Followers

Thursday, June 05, 2008

KUIH TALAM PANDAN



Kuih Talam Pandan adalah sejenis kuih tradisi Melayu/Nyonya. Ada yg mempunyai lapisan bawah berwarna hijau dan lapisan atasnya putih. Ada juga seperti yg saya buat ni- bawah coklat dan atas hijau. Ini kerana saya minat pada rasa gula melaka yg ada pada lapisan yg berwarna coklat tu. Kalau sesiapa nak cuba, jom!!!! Ini resipinya:


KUIH TALAM PANDAN

Bahan Lapisan Bawah
120 gm gula melaka (dihiris/racik halus)
150 ml air
1 sudu makan gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)

(Masak atas api sehingga gula melaka larut- sukatan air gula menjadi 1 cawan, agak2 220 ml)

2 cawan (abt 200 gm) tepung beras
2 sudu makan tepung Hoon Kue
3 cawan air (abt 660 ml)
1½ cawan santan pekat (saya gunakan 350 ml santan kotak)
sedikit pewarna coklat (optional)
½-1 sudu teh garam

Cara :
1) Campurkan tepung beras, tepung Hoon Kue, campuran air gula/gula melaka, air, santan kotak dan garam di dalam sebuah bekas lalu ditapis ke dalam periuk.

2) Masak bahan ini di atas api yg sederhana selama kira-kira 15-20 minit sehingga ianya pekat. Matikan api dan tuangkan adunan ini ke dalam loyang yg telah disapu dgn sedikit minyak masak. Kukus bahan ini selama kira-kira 20 minit.

3) Setelah itu, tuangkan bahan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi. Kukus lagi sehingga masak selama kira-kira 30-40 minit. Keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia betul2 sejuk sebelum dipotong.


Bahan Lapisan Atas
3 cawan (abt 660 ml) santan pekat dr 2 biji kelapa
(saya gunakan 400 ml santan kotak + 260 ml air)
1½ cawan gula pasir
6 biji telur ayam -kocok sedikit
4 sudu makan (bumbung) tepung gandum
2 sudu teh pes pandan
1 sudu teh garam

Cara:
1) Di dalam sebuah bekas, masukkan tepung, gula dan santan pekat lalu dikacau rata.

2) Kemudian masukkan telur, pes pandan dan garam lalu dikacau lagi hingga sebati. Tapis jika perlu.

3) Tuang ke atas lapisan bawah kuih tadi.


Nota:
a) Saya gunakan loyang bulat berukuran 26 cm
b) Kalau nak lebih sedap lagi, gunakan santan segar iaitu perahan santan dari kelapa parut.
c) Utk perisa pandan, lebih baik jika anda ambil 5-6 helai daun pandan, hiris halus & kisar bersama 260 ml air di atas tadi lalu diperah patinya.

Walhasil, ikut citarasa anda. Anyway, resipi di atas ni adalah utk mempermudahkan kita yg mmg sentiasa sibuk dgn tugas seharian. Jenuh gak kalau nak perah santan sampai 2-3 biji tu!!


5 comments:

MamaFaMi said...

Cantiknya kuih talam bro ni... licin je... tengok gambar, rasa cam teringin je nak makan!

BRO ROZZAN said...

Heheh..mcm cinta pandang pertama kot! Apa pun, pada saya rasanya Alhamdulillah-tak mengecewakan.

liza said...

salam bro rozzan, i've tried a few of yr recipes but this one tak menjadi. The top was like an earthquake zone, merekah .. not sure why . I was supposed to make it for iftar with friends tapi malu lah nak kasi

BR said...

WS liza. Jgn putus asa, cuba lagi yer. Kurang pasti pulak di mana silap anda...Maybe bahan2 lapisan atas tu tak diadun dgn rata kot!

za said...

Bro Rozzan, I buat kuih talam ni dah rasa nya sedap. Kuih nya also cantik sama dengan yours. Tapi kenapa atas nya tak melekat dengan lapis bawah nya. I masak Lapis yang bawah atas api, tapi lapis yang atas tak. So, must I masak lapis atas api also?