Followers

Monday, August 13, 2007

KEK MARBLE

Resipinya ada kat link ni http://rozzan.blogspot.com/2007/07/kek-marble.html
Anyway, saya attachkan sekali lagi resipi KEK MARBLE 2 ni tp dgn sukatan yg berlainan (utk 5 biji telur jer). Btw, maaf ye, warnanya gawdy sket...






KEK MARBLE (2)

Bahan-bahannya:
5 biji telur (gunakan 4 ½ putihnya)
8 oz mentega
6 oz gula halus
6½ oz tepung Hong Kong
3½ sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 3-4 sudu air panas), sejukkan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli

PERATURANNYA
Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu. Kuning telur diasingkan dari putihnya.Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati. Satukan adunan mentega dan putih telur. Masukkan tepung HK sedikit demi sedikit lalu kacau rata-rata dgn kaedah 'fold-in method'. Kemudian bahagikan adunan kepada 3-4 bahagian. Satu dibubuh koko manakala yg lain di bubuh pewarna mengikut citarasa anda. Siapkan loyang (8"x 8") -bulat atau persegi empat yang telah dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk koko, diikuti satu senduk pewarna-pewarna yg lain. Buatlah begini hingga selesai adunan. Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama kira-kira 45 minit hingga 50 minit atau hingga masak.

7 comments:

maklang said...

camana belang2 dia jadi cantek cam tu???beritahu sikit abg rozzan>>.

Bro Rozzan said...

Actually maklang, oleh kerana saya gunakan loyang (acuan) bulat, jadi, utk mendapatkan corak yg agak sama rata tu, kita kenalah potong cara wedges. Kalau guna acuan bulat tapi potong kek tu square, tak mungkin dapat corak yg sama (seperti gambar pertama yg saya tunjukkan). Harap ini dpt membantu yaa.

MamaFaMi said...

Apa lak gaudy? More to 'berani' I must say...garang gituuuu...Lawa la dia punya belang!

Bro Rozzan said...

heheh, thanks mama.

Anonymous said...

macam mana nak tuang kasi dia cantik macam tu? cara tuang affect corak dia ke? pour slowly or mcmanaa?

Shereen's Kitchen said...

salam bro rozzan..saya sudah cuba kek marble 2 for 3x..sedap tp bantut..kenapa ye

BRO ROZZAN said...

Shereen, Terdpt byk sbb mengapa kek anda bantut seperti cara anda bancuh adunan tu, kesegaran bahan2 yg digunakan terutama telurnya, then samada serbuk koko anda dah disejukkan selepas dibancuh dgn air panas. Ini semua boleh menjejas hasil kek marble anda ya. Wallahu'alam dan harap maklum.