Kehidupan kita yg berbilang kaum membolehkan kita merasa atau menjamu selera hidangan makanan kaum-kaum yg lain; asalkan ianya dijamin halal. Atau lebih baik lagi jika kita dapat menyiapkannya sendiri di rumah. Ialah.....walaupun tak 100% seperti dikedai/gerai, Alhamdulillah jika rasanya dapat menepati citarasa kita.
Kali ini saya ingin berkongsi satu resipi makanan kaum India iaitu Thosei. Seperti hidangan Capati yg saya mula pelajari ketika saya di bangku sekolah dulu - dari ibu seorang kawan yg berketurunan Pakistan; saya juga berjinak-jinak membuat Thosei setelah mendapatkan resipi yg simple/mudah, juga dari ibu seorang schoolmate berbangsa India. Lama dah....lebih 25 tahun dulu.
Buat diri saya, Hidangan Thosei ini cukup jika ada lauk sampingannya seperti sambal kelapa, sambal cili dan kuahnya yg disebut "sambar" oleh kaum India. Jika diimbas kembali sewaktu kanak-kanak dulu, ketika saya menginap di rumah ibu saudara, beliau suka beli thosei dari jiran sebelah blok beliau dan...makannya dgn sambal/paceri kelapa jer!! Bayangkanlah kalau gitu jer dah sedap, apalagi kalau hidangan sepenuhnya. Asyik deh....
Di sini saya sertakan resipi Thosei berserta Masala, Sambal(Paceri) Kelapa dan Sambar. Di samping resipi yg ada dlm simpanan, saya juga membuat rujukan dan sedikit olahan pada resipi Thosei dari salah seorang pakar masak tempatan. Selain membuat thosay biasa yg plain, anda juga boleh mempelbagaikan thosei anda seperti Thosei Masala, Telur, Bawang, Paper, Keju, dll. Jom, lihat!
THOSEI
Bahan-Bahannya:
1½ cawan beras (dibersihkan, cuci dan rendam dgn air selama 5-6 jam)
½ sudu teh halba
1½ cawan air
2 sudu besar nasi sejuk – (rendam bersama beras)
atau 2 sudu besar tairu
½ cawan kacang hitam (ulundu) yg dah dibuang kulit - (dibersihkan, cuci dan rendam dgn air selama 5-6 jam)
Cara:
Toskan beras dan masukkan ke dalam pengisar bersama halba dan ½ cawan air. Kisar hingga halus. Masukkan pula kacang hitam dan lagi ½ cawan air. Kisar lagi. Kemudian, masukkan pula nasi sejuk atau tairu. Kisar lagi hingga ia pekat dan sebati. Tuang ½ cawan air lagi dan 1 sudu teh garam. Kacau hingga rata. Perap selama 5-6 jam.
Cara Memasak Thosei
Panaskan kuali leper (tawa). Sapukan minyak rata-rata ke seluruh kuali dgn menggunakan sehelai kain bersih. Tuangkan satu/dua senduk adunan tepung yg telah dibancuh tadi dan lebarkan bulatannya dgn menggunakan bahagian bawah senduk. Biarkan sebentar sehingga ia masak.
Untuk membuat Masala Thosei, letakkan 1 senduk campuran sayur (isian) Masala ke atas thosei yg telah dimasak tadi lalu dilipat dua. Hidangkan bersama paceri kelapa, sambar dan tulu.
ISIAN UNTUK MASALA THOSEI
Bahan-Bahannya:
¼ cawan kacang dhal (bersihkan dan rendam)
3 cawan air
½ sudu teh serbuk kunyit
1 ulas bawang putih (hiris halus)
½ biji bawang besar (hiris kasar-kasar)
2 btg lada hijau (potong kpd beberapa bahagian)
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
Campurkan kesemua bahan di atas dalam sebuah periuk bertangkai dan didihkan.
1 btg lobak merah (potong dadu kecil-kecil)
10 btg kacang buncis (potong kecil-kecil) atau 3 sudu besar kacang peas
3 biji kentang (rebus hingga empuk, potong dadu)
2 btg lada hijau (kerat kpd beberapa bahagian)
sedikit hirisan kobis (jika suka)
1 sudu teh serbuk lada merah
½ sudu teh jintan manis
½ sudu teh jintan putih
1 sudu teh garam
1 sudu teh asam jawa (campur dgn 2 sudu besar air dan ambil air asamnya)
Cara:
Bila kacang dhalnya sudah empuk, masukkan lobak merah, kacang buncis, kentang, kobis dan lada hijau. Apabila sayurnya sudah lembut, masukkan serbuk lada merah, jintan manis, jintan putih, garam dan air asam (sket jer). Masak hingga kuahnya pekat.
Bahan-Bahan Utk DiTumis
4 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
3-4 tangkai lada kering (potong beberpa bahagian)
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak
Cara:
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan utk ditumis. Bila bawang sudah layu, tuangkan pada dhal/sayur-sayuran yg dah empuk tadi. Gaul rata dan biarkan sebentar sebelum dimatikan api.
PACERI KELAPA DGN LADA HIJAU
Bahan-Bahannya
120 gm kelapa parut
2-3 btg lada hijau (hiris kasar-kasar)
3 ulas bawang merah (hiris halus)
1 ulas bawang putih (hiris halus)
½ sudu teh halia hiris
¾ cawan air
Kisar semua bahan di atas sehingga halus
1 sudu teh asam jawa (tuangkan ½ cawan air, ambil airnya)
garam secukup rasa
Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak
Cara:
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan pula garam dan air asam. Didihkan dgn api kecil dan dikacau sekali-sekala. Apabila kuahnya mulai pekat, angkat dari dapur. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawangnya dah garing, angkat dan tuangkan pada paceri yg dah masak tadi. Tutup periuk sebentar (1 minit) sebelum dimatikan api.
Nota:
Jika anda kurang gemar dgn lada hijau, cuba resipi alternatif untuk sambal/paceri kelapa ini:
SAMBAL KELAPA
Bahan-Bahan
150 gm kelapa parut
¾ - 1 cawan air
Kisar semua bahan di atas sehingga halus
sedikit air asam (sket jer, jgn terlalu masam)
garam secukup rasa
Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
1 tangkai lada kering (dipotong-potong)
2 sudu besar minyak
Cara:
Masukkan kelapa parut yg dah dikisar ke dalam periuk. Masukkan pula garam dan air asam. Didihkan dgn api kecil dan dikacau sekali-sekala. Apabila kuahnya mulai pekat, angkat dari dapur. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawangnya dah garing, angkat dan tuangkan pada sambal kelapa yg dah masak tadi. Kacau rata-rata dan tutup periuk sebentar (1 minit) sebelum dimatikan api.
PACERI KELAPA DGN LADA MERAH
Bahan-Bahannya
120 gm kelapa parut
10 tangkai lada kering (rendam dgn air panas)
3 ulas bawang merah (potong kasar-kasar)
1 ulas bawang putih (potong kasar-kasar)
½ sudu teh halia hiris
¾ cawan air
Kisar semua bahan di atas sehingga halus
1 sudu teh asam jawa (tuangkan ½ cawan air, ambil airnya)
beberapa tangkai daun kari
garam secukup rasa
Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah (hiris halus)
1 sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar minyak
Cara:
Campur bahan-bahan kisar dgn air asam dan garam lalu didihkan atas api kecil. Kacau sekali-sekala. Bila campurannya mula pekat, angkat. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawangnya dah garing, angkat dan tuangkan pada paceri yg dah masak tadi. Tutup periuk sebentar (1 minit) sebelum dimatikan api.
TULU
(Masakan campuran dhal, lada dan bawang putih)
Bahan-Bahannya:
3 sudu besar kacang hijau atau dhal (ulundu) –dibersihkan
12 tangkai lada kering (dipotong-potong)
1 ulas bawang putih (dititik dgn kulitnya sekali) - saya tak taruk
2 sudu teh minyak halia - saya tak taruk
½ sudu teh garam
asafoetida (gunakan sikit jer, anggaran sebesar kacang peas) - saya tak taruk
Cara:
Disangai berasingan dalam kuali:
1) kacang hijau hingga garing
2) Lada kering hingga hampir garing
3) Bawang putih (dgn kulitnya sekali) hingga kulitnya garing
Cara:
Buangkan kulit bawang putih setelah disangai. Sejukkan bahan-bahan yg disangai sebelum dikisar. Kisar kacang hijau dahulu, diikuti dgn lada kering, bawang putih dan asafoetida.
Bahan-bahan ini dikisar jgn sampai halus. Biarkan kasar-kasar sahaja. Tuangkan ke dalam mangkuk dan dibubuh garam dan minyak halia. Gaul rata.
Apa Yang Saya Lakukan:
Kacang dan lada kering yg telah disangai kering berasingan tadi, saya satukan dan kisar hingga 3/4 halus jer. Pastu saya bubuh garam. Siap!
SAMBAR THOSEI
Bahan-Bahannya
½ cawan kacang dhal – bersihkan dan rendam 1 jam
4 cawan air
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih – hiris halus
1 biji bawang besar – hiris tebal
2 btg lada hijau – potong-potong
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang lobak merah - dipotong dadu (atau ikut suka anda)
4 btg kacang panjang – potong kecil-kecil
1 biji kentang – dipotong dadu (atau ikut suka anda)
1 btg labu(petola) ular (potong kecil-kecil)
Campurkan dgn 2 sudu besar air, dijadikan rempah basah:
1 sudu teh serbuk lada
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh jintan putih
1 sudu teh asam jawa (campurkan dgn ½ cawan air, ambil airnya)
1 sudu besar kelapa parut – dikisar halus (atau 3 -4 sudu makan santan pekat)
Bahan-Bahan Utk DiTumis
2 ulas bawang merah – hiris halus
3-4 tangkai lada kering – dipotong kpd 3-4 bahagian
½ sudu teh biji sawi
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak
Cara:
Toskan dhal, masukkan ke dalam sebuah periuk, tuangkan air dan masukkan daun kari, bawang putih, bawang besar, lada, garam dan serbuk kunyit. Biarkan hingga mendidih. Bila dhalnya dah empuk, masukkan lobak merah, kacang panjang, petola dan kentang.
Bila kentangnya dah empuk/lembut, masukkan rempah basah. Didihkan lagi, kemudian masukkan air asam dan kelapa yg dah dikisar tadi atau santan. Didihkan bahan campuran ini sekali lagi.
Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis. Bila bawang dah garing, tuangkan pada dhal. Tutup periuk sebentar sebelum dimatikan api.
Pelbagai Variasi Thosei
9 comments:
Bang, thanks for the complete recipe. My favourite tosei ni. :)
tosei memang favorite keluarga mummy,tapi selalu makan kat serangoon aje.
Sedapnya....blog page dah tukar design sehh...ade coklat lagi...hehe
min
>> You're most welcome min. My favorite food too sejak kecik2 lagi.
mummy jam
>> A'ah ler mummy. Sekali2 boleh laa masak. Tapi selalunya pi makan kat Serangoon atau Geylang jer!
anonymous
>> heheh, apa2 pun yg ada kena-mengena dgn cokelat, sedap arr..
assalamualaikum!
Bang,tulu tu apa ye?macam mana nak makan?
akakerin,
tulu tu semacam lada serbuk sbb ada org (mcm saya ni lah) suka makan pedas. So, tulu ni seperti "sambal" tapi jenis serbuk laa.
Salam, ari ni baru jumpa blog saudara ...mmmm.. memang fav..thosei ini and thanks for the complete resipi. Nak cuba nanti.
WS. Nak cuba, silakan... Saya doakan anda berjaya yer! TQ for visiting.
First time nak cuba menu ni ... Terima kasih ya
Post a Comment