozzan said...

BR > Noor Asmida

Setiap lapisan dibakar kurang lebih sekitar 6-8 minit, tergantung kpd oven anda ya. Harap maklum.

Ifqis said...

salam br rozzan,
Saya antara ribuan peminat blog bro ni. Saya nak tanya sket pasal kek lapis cranberry yg saya try masa raya lepas. Beberapa lapisan belah bawah seolah2 hangus(err kaler lebih gelap) compare dgn lapisan belah atas. Di mana agaknya silap saya yer?

marble cake said...

assalamualaikum,bro rozzan!!saya nak tanya kalau kita nak tukarkan cranberry ke kurma dan dipotong kecil-kecil boleh tak ini ini idea saya nak tanya pendapat tq 4 the recipe..

BR said...

Ifqis,
Berbyk maaf, jika nada masih check topik/blog ini. Saya terlepas baca komen/pertanyaan anda. Masalah anda mungkin berkaitan dgn suhu oven, dan cara anda membakar kek ini ya.

BR said...

WS marble cake,

Actually kalau anda dah ada asas membuat kek lapis ni, apa jer yg anda nk bubuh di antara lapsan2 kek tu terserah kpd citarasa sendiri. Cuma kalau u gunakan kurma, ini mungkin akan membuat rasanya lebih manis. Cubalah, its good to be innovative :)