Followers

Tuesday, July 03, 2007

CORNED BEEF PINWHEEL BREAD


Did these pinwheel bread last weekend - saja2 buat kerana nak bawak utk mkn breakfast semasa dlm perjalanan melencung (oooppss -melancung) ke Batam. Hey, don't get me wrong, yaa. I pergi with my missus & two lovely daughters lerr. Seronok sekali menjamu roti ni di atas feri dgn tiupan angin yg kencang di samping pemandangan yg......yg..... kiri laut, kanan laut...heheh. Makan roti ni sebiji seorang dah cukup. Selebihnya kami beri pd kengkawan yg bersama dlm trip tu. Feedback dari mereka sungguh positif dan baik. So, I guess, anda harus cuba yaa.

Roti ni similar to the one yg saya buat tempohari yg menggunakan resipi chanel2004. But this time, saya gunakan resipi Pn Roshayati. I've tried a few other recipes but I feel resipi asas roti (basic bread recipe) Roshayati ni very good, sentiasa menjadi. Kalau sesiapa yg tak makan daging bolehlah tukarkan kpd sardin, ayam, tuna atau pun bahan2 lain. So, here's the pic and recipe once again.





















CORNED BEEF PINWHEEL BREAD
(dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati)

Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
100 gram gula (saya gunakan 70 gm jer)
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)

Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)

Bahan C
80 gram shortening /lemak sayuran

Cara :
1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.

2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.

3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.

4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.

5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.

6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.

7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.

8) Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.

NOTE:

SOS/SAMBAL
Anda bolehlah menggunakan apa jua sos atau sambal yg anda gemari. That day, I prepared sambal tumis biasa jer.

INTI CORNED BEEF (similar to the one I did last time)
1 tin corned beef jenama Carters
3 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 btg cili merah hiris
1 sudu mkn minyak

UNTUK TABURAN (Atas Roti)
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
sedikit cili padi hiris (kalau suka pedas lagi)
sedikit jagung biji dlm tin (whole kernel corn)
sedikit parutan keju cheddar atau mozarella

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang besar sebentar. Kemudian masukkan daging corned beef bersama separuh cili merah hiris. Masak hingga kering sedikit lalu diangkat.

Beginilah rupa roti pinwheel sebelum digulung, dipotong dan dibakar.


8 comments:

mummy jam said...

mummy pernah buat ni, tapi use short cut version , pakai ready made pastry dough aje!! senang sikit kerja!! hahahahha

Abg Rozzan said...

Mmg betul tu mummy jam. Kalau nak ringkas boleh gunakan puff pastry gak. Very flaky and very sedap oso..

abbotrading said...

Salam Sejahtera,
Saya ingin bertanya, saya ada jus mengkudu,setelah dimasak melalui boiler,masaalah saya ia tidak boleh tahan lama,ada kawan beritahu saya jika saya boleh buat tapaikan nya maka ia akan boleh tahan lama.
jadi saya ingin bertanya, bagaimana cara kalau sayaboleh tapaikan jus mengkudu ini??

Bro Rozzan said...

WS. Maaf ya, saya kurang pasti lak ttg pertanyaan anda. Mungkin ada yg lain boleh membantu..

Anonymous said...

hi bro,saya da buat roti ni 3 kali, confirmed jadi dan confirmed habis!! thanks, semalam saya baru buat lagi, tapi kali ini saya buat bun inti daging cincang, pun habis, thks for sharing this recepi
misriah

BR said...

Hi Misriah,

You're welcome sis. Mmg roti ni menjadi kalau buat. Intinya pun you boleh pelbagaikan. Saya pernah gunakan daging cincang, ayam dan juga tunafish. Pendekata, apa saja inti pun boleh....kita yg buat dia kan..heheh

Anonymous said...

Hi,
I ingat nak buat this roti during this weekends but I takde bread improver. Bolih substitute dgn bicarbonate soda or baking powder or is it a must to have it. Agak2 di mana bolih I beli? Thanks.

BR said...

Kalau nak buat roti, sebaiknya anda gunakan bread improver atau softener. Kalau di Spore, beli jer kat kedai2 menjual bahan2 baking seperti di Phoon Huat, Aileen atau Ghim Hin Lee. Kalau di Msia pula, saya pernah beli kat section bahan2 baking di pasaraya GIANT. Saya rasa dikedai-kedai menjual bahan2 baking di merata M'sia pun Insya'allah ada yer.