Followers

Wednesday, November 26, 2008

PUDDING JAGUNG




Pudding Jagung ni mudah dibuat. Seingat saya, ianya merupakan salah satu juadah yg mmg saya gemari sewaktu dibangku sekolah dulu. Cuma dulu, saya main ngappp jer! Nak buat tak tahu.

Sekarang ni saya nak share resipinya kpd sesiapa yg sudi nak mencubanya.


PUDDING JAGUNG

Bahan-Bahan
5 biji telur
380 gm gula pasir/halus
180 gm tepung kastad
180 gm tepung gandum
600 ml santan kotak }
600 ml air } disatukan
1 tin jagung (krim)
½ tin jagung (whole kernel)-buang air & ambil biji jagungnya saja
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
1 sudu teh vanilli

Cara:
1. Masukkan gula, tepung kastad & tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk yg besar. Kacau sebentar lalu pecahkan telur ke dalamnya. Gaul rata.

2. Kemudian bubuh pula jagung krim, jagung biji, santan pekat, air, dan vanilli. Kacau rata-rata sehingga sebati lalu bubuh garam secukupnya.

3. Bubuh adunan ini ke dalam sebuah periuk dan kacau sebentar di atas api yg sederhana sehingga adunan memekat.

4. Akhir sekali, masukkan adunan yg telah pekat ke dalam loyang yg telah disapu sedikit minyak, lalu kukus sehingga masak (kira-kira 20 minit).

5. Keluarkan loyang dari kukusan dan tunggu sehingga pudding benar-benar sejuk sebelum dipotong.

Nota:
1) Kalau anda sukakan pudding yg lebih lemak, lebihkan sukatan santannya dan kurangkan sukatan air.

2) Saya gunakan loyang bulat berukuran 11". Anda boleh juga gunakan loyang empat segi.

4 comments:

hani said...

puding jagung gemaran saya juga.. tks for sharing the recipe :)

BRO ROZZAN said...

Slm Hani. Hmm.. pudding jagung ni one of my feveret too! mekasih kembali.

Iza D'Lite said...

Salam BR...ini ishzah....:-)
Haiz...pudding jagung inilah yang paling senang di buat tetapi yang seringkali iza buat menjadi gagal..hehe..walhal paling iza suka sekali pudding jagung ni..:-)

Entah la..mungkin belum ada rezeki nak makan yang betul punya jadi pudding jagung..:-)

So, iza copy yea resipi ini..nanti senang..akan iza buat. Thanks for sharing...:-)

Bro Rozzan said...

WS Ishzah

Heheh, sorry lmbt reply. Btw, kalau dah buat feedback yer!