Followers

Friday, September 12, 2008

KEK LAPIS HONEY DEW

Untuk tidak menghampakan pengunjung blog yg minat dgn resipi Puan Rabiah Amit khususnya Kek Lapis & Kek Gulung, di sini saya sertakan resipi Kek Lapis Honey Dew, Lapis Tembikai dan Gulung Roda Kasih. Ni bukan saya yg buat ya! Sekadar berkongsi resipi dari Puan Rabiah yg mmgnya tersohor tu. Harap2 dapat dimanfaatkan ya!



(Foto & Sumber Resipi : Puan Rabiah Amit)

Bahan-Bahan
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
300 gm gula kaster
140 gm tepung Hong Kong
30 gm tepung susu
40 gm Nestum
1 sudu makan ovallete
I camca teh butter oil
520 gm mentega
2 sudu teh warna kuning
2 sudu teh warna putih (??)
200 gm honey dew (dikisar)

Cara
1. Mentega dipukul rata, masukkan butter oil.
2. Pukul kuning dan putih telur, gula kastor dan ovallete sehingga naik dan pekat.
3. Kemudian masukkan tepung hong kong, susu tepung dan Nestum sambil dipukul perlahan-lahan.
4. Masukkan pula honey dew dan mentega. Gaul rata-rata.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dengan warna masing-masing.
6. Loyang 3 inci disapu mentega dan alas kertas.
7. Bakar dua lapis warna kuning berselang-seli dgn 2 lapis warna putih (ataupun mengikut citarasa anda) sehingga selesai adunan.

Nota:
Saya belum pernah terjumpa pewarna putih. Maybe ada yug boleh share info ttg ni kot!

10 comments:

CelloTape said...

aku ada buku Rabiah Amit ni tapi...baru sekali pakai...

Recipe : Kek lapis Payung Negara

kalau x silap...

apakata u try recipe dia

"kek lapis keju"

nanti x paham aku tanya...tq.

Zue Murphy said...

Terjumpa blog you ni masa I cari idea nak masak biskut keju. nampak macam senang buat kek lapis ni.nanti boleh la saya cuba. Kalau tak ada overlette dengan susu tepung nak ganti dengan apa ye?

BRO ROZZAN said...

Cellotape.

Why not u try and feedback to me ya..

BRO ROZZAN said...

Zue,
Kalau ovalette takde, u may try any other cake stabiliser/emulsifier. Here in Spore, there are many varieties such as TBM, Quick 75, Jilk. As for the milk powder, maybe u boleh tukar kpd powdered coffee/tea creamer.

harap2 info ni dpt membantu ya.

CelloTape said...

okies...

i'll try the recipe after raya nanti...

BRO ROZZAN said...

Hi cellotape,

Orait...

Anonymous said...

warna putih leh dpt kan dari wilton

Anonymous said...

biasanyer nak buat kek lapis bakar bakar ni guna ape ye suruh kek lembut jer, tak kering di bakar...adakah menggunakan quick 75 atau ovalette?..

Bro Rozzan said...

Hi anonymous.

Kek lapis tu lembut bukan saja krn penggunaan stabiliser sprti quick 75 atau ovalette. Ada yg tak pakai ovalette pun lembut. Sukatan dan bahan2 yg tepat juga brperanan dlm memastikan kek lapis tu lembut/lembab (moist). Harap maklum.

Anonymous said...

Salam Bro.. Adunan ni untuk loyang 3inci ya? If nak buat utk loyang 8x8, nak kne guna berpa biji telur ya?