Followers

Wednesday, February 25, 2009

PISANG GORENG



Hah, pisang goreng ni saya goreng semalam malam. Di antara pisang2 seperti pisang raja, kepok, nangka & tanduk/(lang), saya paling gemar gunakan pisang raja kalau nak buat pisang goreng. Begitu harum dan wangi aromanya setelah digoreng.

Sebagaimana yg umum diketahui (atau ada yg belum tahu), kalau di M'sia, khususnya Johor, kalau makan pisang goreng selalunya dgn sambal kicap. Apa, sambal kicap??? Hah, tak cuba tak tahu. Cubalah, sedap....

Anyway, sampai sekarang ni saya masih mencari-cari resipi 'batter' atau adunan tepung utk menggoreng pisang yg rangup ketika panas dan tetap rangup walaupun setelah ia sejuk. Ada sesiapa yg nak kongsi.....




OK, yg ini cara saya buat semalam.

Pisang Goreng
1-2 siseh pisang

Adunan Tepung (Batter)
150 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung beras
½ sudu teh kapur
1 - 1½ cawan air (jgn terlalu cair)
1 sudu teh gula
1 susu teh garam
sedikit pewarna kuning

*Campurkan semua bahan dan kacau rata-rata.

12 comments:

Anonymous said...

salaam bro. saya ni guna tepung instant je. kalau tak silap jenama 'Suri'boleh didapatkan di GIANT. dah sejuk pun masih rangup :)...nik

BR said...

WS nik. Thanks for the info. I'll take note.

ana said...

salam abang rozzan,try tambah 50g tepung jagung. biasanya ana buat guna ratio 3:2:1( 3 tepung gandum : 2 tepung beras : 1 tepung jagung) kalau guna tepung gandum kena pakai soda bicarbonate, insyaallah dah sejuk pun tetap rangup

BR said...

Thanks ana. Insya'allah nanti saya cuba.

Anonymous said...

Salam bro,

Cuba try ni, rendam beras semalaman pastu esoknya blend jadi batter. Campur skit tpg gandum, bijan , perasa semua. Ni resepi org kampung, kiranya tepung beras home made ni...

Kalo dah try bg feedback yee..

BR said...

WS & thanx prettybaker. Insya'allah kalau I dah cuba, I kasi feedback k.

Anonymous said...

salam abg rozan. cuba abg guna resepi ni, insyaallah jadi tapi sukatan agak2 laa. biasa saya guna tpg beras, kunyit debu (sikit aje dlm 1/2 sudu teh), garam, air cuka(sikit je anggaran 2 sudu besar), air kapur and sebiji telur. kalau telur itik lagi baik. lepas bancuh biar 1/2jam baru guna.

BR said...

BR > anonymous

Thanks, saya dah catatkan bahan2nya. Insya'allah bila senang nanti saya cuba ya.

Anonymous said...

MAU RANGUP LETAKLAH PLASTIC STRAW...

EZIE said...

salam abg rozzan xpayah tepung itu ini pun..bancuh cam biasa je..juat tambah JEMUJU.jemuju ni taruk sikit je rupanya mcm bijan.selalunya org taruk dlm maruku..nak ranggupkan semua mknan yg bergoreng..bau wangi dah sejuk pun ranggup..

BR said...

BR > Ezie

Mekasih Ezie atas perkongsian info anda. Harap2 yg lain pun akan dpt manfaatnya :)

Aris said...

Aku sampai blog anda secara pencarian BING iaitu dgn kata "pisang goreng". Aku heran kenapa kurang sangat orang kita tulis blog dalam BM. Syabas, jika tidak ada orang spt anda BM mungkin terhakis terutama dalam era Internet ini. Aku hanya terjumpa pada mukasurat 11 blog atau video mengenai pisang dlm BM.
Oh lupa, aku pernah makan pisang goreng isteri yang guna kapur sireh sebagai ramuan selain tepung gandum. Sila cuba dan beritahu aku OK atau tidak.