Salam buat semua. Maaf kerana 'menghilang' seketika. Sebenarnya, for the past one week, banyak perkara/masalah yg harus ditangani. Bukan apa, kekadang tu, semua yg berlaku lepas satu, satu.
Saya ni bukan ler "orang elektrik". Dahtu lampu kat dua-dua bilik air rosak, kat bilik tidur utama pun rosak!! Hai...puas tukar wayar/starter tak jugak nyala. Tukar bulb pun tak OK. Bila 'dia' suka nak nyala, petik swis sekali dah on. Kalau tak, tunggu ler tepi pintu toilet tu -tak nyala2. Nak mintak tolong kawan, heheh, diaorang sibuk gak. Hai...stress.. Sekali-sekala kami bergelap lerr dlm toilet!! Help! I need help!!
Komputer ni pun dah mula "main gila" - kadang2 OK, kadang2 KO!! Scanner pun 'sakit'. Internet pulak , slow... Ni yg buat malas nak update! Kadang2 rasa itu jam jugak nak hempas benda ni.. Maybe it's about time I get a new PC; dah nak nazak agaknya PC ni. Sejak tahun 2001 dah bermastautin kat rumah ni.
Hah, cakap pasal benda rosak, peti sejuk yg dah bertahun2 lamanya berjasa kpd kami pun mula nak KO. Bukan satu tapi dah dua para-paranya retak. "Dia" pun dah tak kuat lagi.... Entah kat mana nak beli penggantinya- blum ada masa nak cari info. Ikut hati, aku lelong jer - saper nak esbok aku?? saper nak? Then, baru boleh beli yg baru. Ishhh, kalau sumer nak beli..heheh... rabak jugak kocek!
Btw, me also not feeling so well these past few days since last week. Last Saturday, pi kenduri arwah kat rumah bro-in-law. Sunday -heheh...lepak, satu keje pun tak buat. Seronok...

Anyway, berbalik kepada topik
Buku Kek Lapis Sarawak Jilid 3 (Pn Rabiah Amit), saya dapati kali ini banyak resipi beliau menggunakan telur yg banyak- antara 15 hingga 20 biji. Seperkara lagi, kombinasi warna kek pun banyak berkisar pada warna hijau, biru dan cokelat!, merah sekali-sekala.
Buat diri saya yg mmg suka warna2 yg garang dan pelbagai ni, saya mungkin menukarkan sesetengah warna keknya kpd warna yg lebih segar/ceria, heheh..Ini pandangan saya jer. Namun demikian, Insya'allah, once in a while saya akan postkan resipi kek lapis beliau di sini. For a start, saya sertakan resipi di bawah ni:
KEK LAPIS POLKADOT SAGUBahan A16 biji kuning telur
6 biji putih telur
210 gm gula kastor
180 gm tepung Hong Kong
50 gm tepung sagu
1 sudu makan ovalette
Bahan B480 gm mentega
1 tin kecil seri kaya
5 sudu makan susu pekat
500 gm roti tunjuk
pewarna hijau dan coklat
perasa pandan dan coklatCara Membuat:1) Pukul semua
Bahan A hingga kembang dan masukkan
Bahan B. Gaul hingga sebati
2) Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian berwarna hijau ditambah dgn perasa pandan. Satu bahagian berwarna coklat ditambah perisa coklat. Lapis warna coklat sehingga masak.
3) Kemudian susun roti tunjuk. Lapis lagi warna hijau dan susun roti tunjuk selepas itu. Susun berselang-seli, hijau dan coklat. Ulang proses ini sehingga habis.
Catatan Saya:
Cara pembikinannya kurang jelas/terperinci. Setelah Bahan A dipukul hingga kembang, "masukkan Bahan B". Saya rasa anda perlu memukul mentega tu sebentar hingga kembang sebelum dimasukkan ke dalam Bahan A. Kemudian, masukkan seri kaya dan susu.
Anda-anda yg pakar dlm membuat Kek Lapis Sarawak- harap dapat tolong perjelaskan ya!
Meantime, as promised inilah rupa mixed herbs - salah satu bahan utk membuat daging black pepper steak, yg saya janji nak tunjukkan dulu. Antara kandungan herba-herbanya ialah
thyme, rosemary, marjoram, basil, oregano dan sage.

Dan ini, sekedar berkongsi pics tentang
jering rebus dan
sambal tumis petai yg diberi mak saudara kpd saya jer!! Dah lama saya tak makan petai dan jering ni . Almaklumlah, orang rumah tak makan benda2 ni, jadi saya pun tak masak lerr.. Resipinya biasa2 jer, I'm sure anda tahu memasaknya. As for jering tu, kalau yg muda selalunya dibuat ulam dan makan dgn sambal belacan. Kalau nak rebus pilih yg tua dan rebus hingga empuk dan dimakan dgn kelapa parut yg dibubuh sket garam dan gula.


Kepada sesiapa yg saya belum sempat menjawab email atau pertanyaan, Insya'allah akan saya jawab. beri saya sedikit masa ya! Heheh, kalau ada pun yg saya terlupa, ingatkan eh!