Followers

Friday, December 01, 2006

KEK LAPIS INDIA

Atas permintaan zita, kat sini saya lampirkan resipi Kek Lapis India, sumbangan Sdri Deeyana, yg memang mahir buat bermacam jenis kek lapis. Fotonya juga adalah dari yg empunya resipi. Thanks Deeyana- I know I can always count on you for Lapis recipes!

Kek Lapis India

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi)
300 gm gula
100 gm tepung biskut marie

1 peket santan serbuk (5ogm) -optional
397 gm susu manis
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Nota:
1) Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
2) Susu dan gula boleh dikurangkan jika anda tidak gemar terlalu manis.
3) Gunakan acuan saiz 9" x 9" jika anda tidak suka kek yg terlalu tinggi.
4) Saya selalu kisar gula pasir biasa untuk buat kek, jarang guna gula kat bakery shop.

15 comments:

mamafami said...

Kek lapis lagi....sedapnya...Btw, Deeyana ni dok mana eh? Bukan apa, kat gambar dia tu, dia tulis Deeyana, Kch. Tu yang curious.

rozzan said...

mama, Deeyana dari negeri bumi kenyalang (Sarawak). KCH tu agaknya Kuching laa.

Penyulawa said...

Kek lapis india... favorite anak2 sebab ada lapisan cokelat keping tu... Mmg sedap la kalau bebudak boleh makan laju jer...

rozzan said...

Mmg betul tu. Anak2 saya juga tentu suka dgn kek ni. Heheh.. maybe next projectlah. Baru selesai dgn Lapis Horlicks..

cik said...

hye... saya baru jer selesai buat kek ni pada hari sabtu 06/10/07 jam 3 ptg... kek ni memang sedap tapi masalahnya manis yang teramat sangat.... saya dah kurangkan gula sampai 150gm dan susu manis 300gm.. coklat saya tukar.. saya guna coklat coin yang bulat2.. tapi masih manis... advice pls...

Anonymous said...

salam...saya try buat kek lapis india hari ni...ada kwn bg recipe..tp recipe tu ckp, cara nye kukus kek berlapis2 n then bakar sekejap dlm oven...any comment? tq..

BRO ROZZAN said...

BR > Cik
Hi, maaf terlewat reply. Actually mmg saya perhatikan kek2 lapis sarawak selalunya mmg manis. Ini yg membuat keknya lembut dan lembab (moist). So, kita boleh ubahsuaikan resipinya sedikit utk menepati citarasa kita sendiri. Utk kek lapis India ni, saya blum mencubanya tp next time, bila anda buat, cuba kurangkan susu pekat manis tu kpd 1/2 tin atau lebih kurang 190-200 gm. Sukatan gula yg anda kurangkan kpd 150 gm tu kira orait lah. Atau kalau nak kurangkan lagi kpd 130gm. Tapi anda perlu tahu bahawa kek lapis perukan gula yg memadai utk menjadikannya moist dan lembut. kalau sukatan kemanisannya (gula & susu manis) terlalu kurang, keknya akan menjadi "kering" dan tidak lembut. Harap info ni dpt membantu ya.

BRO ROZZAN said...

BR > anonymous
Mmg ada kek lapis yg kaedah membuatnya ialah dgn mengukus. Setiap lapisan, dari yg pertama hinggalah yg terakhir, akan dikukus. Cuma bila kita kukus, keknya akan menjadi "lembab" atau moist. Tp kalau kek terlalu lembab, dikhuatiri pula nanti tak tahan lama. So, selalunya selepas mengukus, kek ini akan dibakar sebentar di dalam oven utk "mengeringkan" sket agar ia dapat tahan lama. Harap info ini dpt membantu ya!

Ayuni Syazana said...

Waaaa Sedap nye! thanks for sharing. saya mmg suka gila kek lapis india ni! nanti nak try lah..

http://ayunisyazana.blogspot.com/

BRO ROZZAN said...

BR > Ayuni

Cubalah, resipi ni dari teman saya Deeyana yg mmg ahli dlm membuat kek2 lapis sarawak. :)

Kathy Cake D' Putrajaya said...

Kathy dh buat kuih ni untuk customer, sedap cuma Kathy tambah ovalette 2 sudu makan supaya doh tu stabil skit :P mmg sedap :D Kathy pakai chocolate Kendos (gambar kartun tuh). Unless klu customer nak pakai Cadbury kita akan pakai Cadbury.

Anonymous said...

Saya dah tiga kali buat kek ni, memang sedap sangat.... saya adjust sikit gula dan susu,terbaru saya buat untuk hari raya, anak-anak saudara request buat kek ni....setiap kali raya, terima kasih bro Rozzan!

BR said...

BR > Kathy
Thanks Kathy for the info, will take note of ur version.

BR said...

BR > anonymous

Mekasih kembali sis. Thank you for trying out the recipe. :)

Anonymous said...

coklat cadbury mane rozan pakai?