Followers

Thursday, February 12, 2009

ASAM PEDAS MELAKA



Kalau disebut asam pedas, tentunya terbayang lauk 'gulai' ikan yg secara asasnya menggunakan cili kering, bawang, b. putih, lengkuas & kunyit. Arwah emak saya menyebutnya "gulai ikan" - tak kiralah ikan duri, pari, kerisi, tenggiri dan sebagainya. Yg saya ingat kalau dimasak lauk ni, pastinya teramat lerr pedas... kerana arwah bapak mmg suka lauk yg pedas2 sbb tu suara beliau 'muda' selalu heheh. Kalau beliau angkat telefon, org pasti katakan yg ianya adik saya. Begitulah powernya jika makan lauk-lauk pedas. Kalau lauk tak cukup pedas, cili merah/padi dibuatnya ulam, dimakan begitu saja.... bayangkan!

Berbalik pada asam pedas; selain Singapura, di negeri2 di semenanjung Malaysia pun terdapat pelbagai jenis asam pedas yg sememangnya sinonim dgn negeri tersebut seperti asam pedas Johor, Melaka, dll. Harini, teringin pulak nak tukar selera dgn memasak lauk Asam Pedas Melaka. Setelah saya googled kat internet, kesemua resipi yg saya jumpa hampir serupa dgn sedikit jer kelainan. Yg pasti ialah penggunaan bunga kantan, jintan manis, halba, biji sawi dan daun kari.

Oleh kerana ini adalah kali pertama saya membuatnya, saya berfikiran terbuka dan cuba utk 'mengenali' rasa asam pedas ini. Mengapa saya berkata demikian?... kerana saya dah terbiasa, kalau daun kari, biji sawi, halba, jintan - bahan2 ni sumer selalunya digunakan utk masak lauk kari. Kalau asam pedas di Spore ni, selalunya tak digunakan bahan2 tersebut. Pertama kali saya rasa, hati ni berkata, "aku masak lauk kari ikan ke asam pedas ikan ni?" Mcm terdapat konflik antara kari dan asam pedas. Namun, setelah 'merasanya' beberapa kali (blum makan lagi, baru rasa jer), Alhamdulillah, the taste not bad.., boleh tahan. For a change, why not? Even though, perhaps, it's an acquired taste.

So, kalau sesiapa nak cuba resipi Asam Pedas Melaka ni, this is how I do it with a slight modification. Terima kasih saya ucapkan kepada yg empunya resipi!




ASAM PEDAS MELAKA

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis :
1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)

1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato (potong 2 atau 4)
2 batang terung kecil (belah 4 memanjang)
8-10 biji bendi (saya tk taruk sbb stok takde)
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
1 kg ikan duri/tenggiri (atau apa-apa ikan pun boleh)
2/3 cawan (abt 150 -180 ml) minyak masak

Cara :

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan, bunga kantan dan air. Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

4 comments:

mamazieza said...

mama tak tau laa Rozzan.. sebab mama orang melaka.. tapi mama tak masak asam pedas boh segala benda tu.. asam pedas mama.. macam yang basic Rozzan tulis tu..ke mama yang tak belajar.. hahahaha.. tapi kalau beri mama asam pedas gini.. sorry.. tak lawan asam pedas yang cuma bahan basic.. tapi diiring dengan sambal belacan perah asam limau.. hehehe.. satu lagi.. kicap masinnn.. wooohh.. hehehe

BR said...

BR > Mamazieza

Heheh... tulah yg mcm sy ckp. Kalau boh daun kari, halba, biji sawi, etc - dah jadi mcm lauk kari. But apapun, for a change. oklah. Cuma, mmg asam pedas yg biasa2 tu power giler!!!

tinta said...

salam bro rozzan

1st time singgah..setuju ngan mama gak sbb saya pun org melaka.

Anonymous said...

Thanks bro, resepi asam pedas u ni mmg meletop, sedap..dah cuba tadi..