Followers

Tuesday, March 13, 2007

HIDANGAN HARI INI -Daging msk Lada Seratus, Taugeh msk Lemak, Telur Mata lembu msk Kicap

Harini tak stress sbb x bertugas. Tapi stress gak kat dapur. Dah beberapa hari dapur tak berasap....heheh bukan apa, dapur pun nak rehat!!! But today, vitamin R ada dtg menjelma sikit, so I managed to cook something simple for the family. I'm sure you all can do even with one eyes shut!! Meminjam kekata Era Farida, so "enjoysssssssss"






Daging atau ayam masak lada seratus ini merupakan resipi yg saya ambil dari arwah ibu saya. Resipinya lebih kurang seperti masak merah tetapi dgn sedikit kelainan. Jangan ditanya bgmana perkataan 'seratus' tu bleh timbul eh!! Mmg namanya dah begitu, heheh.. Sesiapa yg berhajat, this is therecipe.

DAGING / AYAM MASAK LADA SERATUS

Bahan-Bahan
1 ekor ayam /1 kg daging lembu
2 cawan cili kering kisar }
3 biji bawang besar }
5 ulas bawang putih }
1 inci halia }
2 btg serai }
sedikit belacan }
1 inci lengkuas } dikisar halus
1 sudu teh kunyit serbuk (optional)
1 kotak santan kara (200 ml)
3 biji kentang (potong dadu)-optional
minyak utk menumis (abt 4 sudu makan)
sedikit air asam, gula dan garam.
sedikit bawang goreng (optional)
daun ketumbar/saderi (utk hiasan)

Cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar dan kunyit serbuk hingga garing. Tambah air jika perlu. Kemudian masukkan ayam atau daging , kentang dan masak hingga empuk. Masukkan santan dan sedikit air lagi jika perlu. Kacau rata-rata dan bubuh garam, gula dan sedikit air asam. Sesuaikan rasanya dan biarkan mendidih. Akhir sekali, masukkan bawang goreng (jika suka). Matikan api dan bolehlah dihidangkan. Hiaskan dgn bawang goreng dan daun saderi/ketumbar.



4 comments:

sofea said...

wow..from the look of it...really wanted some pinch of those food!Yummy,delicious,temptating!!!

rozzan said...

Sofea, sesekali masak ni fun! Nak nak lauk yg mcm lauk kampung gini!

mamafami said...

Aduhai sedapnya....

rozzan said...

Mamafami > Heheh cium bau jer ekk.... mama