Followers

Monday, March 01, 2010

Permintaan Resipi - Oreo Cheese Cake

Salam semua dan selamat menyambut Maulidurrasul. Maaf kerana lama tak update, heheh. I guess I need the break lah...

Terdapat beberapa permintaan resipi yg saya belum tunaikan- samada resipinya blum terjumpa, kerana kesuntukan waktu dan sbb-musabab yg "sewaktu dgnnya", heheh.

Apapun, kali ini saya paparkan resipi Oreo Cheese Cake (unbaked) -permintaan dari seorang pengunjung sedikit masa dulu. Resipi bersumber dari smile di FRD. Harap2 anda boleh mencuba yer.

CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

16 comments:

Mi||A said...

salam bro..makasih banyak2 ya resepinya..nak test nie..heee..milla dah lama cari resepi oreo nie...

Yuslindhia Zamani aka Linda said...

Lama tol x tgk resepi baru dr bro...
tq..insyaallah leh cuba ni...
penah wat cara 'steam bake'...jd cuba cara bro kasi lak ye...mesti sedap...

tia said...

yay! ada resepi!!!

MamaFaMi said...

Yang ini kita tak berapa berani nak kata kita nak cuba sebab nanti I ended up kasi habis semua kek sebab cheesey cakes, kat rumah ni agak kurengggg... tak pe, kita tunggu next recipe...

Ila Ayob said...

salam bro...wah cheececake lg..yummie...nak try ni...tp saya selalu bermasaalah biler nak kuarkan kek ni dari acuan...camner nak bg kek ni kuar dgn cantik kiut miut tu? bg tips bro...tq

Anonymous said...

nak tanya..kat resipi tu bertulis whipping cream, tp kat bhgian method plak whip cream.akceli whip cream n whipping cream ni sama je ke?

Anonymous said...

What type of gelatine you are using here?

BR said...

BR > Milla

WS. Mekasih kembali, dah cuba feedback eh...

BR said...

BR > Linda@Dhiaz

Heheh, saya bz sket...Apapun, cubalah. Semoga berjaya, Insya'allah.

BR said...

BR > tia

Hore, hore....hihihi

BR said...

BR > MamaFami

Heheh, tgh diet eh Mama? Saya pun x berani nk mkn byk2 cheese cake, takut lebar dan bulat, hihihi

BR said...

BR > ila ayob

WS. Selalunya kalau cheese cake, anda kena masukkan dlm peti sejuk selama beberapa jam atau lebih bagus 1 hari. Pastu torehkan dgn pisau ke sekeliling loyang kek spring-foam tu. Kemudian barulah di buka acuan tu dgn hati2. Insya'allah ok.

BR said...

BR > anonymous

Whip atau whipping cream tu sama ya.

BR said...

BR > anonymous

Saya gunakan plain gelatine yg halal ya.

cik bella said...

salam..sedapnye tgk kek ni..tp sy penah buat.tp whipping cream sy cam pelik...lembik...nape yea...die kene putar bape lame..

Anonymous said...

Minta izin share resepi ye..tq