Followers

Friday, December 22, 2006

KUIH LAPIS KACANG HIJAU

Atas permintaan Sis Kay, di sini saya berikan resipi Kuih Lapis Kacang Hijau yg saya tukil dari sebuah buku masak setempat. Diharap Sis Kay dan sesiapa yg berminat bolehlah mencubanya. Dah tu, bolehlah feedback yer!!

LAPIS KACANG HIJAU
(Sumber Resipi & Foto : Siti Mastura Alwi)

Bahan-Bahan:
400 gm tepung kacang hijau
100 gm tepung hoen kwee
80 gm tepung kanji
600 gm gula melaka
200 gm gula halus
1 sudu teh garam
2500ml santan dari 4 biji kelapa parut
2 sudu teh pewarna hijau
Loyang bulat 28 cm (gris sekelilingnya dgn minyak).

Cara:
Santan dimasak dgn gula Melaka, gula halus dan daun pandan sehingga gulanya hancur. Tapis dan sejukkan sedikit.
Kesemua bahan tepung dicampurkan di dalam satu mangkuk dan digaul rata. Tuangkan santan yg ditapis tadi ke dalam tepung ini bersama garam. Gaul lagi hingga rata. Tapis adunan dan bahagi dua. Satu bahagian diwarnakan hijau dan yg satu lagi dibiarkan warna aslinya.
Kukus di dalam loyang, berselang seli warna sehingga adunanny habis. Setiap lapis dikukus selama 3-5 minit atau sehingga masak.
Biar kuihnya benar-benar sejuk, baru boleh dipotong.

3 comments:

Anonymous said...

rajinnya abg rozzan...hari2 buat kuih...kenyang la orang kat rumah tu. Anyway rozzan tau tak tentang watermelon milk powder.Saya dapat tahu hanya kat Sibu Sarawak je yg ada powder ni. Baru2 ni saya dapat tahu kat Phoon Huat pun dah ada jual. Saya tengah cari powder ni...kat kl tak ada. Watermelon powder ni warna pink..bau seperti watermelon la. Kalau rozzan jumpa harap khabarkan ye.

rozzan said...

Insya'allah nanti senang saya pi kat PH, tgk2. Kalau ada ke takde, Insya'allah saya khabarkan yer.

rozzan said...

Hi anonymous. Sorry for the late reply. Baru berkesempatan ke kedai Phoon Huat. Dah saya pi tanya ttg water-melon milk powder but yg ada cuma water-melon powder ..yg buat bubble tea tu jerr! Sorry ye, tu saja yg dapat saya bagitau.