Followers

Saturday, December 20, 2008

MEE BAKSO

Mee Bakso merupakan salah satu hidangan yg tak asing di negara jiran Indonesia. Resipinya mudah dan rasanya "lumayan". Di internet, terdapat pelbagai resipi utk membuatnya tapi yg pasti asas kuahnya adalah stok daging lembu dan juga daging yg diadun menjadi bebola-bebola. Selainnya adalah mengikut kreativiti dan selera anda sendiri.

Actually, dah lama saya nak buat Mee Bakso ni, cuma masa jer yg belum sesuai. Alhamdulillah hari ni dapatlah saya membuatnya. Saya rasa ramai yg dah tahu camner nk buat. Tapi bagi mereka yg belum tahu dan ingin mencubanya, di sini saya sertakan resipi yg mudah utk diikuti.




MEE BAKSO

Bahan-Bahan
1½ kg mee kuning (dicelur sebentar)

secukup sayur kobis (dihiris)
secukup sayur sawi (disiang & potong ikut suka)
secukup lobak merah (dihiris)
(Kesemua sayur dicelur sebentar)

Bahan Sup/Stok
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah }
4-5 ulas bawang putih }
2 cm halia }.....ditumbuk/kisar
1 ibu jari lengkuas (titik)
1 btg serai (titik)
1 sudu teh lada hitam
½ sudu teh lada putih
sedikit cengkih, pelaga dan kulit kayu manis
1 kotak kiub pati daging lembu
2 liter air
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis

500 gm bebola daging lembu

Cara:1) Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan bahan kisar, serai, lengkuas, cengkih, pelaga dan kayu manis. Tumis sehingga garing.

2) Masukkan air, kiub pati daging lembu dan juga bebola daging tadi. Kacau sebentar dan pastikan kiub tu larut. Kemudian bubuh lada hitam/putih & garam. Biarkan sehingga kuahnya mendidih. Matikan api.

Cara Menghidangkan Mee BaksoBubuh mee ke dalam sebuah mangkuk. Bubuh sedikit kobis, sawi & lobak merah. Kemudian tuangkan kuah/sup tadi dan susun bebola-bebola daging. Akhir sekali, taburkan bawang goreng ke atasnya. Mee ini enak dihidangkan dgn sambal cili padi.

Sambal Cili Padi (sukatan agak2 jer)
1 peket cili padi
3-4 ulas bawang putih
kicap manis
garam, gula, cuka (atau jus limau kasturi)

*Tumbuk cili padi bersama bawang putih. masukkan kicap manis, garam, gula dan cuka. Sesuaikan rasanya.

Nota:
1) Anda boleh juga gantikan mee kuning dgn bee hoon.
2) Saya campurkan sos tomato dgn sos cili dan bubuh sedikit ke dalam hidangan mee bakso tu.


12 comments:

makcikkantin said...

DEAR ROZZAN, Hope you don't mind if i hv you in my blog's link. love those few 'pages' that i've browsed

Anonymous said...

nak tumpang komen gak..
cedap bakso tu nyummy..ingat masa form 4 sampai form 5 tiap2 jumaat mesti g beli n mamam..nyummmmyyyy

nina mahdar said...

Bro.. sedapp arrr tengok bakso tu.. kena lak kalau sambal kicap yang power.. perghhhhhh tak leh tahan.. sedepp bangetttt

VG said...

Mr Rozzan...I feel like having one right now. It looks delicious. Thanks for the recipe

Anonymous said...

Wahhh..ni my fav Zan..

BR said...

BR> makcikkantin
No problem. Btw, thanx fr visiting ya!



BR> cik iera
Heheh...mee bakso ni mmg sodap di mamam heheh...


BR> sweetlily
Ish3 mmg sedap banget deh... tak sedar 2 mangkuk selesai!!!


BR> VG
You're most welcome VG.


BR> anonymous
Hi, sofea? heheh hope I'm right. Cubalah. It suits my tastebud. Yum Yum.

Anonymous said...

how can you write a so cool blog,i am watting your new post in the future!

Anonymous said...

salam bro..i dah try ur recepi ni..habis 1 periuk.budak2 gan bapak budak suka sgt hehe...thanks!

BR said...

BR > costume jewellery

Thanks for the compliment. Hope I dont dissapoint you in my future postings.



BR > anonymous

Heheh, my family also loves it. Saya happy anda sekeluarga pun suka dgn hidangan ni..Next time buat ler lebih2 heheh..

Anonymous said...

Tolong sy..sy nk tahu dmana bole beli Pati Kuib Daging Lembu. Kat Fairprice hny ada Pati Ayam & Pati Ikan bilis jer. Tksh

BR said...

Heheh, saya selalu beli kat Sheng Shiong supermarket. Cuba cari kat sana yer.

Benny said...

Nice info