Followers

Wednesday, January 24, 2007

KEK CHIFFON PANDAN



Kek Chiffon Pandan merupakan kek pertama yg saya buat dgn jayanya. Saya hadiahkan buat rakan sedarjah yg menyambut hari lahirnya yang ke 18 tahun. Saya masih ingat lagi kek tu dipotong di dalam bilik darjah sewaktu matapelajaran bahasa Melayu. Kalau birthday girl tu tak lekas2 simpan sebahagian daripadanya, saya rasa sebiji kek tu selesai dibaham rakan2 sebelum the next lesson bermula. Here's the pic and recipe. Selamat mencuba!



KEK CHIFFON PANDAN

Bahan-bahannya
8 biji telur
8 oz gula halus8 oz tepung Softasilk/Top flour (saya gunakan multi purpose flour dari Aileen Bakery House)
3 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
2 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder

Peraturannya:

Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.

Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik.

Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.

Nota:
1) Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.

2) Resipi asal menggunakan tepung Softasilk tapi ada feedback yg mengatakan tepung ini ada bahan yg terlarang (saya masih kurang pasti ttg ni)

15 comments:

ishzah said...

Yang ini nak kena cuba buat..mesti sedapnya.abg rozzan ni mmg pakar memasaklah..ishzah da buat creampuff dari resepi abg tau...menjadi dgn elok..terimakasih sesangat yea:~)

rozzan said...

Eh taklah Ishzah. Abg bknnya pandai sgt, sekadar siket2 bolehlah. Abg pun masih belajar lagi. But this Pandan Chiffon Cake Insya'allah sedap. Abg jamin. But harus perhatikan cara2 membuatnya dgn betul, pasti menjadi.

Wahhh, Ishzah dah pandai buat cream puff yer! Tahniah abg ucapkan. I'm happy for you.

MamafaMi said...

Bro, kita pun tak tahanlah tengok your chiffon ni...harus gak gi pinjam kawan punya baking tin nanti....sabor je la!

rozzan said...

Mesti cuba mama, sedappp.... Kalau mama tgl sebelah rumah, dah saya kasi pinjam acuannya heheh..

Mami said...

Rozzan... mami pernah dgr org kata kalo nak bakar kek chiffon ni, acuan tak bleh alas kertas... kalo camtu, nak kena sapu minyak/butter/majerin keliling tak???

rozzan said...

mami, mmg betul, tuang terus adunan kek ke dalam acuan tu. Takyah alas kertas, takyah sapu minyak, just pour the mixture into the mould.

MamiMontel said...

tx rozzan... will try n update U tapi tak tau bila.. blom beli lagi pan utk chiffon ni...hehehe..

rozzan said...

mamimontel, ada yg nak pinjam acuannya dari saya. Saya ada 3, kesemuanya dibeli oleh arwah ibu saya. Nak pinjam?

atie said...

bro, kalau saya gune tepung superfine boleh tak? then acuan tu kalau guna acuan kek biase takpe kan, yg takde lubang tengah tu

Bro Rozzan said...

Hi atie,
tepung superfine tu oraitlah tapi ttg acuan tu, you mesti pakai acuan khas macam I tunjuk tu sbb kek ni bila dah masak ianya mengembang tinggi dan you kena terbalikkan acuan tu. kalau tak, nanti kek tu turun dan bentat.

[a.lady.named.shy] said...

dah cube bwat kek ni due hari lepas. tapi at last rase dan rupe cm kueh bakar cme tade bijan je kite tabur. hee. nape ek? kite terbalik kan dh pas kua dr oven, or mayb lambat sgt kua? hm~

BRO ROZZAN said...

Kek chiffon ni senang nak silap.

First, bila pukul putih telur tu pastikan ia betul2 dah pekat (bila anda terbalikkan bekas telur tu, putih telur tu tak jatuh). Kemudian baru masukkan kuning telur satu persatu.

2nd, jgn dibuka oven tu sebelum 1/2 jam. Then, bila dah confirm dah masak, cepat2 keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuannya. Biarkan kek betul2 sejuk sebelum diterbalikkan semula.

harap anda faham yer!

Anonymous said...

urm boleh saya tahu tak 1oz sama dgn brapa gram or cawan ke?
sy tak reti pakai oz lah. thanks

BRO ROZZAN said...

1 oz lebih kurang bersamaan dgn 28 gm. Kalau nak senang amik jer 30gm ya.

Anonymous said...

Salam abg rozzan. Saya dah cuba resepi ni. Sy nak tanya kenapa permukaan atas kek saya merekah. Boleh bantu saya. Terima kasih...