Followers

Sunday, July 12, 2009

DALCA LEMBU/KAMBING

Resipi Dalca ni lebih kurang sama dgn Dalca Ayam yg saya paparkan pada entry yg dahulu. Saya sertakan sekali lagi dgn sedikit perubahan jer...


DALCA LEMBU/KAMBING

Bahan-Bahannya
1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk
200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)
3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
3 batang lada hijau
3 senduk minyak masak


Rempah Campak
4-5 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris )


1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.


Nota:

1) Selalunya lauk dalca daging ni lebih enak jika kita gunakan daging kambing yg dicampur dgn tetelan ataupun daging rusuk. Bagi mereka yg tak boleh makan kambing, gunakanlah daging lembu.

2) Sukatan santan boleh dikurangkan mengikut citarasa anda. Setahu saya, kalau orang India kalau memasak lauk kari/dalca, mereka tak menggunakan santan. Tapi kita ni msk cara orang Melayu, heheh...

3) Lauk dalca ni akan menjadi lebih sedap dimakan pada keesokan hari nya. Lebih lama disimpan dan dipanaskan, lagi sedap.

****************************************************************

Sambal Tumis ni pula biasa jer, cuma dibubuh bebola ikan dan telur burung puyuh.
Hidangan

Jemput makan!!

10 comments:

MamaFaMi said...

Cicah dengan roti canai sedap ni...

anne_nurqaseh said...

wahhh makanan yg lazat2..
nk ckett..

Anonymous said...

Salam Bro Rozzan,
Tq for sharing this recipe, kak t masak hari ni krana permintaan suami. Allhamdulillah menjadi dalcanya. Pertama kali memasak dalca
Salam. kak siti

BR said...

BR > MamaFami

Mmgbetul pun Mama, dah standby roti canai instant pek besar! (ni kes malas ler nak wat sendiri).

BR said...

BR > anne nurqaseh

Boleh, ckett saja tau!!!! Tapi kena dtg umah lerr. Kalau nak byk wat sendiri yer!!

BR said...

BR > Kak Siti

WS Kak. Pekhabar Abg Amin? Moga2 semuanya sihat ya. Actually msk dalca ni tk susah. Insya'allah menjadi. Cuma rempah yg digunakan pun memainkan peranan. BUkan nak promo yer tp sejak saya gunakan rempah ratus jenama Babas, saya kurang gunakan jenama lain. Lauk Kurma tuhari pun saya gunakan jenama yg sama. Apapun, Terima kasih kembali Kak.

danbanzai66 said...

Assalammualaikum Rozzan. 10Q! sbb recipe ni saya cuba jadi pulak,suami pun puji,dia kata sedap bangat! saya simpan recipe ni.

BR said...

WS. Alhamdulillah, anda dan suami suka dgn hasil masakan lauk dalca ini. You're most welcome sis.

lena francis said...

wow your recipe mengancam very sincere not like the cook books i have read tak complete and too simple tak cukup ingredients. keep it up bro

BR said...

Thanks for the kind words sis lena. Alhamdulillah, its my hope that everyone is able to follow the recipes here. Insya'allah God permits, I'll continue blogging and sharing ya.