Followers

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Buat semua pengunjung dan kenkawan sekelian, saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dgn penuh keinsafan dan ketaqwaan. Semoga kita semua diberi kesihatan sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ni. Di sini saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat apa2 khilaf dan salah saya sewaktu berinteraksi dgn anda. Tiada seorang pun yg sempurna kecuali NYA.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, kurang sket lah updates. Harap anda faham yer. So, utk entry terakhir sebelum puasa ni, satu lagi kek lapis ....

Permintaan dari naruljahna abd mubin
Saya puas cari resipi kek lapis aiskrim soda kat internet tp tak jumpa, so saya olahkan sendiri resipinya. Harap2 ia menepati citarasa anda2 semua yg berminat yer..



KEK LAPIS AISKRIM SODA

Bahan:
300 gm mentega
120 gm gula halus
½ sudu teh ovalette
6 biji telur (saiz besar)
250 g susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 220 gm)
100 g Horlicks
1½ sudu teh esen aiskrim soda
1 sudu teh pewarna biru
50 gm jem raspberry (lebih baik jenis yg sugar-free atau reduced sugar)
1 sudu teh esen raspberry (optional, boleh ditiadakan)
1 sudu teh pewarna merah jambu
160 gm tepung HongKong (atau tepung biasa)
loyang berukuran 7” x 7” (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang)


Cara :

1) Pukul mentega, ovallette dan gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).


2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)

4) Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method” bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian:
i) 1 bahagian dibubuh esen aiskrim soda dan pewarna biru.
ii) 1 bahagian lagi dibubuh jem raspberry & pewarna merah jambu.
iii) 1 bahagian dibiarkan plain- warna asal.

6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan warna asal ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.

7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan warna biru dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit) dan seterusnya warna merah jambu pula. Bakarlah berselang-seli warna asal, biru dan merah jambu sehingga selesai semua adunan.


20 comments:

CANGKIRBIRU@MUZ said...

bro rozzan.. tak de resipi ker.. saya tgh dalam process mencuba membuat kek lapis resipi bro.. tq sebab sudi kongsi semua resipi layar cake

BR said...

BR > cangkirbiru@muz

Resipi dah ada, silakan mencuba jika berminat ya.

Anonymous said...

Api untuk bakar kek mesti kat atas dan bawah ye, kalau xde kat atas boleh tak kek ni berjaya dimasak sbb saya pakai oven butterfly yg lama tu (pakai dapur gas)so tak tau mcm mana nak buat.. @sitihajar

Sofie said...

Nice colour of this kek lapis. Oh my gosh! I've missed lotsa of your recent recipes entry in here. I guess I must view one by one at time & pick up where I left :)

Btw "SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN & SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA" utk BR sekeluarga.

BR said...

Sitihajar,

Nak buat kek lapis ni mmg perlu gunakan oven yg ada 'api' atas dan bawah sbb basically, lapisan kedua hingga akhir gunkan api atas jer. Kalau oven tu takde control utk api atas dan bawah, kita tk boleh matikan api bawah. So, kalau setiap lapisan dibakar pakai api atas dan bawah kek akan keras atau mungkin hangus ya.

BR said...

Sofie,

Thanks sis. Heheh, slowly, slowly arr...


Selamat Berpuasa utk anda sekeluarga juga ya- di mana anda berada!

amsorr ~ cikgu rosma said...

salam bro rozzan..sy zero dlm baking kek lapis ni..kalo nk baked kek lapis perlu loyang pembkar yg khas ke?n every layer kena tekan padat ke after baked?...tq

BR said...

WS cikgu rosma

Acuan/loyang pembakar biasa2 jer- yg persegi empat. Cuma oven kenalah ada fungsi api atas bawah. Setiap lapisan perlu tekan sedikit jer utk ratakan. Harap maklum.

amsorr ~ cikgu rosma said...

tq bro..esok nk pegi sopping brng2 nk wat kek lapis...doa2kan la jadi ye...

Kokoa&friends said...

salam ..
nk tanya kalo guna resepi ni tapi buat kukus bole tak?..sebab saya prefer kek lapis kukus dr bakar...

BR said...

BR > cikgu rosma

You go girl...heheh cikgu! I pray for your success ya! Insya'allah.

BR said...

BR > Kokoa&friends

WS. I should think so tp saya tk pernah cuba pulak. Cubalah, tk cuba tak tahu kan..

adlinahusaini said...

nak beli je kat bro rozzan boleh tak?saya tak berapa fan kek lapis tapi kaler tu menarik laaa...nak wat sendiri jauh sekali..tak retiii hihihi

BR said...

Heheh, sorry, saya tk amik order arr.. Nak siapkan yg sendiri punya pun mcm tkde masa jer. Nantilah kalau saya bukak kelas, boleh lah belajar kasi reti k!

Nomie Aziz said...

Salam Aidifitri Bro Rozzan,

I have tried the recipe, your instructions are very clear and i managed to bake it very well! Thanks a lot to you..I will put the photo of the cakes at www.keklapis.com once i am free..thanks a lot and moga Allah murahkan rezeki you. God Bless!

Anonymous said...

Assalammualaikum Abang Rozzan, saya ni bau nak berjinak-jinak membuat kek lapis. Saya ada satu pertanyaan. Oven yg Abang Rozzan gunakan conventional oven ye? Saya sekadar ada oven baby belling...jadi tak berapa faham fungsi kegunaan api bakar grill.Boleh tak kalau Abang Rozzan jelaskan bagaimana saya boleh membakar kek lapis menggunakan oven baby belling.

BR said...

BR > anonymous

WS. Yup, saya gunakan oven "built-in". Setahu saya, oven Baby Belling pun ada fungsi api atas bawah. Saya juga pernah dgr Chef Siti Mastura (spore) bagitau, kalau gunakan oven Baby Belling utk bakar kek lapis, suhunya lebih kurang aras 3 - 4.5 Harap maklum ya.

sueozana said...

Slmlkm Bro.. Saya mnunggu jer bila la bro nk bkak klas blajar buat kek lapis nih, bleh join skaki.. Swaktu bcuti d Miri, sronok bkunjung ke kdai Tepian Sg, tgok mrka buat Lapis rolls.

BR said...

WS sueozana.
Insya'allah kalau saya ada bukak kelas nanti saya bagitau ya. Tp, bila, blum tau lagi k.

Anonymous said...

Salaam Rozzan

Dimana boleh dapat esen aiskrim soda? Di Phoon Huat esen tu tak ada chop 'Halal'. Nak cuba buat Sabtu ini.