Followers

Saturday, September 09, 2006

Pandan Kaya Cake, Steamed Coconut Blossom Cake

Pandan Kaya Cake
700 gm tepung Optima
50 cc jus daun pandan
10 biji telur
150 cc santan pekat
sedikit pewarna hijau
Cara:
Pukul tepung, telur dan jus pandan bersama sehingga pekat. Masukkan santan pekat dan pewarna hijau lalu dikacau rata. Bakar di dalam 2 loyang berukuran 12 x 12 x 1½ inci yg telah dialas dgn kertas dan digris; dgn suhu 180 darjah celsius selama kira-kira 20-25 minit. Sesudah masak, sejukkan kek ini sebelum disapu dgn custard glaze.

Custard Glaze
2 cawan air
½ cawan gula
1 sudu besar instant jelly
1 cawan susu segar (atau santan pekat)
60 gm tepung jagung
Cara:
Masak gula bersama air hingga mendidih. Masukkan 1 sudu besar instant jelly. Kacau rata. Sementara itu, campurkan susu segar(santan) dgn tepung jagung dan pewarna hijau. Bila bahan instant jelly mendidih, masukkan bahan tpg jagung ini. Kacau sehingga bahan ini menjadi pekat dan berkilat. Ambil satu bahagian kek dan sapukan custard glaze ke atasnya dan tindihkan dgn kek yg satu lagi. Sapukan rata-rata lebihan custard glaze tadi di permukaan dan sekeliling kek ini dan buatlah pattern/design mengikut pilihan dan citarasa anda. Pada sekeliling kek ini bolehlah di hias dgn kepingan2 badam (almond slices) atau dessicated coconut.
Steamed Coconut Blossom Cake
2 biji telur sejuk
300 gm tepung Softasilk
1 sudu teh baking powder
150 gm santan pekat
1 sudu makan Ovalette
50 gm air pandan
250 gm gula pasir

Peraturannya
Satukan semua bahan-bahan di atas di dalam mangkuk dan pukul dengan high speed selama 7 –10 minit atau hingga pekat. Masukkan pewarna hijau dan kacau rata-rata. Masukkan adunan dalam mangkuk-mangkuk kecil yang dialas dengan kertas. Bubuh inti kelapa yang telah dimasak bersama garam, gula melaka & sedikit gula pasir. Kukus hingga masak selama 15 minit.

2 comments:

Anonymous said...

Hi Bro, Skrg tak de jual tepung softasilk so tepung apa yang sesuai utk digantikan?

BR said...

Hi,

Anda boleh tukarkan kpd top flour atau superfine flour. Insya'allah menjadi.