Followers

Monday, April 27, 2009

AYAM PENYEK/PENYET

Pernah satu ketika dulu ada seorang pengunjung yg bertanyakan ttg resipi Ayam Penyek. Di sini saya ingin berkongsi satu resipi yg saya tukil dari Buku ALMAS. Diharap sesiapa yg berhajat bolehlah mencubanya. Pastu, bolehlah feedback ya!




AYAM PENYEK
(sumber resipi & foto : Pn Asmah Laili)

Bahan-Bahan
1½ kg peha ayam (kira-kira 6 keping, jangan buang kulitnya, cuci bersih dan toskan
2 - 3 liter air
3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
3 hiris lengkuas, dititik
6 biji bawang putih, dihiris
1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
1 ibu jari halia, dititik
4 helai daun salam
4 sudu makan rata, gula Tanjung
2 sudu makan rata garam


Cara
Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit. Matikan api. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk. Bersihkan ayam.

Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam. Ayam
yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan. Goreng ayarn mi, pada keesokkan hari. Tetapi boleh juga digoreng
bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk. Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

Setelah masak, dihentak sedikit dengan anak lesung. Sajikan segera dengan sup asam, nasi panas, serta tempe dan tauhu goreng, kangkung rebus, Sambal Kicap Lada Padi serta Sambal Lonteh.


Ataupun anda nak mencuba satu lagi resipi yg saya petik dari Blog Resipi Diana (thanks D, saya panjangkan resipi yg ada kat blog awak yer!)


NASI AYAM PENYET PALEMBANG
Sumber: Hajah Rohanna Abu (Berita Harian 1 Sept 2006)

Bahan A (untuk merebus ayam)
1 ekor ayam (belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2 liter air
Garam secukup rasa

Cara-caranya

1. Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.

2. Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.

3. Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu. Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng. Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.

4. Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.TIP: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi. Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersama.


Bahan B (untuk goreng ayam)
2 biji telur
175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka) -cuci, toskan dan sangar jintan kemudian ditumbuk)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh serbuk lada
Garam dan air secukupnya


Cara-caranya

1. Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.

2. Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.

3. Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.

4. Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam hingga masak.


Nota:
Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras. Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.


Bahan C (Untuk nasi dan sup)
1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
½ cawan minyak bijan
6 – 8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
Garam secukup rasa
Air rebusan (stok) ayam secukupnya


Cara-caranya

1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.

2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.


Bahan D (untuk sambal dan ulam)
3 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)


Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bili sgoreng hingga lumat.

2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota:

Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam)
½ botol sos tiram
½ botol air
Segenggam gula paisr
Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Friday, April 24, 2009

PUTU MAYAM



Juadah sarapan pagi yang biasa kita lihat, beli dan menikmatinya. Putu Mayam, yg berasal dari kaum India ini memang tak perlu diperkenalkan lagi. So, bagi sesiapa yg nak cuba, jom lihat resipinya.


PUTU MAYAM

Bahan-Bahan
360 gm tepung beras
700 ml air panas (mendidih) }
1½ sudu teh garam } ….. disatukan

Cara :

Bungkus tepung beras di dalam sehelai kain nipis dan kukus selama kira-kira 20 minit. Sejukkan sebentar lalu bubuh air panas tadi dan gaul/uli sehingga rata.

Jerang air dalam kukusan sehingga mendidih. Gunakan alat penekan tepung muruku, pilih acuan yg lubangnya halus. Masukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalamnya.

Telungkupkan saringan yg diperbuat dari buluh. Picitkan keluar tepung tadi secara berpusing-pusing seperti membuat roti jala dgn saiz sebesar piring cawan teh.

Kukus selama 5 minit. Keluarkan dari kukusan dan perlahan-lahan ‘kopek’ putu mayam dari saringan buluh tadi dan alihkan pada sebuah dulang/pinggan besar.

Ulang proses ini sehingga kesemua adunan selesai digunakan. Hidangkan bersama kelapa parut putih & gula tanjung, “sothi” atau lauk kari yg lain.





Wednesday, April 22, 2009

KUIH PAU SAYUR (SENGKUANG)

Bercakap tentang kuih pau, memang sejak waktu dulu lagi saya dah belajar membuatnya dari arwah emak saya. Cuma, ini adalah kali pertama saya membuat posting dalam blog. Namun terdapat sedikit perbezaan ttg resipi dahulu dan sekarang.

Kalau dulu bila buat kuih pau ni, gunakan tepung gandum, yis, minyak sapi/biasa jer dah ok, menjadi; walaupun hasilnya kuih pau yg berwarna agak 'kuning air sket'. Tapi rasanya ok gak dan teksturnya juga lembut. Sekarang ni kuih pau lebih 'putih' dan ada juga yg 'putih melepak' dek penggunaan tpg Hong Kong atau pun tpg khas kuih pau. Di samping tu, teknik pembikinan dan penggunaan bahan2 lain seperti double-acting baking powder & shortening juga membantu menghasilkan kuih pau yg lebih putih, gebu dan lembut.

Terdapat pelbagai inti yang boleh kita bubuh dalam adunan pau tadi. Secara peribadi, saya lebih gemar kuih pau berintikan inti yg pedas seperti sambal tumis ikan bilis, inti kentang seprti inti epok2/karipap ataupun inti sayur ni. Namun, inti kacang merah pun mmg secara tradisi memang enak apalagi bila dialas dgn daun pisang sewaktu dikukus -wangi..... Teringat sewaktu dulu, pernah saya buat kuih pau dgn mengisikan intinya dgn sambal tumis sotong kering!!! Fulamak... Next time, nak cuba bubuh inti daging satay atau rendang pulak. Pasti gerek seh!!!

Pucuk pangkal anda yg buat dia, janji ia menepati citarasa kita yg nak menyantapnya! Peduli apa dgn orang lain, janji kita bahagia.... heheh.

So, di sini saya ingin berkongsi resipi kuih pau sayur yg biasa saya buat. Kalau anda nak cuba, silakan. Kalau tak pun, jom layan gambar...




KUIH PAU SAYUR

Bahan-Bahannya
500 gm tepung Hong Kong / Top
4 sudu besar gula halus
1 sudu besar double acting baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air abucang (alkaline water)
30 gm yis basah
240 ml air suam
2 sudu besar shortening


Cara

Larutkan yis di dalam air suam, kacau rata.
Masukkan tepung, gula, baking powder, garam dan air abucang ke dalam mixing bowl dan pukul dgn slow speed sebentar.

Masukkan pula campuran air suam/yis sedikit2 sambil terus dipukul.

Akhir sekali, masukkan shortening dan pukul sehingga menjadi adunan yg lembut.

Biarkan selama 30-40 minit sehingga adunan naik, kemudian tekanlah hingga keluar anginnya dan canai adunan itu seberat 50-60 gm setiap satu.

Bubuh inti dan biarkan lagi 20 minit hingga ia naik barulah dikukus selama kira-kira 15 minit .



INTI SAYUR

Bahan-Bahan
450 gm sengkuang (dipotong dadu)
100 gm daging kisar
100 gm isi ayam (dipotong dadu atau kecil2)
100 gm udang (dipotong kecil2)
8 biji cendawan kering (rendam hingga kembang & hiris)
atau cendawan butang (dipotong kecil2)

4 ulas bawang putih }
½ biji bawang besar } …ditumbuk halus

1½ biji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu teh lada putih serbuk
1 sudu teh kicap cair
½ sudu teh kicap pekat
1-2 sudu teh gula
garam secukup rasa
secubit serbuk perasa (jika suka)
1 sudu teh minyak bijan
3-4 sudu besar minyak utk menumis
2 sudu teh tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis b.putih & bawang besar tumbuk hingga garing.

2. Masukkan daging dan isi ayam lalu masak sehingga ia separuh empuk baru dibubuh udang. Gaul sebentar dan masukkan pula sengkuang, bawang dadu dan cendawan.

3. Seterusnya, masukkan minyak bijan, lada putih serbuk, kicap cair,kicap pekat, gula, garam dan perasa. Kacau dan sesuaikan rasanya dgn citarasa anda. Akhir sekali, masukkan tepung jagung tadi dan gaul rata. Sejukkan inti dahulu sebelum digunakan.



Tuesday, April 21, 2009

PUFF SAMBAL UDANG




Kalau sebut krim puff atau kastad puff memang dah biasa. Cuba difusionkan dgn sesuatu yg pedas atau spicy. Hah, kalau nak cuba sesuatu kelainan, bolehlah cuba Puff Sambal Udang.


Secara asas, anda cuma buat sambal tumis udang ikut citarasa anda. Kemudian gunakan resipi krim puff dan buat kelongsong bulat biasa. Pastu, belahkan sket lalu di isi dgn sambal udang tadi. Sebagai variasi, anda bolehlah bubuh sedikit mashed potato dan hirisan telur rebus ke dalam kelongsong puff sebelum dibubuh udang sambal. Hiaskan dgn daun sup.




MACARONI GORENG




Macaroni goreng(kicap). Just a simple recipe... ala ala mcm orang Cina/Tionghua buat cuma ada sket penyesuaian jer. Maklumlah, kalau tak pedas, nanti tak 'kick' pulak. So, saper nak cuba, silakan. Yg dah tau, cuci mata jer k!



MACARONI GORENG

Bahan-Bahan
500 gm macaroni
2 liter air
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak

Didihkan air dalam periuk dan masukkan macaroni, garam dan minyak masak. Rebus hingga empuk lalu toskan.

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz besar)
3-4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar udang kering (direndam)

250 gm isi ayam (potong dadu)
1 batang lobak merah (hiris)
beberapa btg jagung muda (potong kecil2)
sedikit cendawan butang (hiris)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat (masin)
2 -3 sudu besar "sweet sauce" (caramel sauce)
1-2 sudu besar kicap manis)
sedikit serbuk lada putih
1 sudu teh minyak bijan
minyak utk menumis
sedikit daun sup/bawang (hiris)

Cara:
1) Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan isi ayam dan kacau sebentar.

2) Kemudian masukkan lobak merah, jagung muda dan cendawan. Kacau sebentar lalu masukkan macaroni. Gaul hingga rata.

3) Seterusnya, bubuh serbuk lada putih, semua kicap2 tadi dan minyak bijan. Gaul lagi. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.

4) Hidangkan dgn hirisan telur dadar atau telur mata lembu.


Nota:
Anda boleh tukarkan lobak merah/jagung kpd sayur campur (mixed vegetable)


Friday, April 17, 2009

SALAM

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini. Maaf dipinta di atas penutupan blog ni pada beberapa hari yg lalu. Sebenarnya, ada kengenkotan sket dan sbb tu blog ni 'ditutup' sebentar. Sekedar muhasabah diri samada betul ke nawaitu saya dlm tujuan membuka blog ni.

Saya bukan seorang pakar masakan, bukan seorang guru dan tidak pun mempunyai sijil2 yg dapat digantung utk membuktikan kebolehan saya utk menyediakan hidangan2 atau juadah. Namun tekad saya membuka blog ini (tak tau lagi lah sampai bila...) ialah utk berkongsi dengan anda-anda semua yg mempunyai minat yg sama, tak kiralah yg baru berjinak-jinak atau pun yg dah terror. Sekedar berkongsi pengalaman, dan di samping itu, mengarkibkan hasil usaha saya dlm bidang ini utk tatapan/sumber rujukan di hari muka. Saya berharap saya selalu di landasan yg betul.

Pernah dulu saya menerima email yg sangsi ttg posting2 yg saya buat. Beliau bertanya samada "betul ke semua ini awak yg buat" atau saya sekedar menempekkan resipi dan gambar. Dan recently, ada seorang hamba Allah ni (hanya anda saja yg tahu siapa anda) meninggalkan komen kat posting2 di blog ni. (rujuk ke posting bab Talam Suji, Talam Cendol, Talam Jagung)

Salah satu contoh komen dari beliau yg berbunyi begini,

"kuih muih ni mmg sedap.. tp i xteringin lgsg nk cuba kuih2 u... resepinya byk yg xbtul. klu btul2 resepinya bagus, kuih2 u xkn ber-ombak2. ni x semua nmpk lembik... warna pun xcantek. i hairan mcm mana u bole yakin nk letak gmbr2 kuih u kt sini. sory, i ckp untuk kebaikan u. byk kn lg kursus... pergi tgk kuih2 kt kedai2. bandingkan... jgn main hentam keromo je... pergi tgk kuih2 kt nyonya colours, dr situ u bole kembangkn lg idea u.... sory, jgn marah.....

Saya rasa setiap orang boleh dan harus menerima kritikan tapi ianya haruslah sesuatu yg membina. Ada pendekatan yg lebih halus dan sopan utk menegur! Blog ini saya buka utk anda semua yg berminat dlm bidang yg sama. Jadi, kalau anda (khususnya penulis komen ini) tak suka sgn apa yg saya paparkan dlm blog saya, jawabnya senang jer! Kalau dgn menjenguk kat blog saya akan membuat anda mengeluarkan kata2 seperti di atas tu dan menambahkan dosa anda, lebih baik jangan masuk ke blog saya. Walau apapun, saya dah maafkan anda. Mungkin anda tersilap kot! Makumlah tiada yg sempurna melainkan Allah SWT.

Tuesday, April 14, 2009

PERMINTAAN RESIPI - SATE/SATAY

Resipi sate/satay ni adalah permintaan dari seorang pengunjung blog. Lupa pulak namanya. Apa pun, diharap resipi ni dapat membantu anda ya!





SATE/SATAY
(sumber :Noreha Bajuri, Buku Resipi Ceria Keluarga)

Untuk hidangan 100 cucuk satay.

1 kg daging lembu/kambing/ayam (dibuang kulit dan dipotong halus)

Rempah untuk digaul:
1 inci halia
3 batang serai
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
(semua bahan dikisar halus)

2 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
(disangar dan dikisar bersama bahan diatas)

350g gula pasir
2 sudu teh serbuk kunyit (untuk warna kekuningan)
garam secukup rasa

Bahan-Bahan untuk Kuah:
5 ulas bawang merah
1 inci halia
2 batang serai
1/2 inci lengkuas
2 sudu cili serbuk
(dikisar halus)

1 kg kacang tanah
asam sebesar ibu jari
gula dan garam secukup rasa
air daging


Cara :
Bahan-bahan yang dikisar digaul bersama gula, kunyit, garam dan daging, kemudian diperap sekitar 1 jam. Air dari daging jangan dibuang kerana akan digunakan membuat kuah. Setelah daging sebati dengan rempah, barulah boleh dicucuk kemudian dibakar atau digoreng saja.

Kacang tanah digoreng tanpa minyak kemudian dikisar kasar. Untuk pekat, sebaiknya kacang yang telah dikisar direnihkan kedalam sedikit air mendidih. Bahan-bahan yang telah dikisar ditumis. Masukkan air asam, air daging dan kacang, gaul rata. Tambahkan air jika perlu, jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Gula dan garam secukup rasa. Bila hampir mendidih, kecilkan api, masaklah sehingga benar-benar mendidih.

Cara membakar sate:
Nyalakan sedikit arang diatas "aluminium tray". Letakkan jaringan besi diatas api. Aturkan sate diatasnya. Sapukan sedikit margerin dan bakar dengan mengipas api perlahan-lahan. Untuk sate goreng, gunakan sedikit minyak saja dan goreng di dalam kuali.





ANIKA SATE (sumber : Hjh Saodah Md Salleh , Buku ALMAS)

BAHAN "A"

1 kg daging kambing/peha ayam/lembu

2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan mans
Sejari halia
Sejari kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang putih
(Kisar halus kesemua bahan ini)

250 g gula pasir
Garam secukup rasa
Lidi sate


BAHAN "B"
1 biji buah keras, ditumbuk
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air
1 sudu besar minyak makan
(kesemua bahan ini dibancuh)


CARA
Daging dicuci bersih dan ditoskan. Hiris daging mengikut cita rasa masing-masing tetapi setelah dihiris jangan dicuci lagi. Gaul hirisan daging ini dengan rempah kisar, gula dan garam sehingga rata. Perap selama 2 hingga 3 jam supaya rempahnya meresap. Barulah dicucuk dengan lidi. Bakar di atas pembakar sate dengan menggunakan bara arang. Renjis dengan bahan "B" dan bakarlah sehingga garing dan masak. Hidangkan dengan kuah sate, ketupat, hirisan timun dan bawang.


BAHAN "C" - KUAH SATE
600 g kacang tanah, digoreng dengan sedikit minyak

30 batang lada kering
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
8 biji buah keras
Sejari kunyit hidup
40 g belacan
(Kisar halus kesemua bahan ini)

60 g asam Jawa
240 g gula pasir
2 batang serai (dititik)
Sejari lengkuas (dititik)
Minyak untuk menumis


CARA
Kacang tanah dikisar jangan terlalu halus. Asam Jawa diramas dengan 6 cawan air dan ditapis.

Panaskan minyak. Tumis rempah kisar sehingga garing dan enak baunya. Masukkan serai dan lengkuas titik. Tuangkan air asam. Kacau rata.

Masukkan pula gula pasir dan garam. Akhir sekali, masukkan kacang tanah dan masaklah sehingga mendidih dengan api yang sederhana.

Kuah sate ini perlu dikacau selalu supaya dasarnya tidak hangus. Masaklah sehingga kepekatan yang diinginkan. Kuah sate enak dimakan setelah disimpan semalaman.

Sunday, April 12, 2009

PERMINTAAN RESIPI - CHOCOLATE

Resipi ini adalah dari permintan dari soda. Semoga resipi ini menepati citarasa anda. Bagi mereka yg ingin mencuba, silakan....


Kesemua resipi ini adalah dari Puan Juriah Abdullah, dari Buku ALMAS.



CHOCOLATE MACADAMIA

BAHAN “A”
200 gram kekacang macadamia -dibakar 5 minit dan sejukkan
100 gram cornflakes dikisar halus
40 gram tepung susu
30 gram icing sugar
½ sudu teh serbuk vanilla
100 gram marzipan
100 gram mentega lembut

BAHAN `B"
(double-boil bahan-bahan berikut ini)
250 gram white chocolate
80 gram icing sugar
150 gram Crisco putih

BAHAN "C"
(double-boil bahan-bahan berikut ini)
300 gram chocolate tulip
50 gram icing sugar
100 gram Crisco putih


Cara:
Gaul rata semua bahan "A" kecuali macadamia. Ambil sedikit adunan dan isikan sebiji macadamia ditengahnya dan dibulat-bulatkan seperti bebola. Buat sehingga habis.

Ambil sedikit adunan B masukkan kedalam acuan coklat. Letakkan diatasnya sebiji bahan "A". Kemudian tuangkan diatasnya bahan "C"sehingga penuh. Bekukan dalam peti ais. Keluarkan dan atur dalam paper cup.



CHOCOLATE HAZELNUT

BAHAN "A"
200 gram hazelnut yang tidak berkulit dibakar 5 minit dan sejukkan
300 gram marzipan digaul rata

BAHAN "B"
300 gram chocolate Tulip
100 gram Crisco putih
40 gram tepung susu
40 gram icing sugar
Acuan coklat khas yang kecil kecil dan secukup paper cup

Cara:
Ambil sedikit marzipan, masukkan sebiji hazelnut ditengahnya dan kepal-kepal seperti bebola. Buat sehingga habis dan ketepikan.

Masukkan coklat, Crisco, susu dan gula dalam periuk dan cairkan mengikut kaedah double-boil. Jika berbiji, tapis.

Ambil sedikit adunan coklat dan tuangkan kedalam acuan coklat. Letakkan sebiji bebola hazelnut "A" dan tuangkan lagi adunan coklat sehingga penuh. Simpan dalam peti ais sehingga keras. Keluarkan dari acuan dan alihkan kedalam paper cup.



CHOCOLATE PANDAN ALMOND

BAHAN "A"
200 gram badam biji (dibakar 5 minit dan disejukkan)
250 gram white chocolate
80 gram icing sugar
150 gram Crisco putih
1 sudu makan pandan paste


BAHAN "B"
300 gram chocolate tulip
200 gram Crisco putih
80 gram icing sugar
60 gram tepung susu
Acuan coklat yang kecil kecil dan paper cup secukupnya


Cara:
Masukkan semua bahan "A" kecuali badam kedalam periuk dan masak double-boil sehingga cair dan rata. Baru masukkan pandan paste, kacau rata sehingga sebati.

Semua bahan "B" dimasak double-boil sehingga cair dan rata. Ambil 1 sudu teh adunan "A" dan tuang kedalam acuan. Letakkan sebiji badam dan curahkan diatasnya dengan adunan "B" sehingga penuh. Bekukan dalam peti ais. Setelah itu dikeluarkan dari acuan dan dimasukkan kedalam paper cup.


CHOCOLATE MILONUT

BAHAN "A"
(gaul rata bahan-bahan berikut ini)
100 gram kacang gajus (dibakar 10 minit, sejukkan dan cincang kasar)
60 gram serbuk Milo
40 gram tepung susu
80 gram icing sugar

BAHAN `B"
250 gram chocolate tulip
150 gram crisco putih
Acuan coklat don paper cup


Cara:
Double-boil chocolate dan crisco sehingga cair. Masukkan bahan "A" dan gaul rata. Ambil sedikit adunan dan isikan dalam acuan coklat sehingga penuh. Bekukan dalam peti ais. Setelah keras keluarkan dari acuan dan isikan kedalam paper cups.

Tuesday, April 07, 2009

LOPES



Makan lopes, dah biasa. Tengok orang buat lopes depan mata pun dah banyak kali. Beli... lazimlah. Buat sendiri..... heheh, tak pernah. Tuhari pergi ke majlis cukur rambut "cucu" bekas teman sepejabat, ingatkan nak rasa lopes yg terhidang. Belum sempat orang rumah nak pi amik, rombongan kump yg diundang utk memimpin majlis dah pun tiba. Kesian.....

Semalam, adalah sket masa terluang. So, seumur hidup, inilah kali pertama saya buat lopes. Di sini saya ingin berkongsi bersama anda-anda yg blum tahu membuatnya. Yg dah tahu, bolehlah berkongsi pengalaman, pandangan atau tips ya!




LOPES

Bahan- Bahan
1 kg pulut (dicuci bersih, toskan)
secukup air
40-50 gm abucang (yg ditumbuk kasar2)

secukup daun pisang (dipotong selebar 3 inci)
tali rafia (utk mengikat lopes)

1 biji kelapa parut putih
½ sudu teh garam halus

500 gm gula Melaka
4 sudu makan gula pasir
500 ml air
3 helai daun pandan


Cara :

1) Pulut direndam dengan air dan abu chang selama 2 jam, kemudian toskan.

2) Rendam daun pisang dalam air panas sebentar sehingga lembut sedikit dan lap kering. Lipat daun pisang dan bentukkan tiga segi (seperti lipatan membuat samosa). Bubuh 2 sudu makan pulut ke dalamnya. Padatkan isinya dan lipat daunnya dengan rapi. Buatlah lagi beberapa keping. Kemudian, susun 3 atau 4 keping pulut bungkus ini dan ikat ketat dengan tali raffia. Pastikan daunnya tidak koyak atau merekah. Buatlah sehingga selesai kesemua pulut tadi.

3) Bubuh lopes-lopes ini kedalam periuk dan rebus selama 2 jam atau lebih, sehingga masak. Setelah itu tos dan sejukkan sebelum dihidangkan dengan kelapa parut kukus serta sirap gula Melaka.

Kelapa Parut
Kelapa parut dikukus dengan sehelai daun pandan dan disejukkan dahulu. Gaul dengan garam dan ketepikan.

Sirap Gula Melaka
Masak gula Melaka, gula pasir, air dan 2 helai daun pandan sehingga mendidih dan gulanya larut. Tapis dan sejukkan.




Nota:

1. Saya gunakan periuk tekanan (pressure cooker) utk merebus lopes ni. Bolehlah jimatkan masa sket. Saya rasa 1 jam - 1jam 15 minit dah mencukupi.

2. Ada sesetengah orang gunakan 'getah pengikat' (rubber-band) utk mengikat lopes ni. Terserah kpd anda. Cuma ada yg berpendapat penggunaan getah kurang baik dari segi kesihatan.

3. 1 kg pulut ni boleh menghasilkan kira-kira 50 keping lopes. So, kalau belum yakin, I sarankan anda buat 1/2 bahagian dulu.

4. Anda boleh sesuaikan kemanisan/kepekatan sirap gula melaka mengikut citarasa anda.


Contoh Cara Mengikat Kepingan2 Lopis

Friday, April 03, 2009

BAKWAN UDANG SAYUR

Di sini saya nak share satu resipi cemilan yg simple asal Indonesia yg bernama Bakwan Udang Sayur. Ia lebih kurang sama dgn 'jemput-jemput' ataupun 'cekodok'- nama2 yg biasa kita dengar di Singapura/Malaysia. Rasanya Alhamdulillah, not bad. For a change, makan cekodok sayur!




BAKWAN UDANG SAYUR

Bahan-Bahan

300 gram tepung gandum
30 gram tepung beras
20 gm tepung jagung
300 gram udang (dibuang kulit, dipotong kasar-kasar)
60 gram kobis (dihiris halus)
80 gram lobak merah (dihiris mcm lidi mancis)
80 gram tauge
50 gm jagung dlm tin (whole kernel)
sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
10 btg cili padi merah (dihiris serong)
200 ml santan kotak
200 ml air
2 butir telur
minyak goreng untuk menggoreng

Rempah Kisar
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir


Cara :

1) Campurkan kesemua bahan-bahan dan rempah kisar. Kacau hingga rata dan sebati.

2) Panaskan mnyak dalam kuali. Setelah minyak panas, ambil sesenduk adunan dan gorenglah sehingga garing seperti anda menggoreng cekodok.


Nota:

Anda boleh bubuh seekor udang di atas bakwan ini semasa menggorengnya.

Kalau anda kurang gemar dgn bahan udang dalam bakwan ini, bolehlah tukar kpd isi ketam, sotong, dll.

Sukatan air/santan boleh disesuaikan mengikut citarasa anda. Adunannya tidak terlalu pekat atau cair-sederhana jer.


KEK LAPIS LEGIT (SPEK KOEK)



Salam sejahtera. Malam semalam berkesempatan membuat satu lagi kek lapis, iaitu kek lapis tradisi Indonesia - Lapis Spek koek atau pun Lapis Legit. Dalam pencarian saya melalui Internet untuk mencari 'resep' asli kek lapis ni di kalangan warga Indon, saya telah menemui pelbagai versi. Tetapi, semuanya menjurus ke 'arah' yg sama. Kebanyakannya tak menggunakan putih telur, cukup setakat kuningnya saja. Wow.... bertambah-tambah ler kolesterol!!! Boleh jadi ke? Tak bantat/bantut ke kek aku nanti? Dan yg putih telur yg berlambak ni, nak buat kek lagi kot! - kek zebra, kek fly african, dll.. Saper nak makan byk2 eh?


Namun oleh kerana didorong perasaan ingin tahu camner rupa, tekstur dan rasa kek lapis spek koek ni, saya nekad jer buat. Kalau aku tk dapat makan, tong jer yg makan lerr..... So, dgn tekad yg bulat saya pun mula membancuh adunan dan ...Alhamdulillah menjadi, cuma ada beberapa perkara yg harus diperhatikan semasa membuatnya yg akan saya terangkan nanti. Utk sesiapa yg nak mencuba silakan, kalau yg bimbang, cuci mata je yer! Saya nak bagi rasa pun, semua dok jauh2. Kalau sebelah rumah/blok, boleh saya hantar.. Apapun kek ni rasanya tak menghampakan dan tak berminyak sangat. Kemanisannya pun OK.

So, inilah resipinya yg telah saya buat sedikit penyesuaian.




KEK LAPIS LEGIT (SPEK KOEK)

Bahan-Bahannya:

20 biji kuning telur

200 gm gula halus

350 gm mentega

4 sudu makan susu pekat manis

1 sudu teh vanilli

85 gm tepung Hong Kong (ayak bersama b.powder)

2-3 sudu teh rempah kuih

¼ sudu teh baking powder



Peraturannya:

1. Pukul mentega dan susu pekat hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul kuning telur bersama vanilli. masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan mentega yang telah dipukul tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata-rata.

4. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit bersama rempah kuih. Kacau lagi hingga adunan sebati.

5. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.


Nota :

a) Anda boleh gunakan loyang 7" x 7". Saya gunakan loyang 9" x 6"

b) Suhu oven kira-kira 200 darjah Celsius (sesuaikan dgn oven anda).

c) Satu lapisan menggunakan kira-kira 1½ - 2 senduk adunan.

d) Lapiskan setiap lapisan dgn hati-hati. Ini disebabkan, oleh kerana adunan kek ni tak pakai putih telur, adunannya pekat sket. Bila kita nak ratakan dgn belakang senduk tu, ia agak payah sket - "kurang licin".