Followers

Monday, August 03, 2009

PINDANG SERANI

Lauk simple utk hujung minggu....



PINDANG SERANI

Bahan-Bahan
600 gm ikan belanak/tenggiri/sagai (potong beberapa keping)
5 ulas bawang kecil atau 1 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 batang serai, dititik
2 inci kunyit hidup }
sedikit belacan } ….. ditumbuk halus

secukup air asam
1 peket sawi asin (optional)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka (atau 1 sudu teh gula)
1 senduk minyak untuk menumis
secukup air (kira-kira 2-3 cawan)
2 btg cili merah (dihiris)
2 btg cili hijau (dihiris) – kalau nk pedas boleh gunakan cili padi


Cara

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang kecil, bawang putih, halia bersama campuran kunyit/belacan dan serai sehingga bawang layu sebentar.

2. Masukkan pula air, garam, serbuk perasa atau gula dan ikan. Kemudian, masukkan air asam lalu masak sehingga kuah mendidih.

3. Akhir sekali masukkan sawi asin, cili merah dan cili hijau dan biarkan sebentar. Kacau rata lalu matikan api.



Buat kakJah, inilah dia rupa ikan belanak. Namun, kalau tak gemar, bolehlah tukar kpd ikan yg lain.

3 comments:

QueenJah said...

Salam bro, lenkali tunjuklah gambar ikan belanak dan sagai yg masih belum bersiang...akak ni nama jer suka main masak2, tp banyak benda yg tak tau, jakun betul! Oh ya, dulu masa kat s'pore akak pun kata ikan kerisi, bila sampai KL dorang kata itu ikan merah, ikan kerisi yg lagi satu, kecik sikit, alamak heheeee... pepahat pun akak tak tau, dlm kepla cuma ingat samada pahat atau Batu Pahat hahaaa...

QueenJah said...

Tenkiu bro...mcm silver ikan tu ek?

BR said...

BR > QueenJah

WS. Ikan belanak tu dah disiang oleh apek pasar. Kalau blum siang, ia bersisik dan kilat sket. Ikan kerisi dan ikan merah adalah 2 jenis ikan yg berbeza. Ikan kerisi ada jenis yg kecil (anak ikan kerisi) dan yg besar. Warnanya mcm pink sket. Ikan merah mmg menyerlah warna merahnya. Rasanya pun lain.