Followers

Monday, December 31, 2007

PANDAN CHIFFON CAKE

















Upon request by my dearest wife, made this pandan chiffon cake a few days ago. The recipe can be found in my earlier entry. Anyway, saya attachkan sekali lagi resipinya di sini.

KEK CHIFFON PANDAN
Bahan-bahannya
8 biji telur
8 oz gula halus
8 oz tepung Softasilk(boleh gunakan Superfine flour/Top flour)
4 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
1 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder

Peraturannya:
Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan, pandan paste & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.

Nota:
1) Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2-3 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.
2) Resipi asal menggunakan tepung Softasilk tapi ada feedback yg mengatakan tpg Softasilk jenama Betty Crocker's ada mengandungi bahan yg terlarang. Tentang jenama lain pula, saya kurang pasti.

4 comments:

CresceNet said...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

Bro Rozzan said...

Hi! Do you speak English?

Anonymous said...

Salam rozzan, kak t cuba yr chiffon ni sedap sekali, tp kan kek nya tak jadi mungkin kurang masak..tp masa test dgn lidi, comes out clean. Anyway kak t akan cuba lagi..sebab kek nya semua yg kat rumah kata sedap.....tq for sharing the recipe bro..

Bro Rozzan said...

W'salam kak T. Thanks fr trying. Saya bakar selama kira2 45-50 minit dgn suhu abt 170 degrees. So far, Alhamdulillah. Cuba lagi, Insya'allah menjadi.