Followers

Tuesday, August 12, 2008

PAHANG DARUL MAKMUR

Salam sejahtera buat anda semua -pengunjung-pengunjung blog saya. Maaf kerana tak dapat update blog selama beberapa hari sejak minggu lalu. Saya telah berangkat ke Pahang bersama beberapa orang saudara utk meraikan anak saudara saya dalam Majlis Konvokesyen Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) yg bertempat di Dewan Jubilee Perak, Kuantan. Pahang Darul Makmur.

Ini adalah kali pertama saya ke Kuantan, walaupun saya pernah ke Cherating dan Genting Highlands. Oleh kerana waktu yg singkat dan masalah lainnya, kami tak berkesempatan ke tempat2 lain yg memang terkenal sebagai tarikan pelancong seperti Teluk Cempedak, Tasik Chini, Tasik Bera, Pulau Tioman, Cameron Highlands dan banyak lagi.

Sementara di sana, sempatlah kami meninjau di kawasan sekitar hotel yg kami menginap seperti Pasar Malam Jalan Gambut, Pasar Tani Mega, Berjaya Mega Mall, Kamdar, The Store, Mydin, Benteng, dll. Tapi taklah shopping sakan! Saja cuci mata jer....Ambil pengetahuan -bak kata pepatah, "jauh berjalan luas pemandangan".

Di sini juga, saya nak ucapkan terima kasih pada lela dan kenkawan lain yg telah tolong menjawabkan pertanyaan2 di ruang "sembang2-sembang". Insya'allah untuk yg belum terjawab, nanti saya cuba bantu ya!

Berbalik kepada Majlis Konvo KIPSAS 2007/2008 tadi, anak saudara saya adalah merupakan antara 9-10 pelajar dari Sngapura yg mengikuti program Diploma di sana. Berbekalkan semangat kental dan motivasi diri yg kuat, Alhamdulillah, mereka semua telah lulus dgn baik - walaupun berjauhan dgn ibubapa dan famili.

Amat membanggakan lagi ialah apabila beberapa di antara mereka telah meraih Anugerah Jabatan dan 2 Anugerah Tertinggi. Anugerah Kecemerlangan Sultan Ahmad Shah 2007/2008 telah dikurniakan kepada pelajar terbaik KIPSAS tahun 2007/2008 manakala Anugerah Kecemerlangan Presiden juga dimenangi oleh pelajar Singapura. Syukur Alhamdulillah, "sejuk, perut ibu yg mengandung!"

Majlis Konvo ini telah berlangsung dari jam 9.30 pagi hinggalah ke sekitar tengahari di mana para tetamu telah dijamu dgn hidangan makan tengahari...(alamak, dah lapor sesgt sbb tak sempat sarapan, sampai lupa lak nak snap gambar!!!!) . Anyway, lauknya daging masak kurma, ayam goreng, ulam dgn sambal, acar timun, ikan asin dan buah-buahan...heheh...bayangkan lerr.
So, sedikit gambar dari Majlis tersebut dan juga sewaktu kami di tempat2 yg disebut tadi.






Pentas...


Bersama teman-teman pelajar.


Bersama nenek saudara, ibu, abah dan mak saudara.


Nurkhairah Nordin


Bersama ibu tersayang..






PASAR MALAM





PASAR TANI



10 comments:

katak_78 said...

Bro Rozzan!!!Ni katak_ayu dari Kuantan..waaaa...banyak tempat pegi tuuuu....kalo nak pegi Kuantan lagi..ble bagitau katak-ayu...nanti kaktak_ayu bawak g tempat nasik lemak behhhhhhhhh..hehehe

BRO ROZZAN said...

Aiseyman! Ada gak orang Kuantan, Pahang yer! Tu lah, tuhari seblum berangkat, ingat nak tanya saper org Pahang, bolehlah jadi tourist guide kami!

Tapi takpe, next time kalau saya & family pi Pahang, boleh lerr anda jadi tourist guidenya ya! Bukan setakat pi mkn nasi lemak, yg lain2pun nak tau!!!!

Nomie said...

Wah! Jalan-Jalan Makan Angin ye Bro Rozzan. Cantik anak saudara Bro Rozzan. Send my regards to her yek..

ummi said...

Salam BR, Ummi pun duk Kuantan, x tau lak datang Ktn..xpun boleh bwk jalan2 cari makan kat sini..ada beb. tempat yg quite famous dan org luar mst pergi tau!! Ish Ish..Ummi duk dgn sgt dgn area bandar...Pasar Malam BR pergi ni dkt bangunan Wisma Sri Pahang kan..petang Sabtu kan? Apapun salam tahniah untuk anak sedara BR yang cantik tuh! Bila lagi la nk dtg ek, ank sedara dh konvo pun..hehe

ADleez said...

slm bro rozzan..
terubat rindu pd kpg halamn tgk pics2 kat n3 ni...sebenarnya sy dr kuantan...tp dh sethn tinggal di saudi...so smbil2 tgk resepi kt blog bro ni sy pun cuci mate tgk2 gambar yg bro snap tu...ok..ade mase jenguk2lah blog saye...;)

BRO ROZZAN said...

Nomie >

Bukan jalan2 "mkn angin"- 'kembung'perut den nanti, heheh. Saja2 pi tgk anak sedara konvo. Heheh,hampir2 beliau tersangkut dgn jejaka Pahang tp...tak kesampaian. Insya'allah nnti saya sampaikan salam anda.

BRO ROZZAN said...

ummi >

WS ummi. Anak sedara dah konvo takpelah. Takkan takleh pi jln2 kat Pahang kot! Sebenarnya, Sabtu mlm minggu tu ada rancangan nak pi Tanjung Lumpur mkn seafood tp ari hujan plak. Jadi dok kat hotel jer. Insya'allah akan sy sampaikan ucap tahniah dan salam anda kpd beliau ya.

BRO ROZZAN said...

adleez >

W'Salam sis. Wah, anda juga asal org Kuantan juga ya! Insya'allah nanti saya pi ziarah. Sediakan kopi secawan ya!

Jun said...

woo..BR g kuantan..jun pon nk balik weekend ni..umah inlaw kat situ..hehehe

BRO ROZZAN said...

Aii....jun! nak balek kuantan gak yer? baik2 jln ya. slmt berangkat