Followers

Saturday, July 18, 2009

KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT



Ada seorang pengunjung, nana yg bertanyakan ttg Kek Lapis Peppermint tak berapa lama dulu. OK, di sini saya sertakan satu resipi Kek Lapis Chocolate Peppermint yg saya olah sedikit dari jenis kek lapis sarawak ya.

Sengaja saya gabungkan peppermint dgn perisa cokelat agar bau aroma dari esen peppermint tu tak terlalu over-powering. Tapi, jika anda sukakan khusus perisa peppermint, go ahead. Adunan di bawah tu tak perlu dibahagi dua, dan tambahkan lagi 2 sudu teh esen peppermint ya!

Kek Lapis Chocolate Peppermint dah saya cuba semalam. Insya'allah, menjadi dan rasanya, Alhamdulillah. So, inilah resipinya.


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT



Bahan:
300 gm mentega
120 gm gula halus
6 biji telur (saiz besar)
80 gm sekaya
250 g susu pekat manis
80 g Horlicks
2 sudu the esen peppermint
2 sudu besar serbuk koko }
½ sudu the esen vanilla }
3 sudu besar air panas } … dicampurkan & dijadikan pes cokelat
secukup pewarna hijau (saya gunakan yg serbuk)
160 gm tepung HongKong (atau tepung kek)
loyang berukuran 7” x 7” (dialas dgn kertas pada dasarnya dan digris sekeliling loyang)





Cara :

1) Pukul mentega bersama gula dengan high speed sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).

2) Masukkan telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (kira-kira 4-5 minit)

3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi hingga rata. (kira-kira 2-3 minit)

4) Perlahankan lagi speed (slow, sekedar nak ratakan tepung) dan masukkan tepung HK dan biarkan adunan sebati. Jangan terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer. Ataupun anda boleh gunakan kaedah “fold-in method bila nak masukkan tepung ke dalam adunan telur/mentega tadi. Tak payah gunakan mixer.

5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:
i) 1 bahagian dibubuh esen peppermint dan pewarna hijau.
ii) 1 bahagian lagi dibubuh pes cokelat.

6) Panaskan ketuhar dgn suhu kira-kira 180-190 darjah Celsius, api atas & bawah. Bubuh 2 senduk adunan cokelat ke dalam loyang kek lalu ratakan. Bakarlah lapisan pertama ni sehingga masak (kira-kira 6-7 minit). Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan tekan sket dgn penekan kek lapis agar rata.

7) Kemudian, tukar suhu ketuhar kpd 200-210 Celsius (api grill/atas jer). Bubuh pula 2 senduk adunan peppermint/hijau dan bakarlah sehingga masak (6-7 minit). Bakarlah berselang-seli warna cokelat dan hijau sehingga selesai semua adunan.


12 comments:

makcikkantin said...

resepi kek lapis bro ni semua mengancam....tak terkejar makcik, i like to visit yr blog utk dptkan inspirasi, betapa rajin bro, tp makcikni kekadang malas, kadang gambar blur......haiiii banyaknya alasan ye...salam pagi sabtu

Mima's Oven said...

wow bro! this cake is gorgeous! mesti sedap!

BR said...

BR > makcikkantin
Cik jgn kejar lagi, tak elok kejar2. Pelan2 jln ok lerr kot!! Sorry, gurau jer! Makcik pegang kamera ok per!! mcm pro.

BR said...

BR > Mima's Oven

Thanks, Insya'allah sedap if what my 2 daughters' words are to be taken as evidence, heheh...

Anonymous said...

salam...
sy teringin sgt nk belajar buat kek lapis nie sbb selalu buat xd lapisan...
bila nk belajar nie, nk tau ckit pe sbnrny mksd api ats n bwh tue,...
hehee..tq

aziela said...

sekaya tu ape? jem kaya ke?

BR said...

BR > Anonymous

Selalunya oven yg besar ada fungsi api atas dan bawah yg boleh kita sesuaikan dgn jenis kek yg kita nk bakar. Kalau kek lapis selalunya lapisan pertama anda gunakan api atas dan bawah. Lapisan kedua hingga akhir gunakan api atas jer. Harap maklum.

BR said...

Aziela,

Yup, sekaya tu kaya atau serikaya atau anda panggil jem kaya... actually ia sejenis sapuan roti yg mengandungi bahan seperti telur, gula dan santan. Harap maklum.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya teringin nak try buat kek lapis ni..sya suka mkn kek lapis tk malas nak buatnya coz slalunya d kukus dan kebanyakannya byk guna telur..tp yg ni tak pula..then bakar pula tuh..teruja nak try resepi ni..tp saya nak tnya bila baca bhgian cara2nya tu mcm ada yg tggl..sekaya,horlick dan susu pekat tu masa bila nmak letak dlm adunan?? nak hntam2 masuk takut salah pula..pls..:)

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya dah try buat kek lapis ni..sedap..anak2 dan Hubby suka sgt mkn..terima kasih byk atas perkongsian resepi ni ya..:)

Noraini Sanusi

Halijah said...

Salam,
Saya dah cuba recipe ini, memang sedah tapi kenapa kek saya keras dan kering ya...Saya dah cuba satu persatu mengikut peraturan tapi tak jadi..Tapi saya nak cuba lagi..tak puas hati kalau tak jadi

nur haszlin said...

Salam, terima kasih for sharing this great recipe...alhamdullilah jadi and memang sedap