Followers

Tuesday, January 29, 2008

KEK MARBLE SUSU























Resipi Kek Marble Susu saya ciluk dari Blog Mat Gebu (thanks bro!). Ianya lebih kurang sama dgn kek marble yg biasa saya buat. Perbezaannya cuma pengunaan bahan stabilizer iaitu ovalette dan juga sukatan susu manis yg lebih sedikit. Rasanya memang enak, so, bagi anda yg nak mempelbagaikan resipi kek marble anda, cubalah!

KEK MARBLE SUSU

Bahan-Bahannya
250 g mentega
230 g gula halus
2 sudu teh ovalette
4 biji telur saiz besar
270 g tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
1 sudu teh baking powder ..................................... disatukan dan ayak
60 g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu cair
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh esen vanilla (I added in this)

Cara
Pukul mentega, ovalette dan gula halus hingga kembang/putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga kembang gula larut. Masukkan susu pekat dan gaul rata. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata-rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu bahagian dibiarkan plain dan satu lagi di bubuh susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

Tuang adunan secara berselang seli antara adunan plain dan adunan coklat dalam loyang yang dialas dgn kertas tracing dan telah digris dgn mentega disekilingnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit (saya bakar selama 40-45 minit). Sejukkan 5-10 minit sebelum dikeluarkan dari loyang dan diletak di redai kek. Hiaslah mengikut cirarasa anda.


22 comments:

Anonymous said...

byk resepi guna vanilli..tapi apa tu vanilli? penyanyi vanilli tau la..

BR said...

Hi riena,
Vanilli tu serbuk berwarna putih utk mewangikan kek,kuih atau biskut anda. Ia membangkitkan lagi aroma dari bahan yg anda gunakan utk membuat kek/kuih/biskut tersebut.

Anonymous said...

thanks, nanti cuba cari kat cold storage aa..thanxxx

BR said...

You're welcome riena.

Rozella said...

Hi there, I tried your recipe and it taste really good! Can't wait to try the rest.

Thanks so much for sharing dengan kiteorg! :)

BR said...

Hi rozella,
Thanks fr trying out the recipe. Im glad it turned out well and to your liking. You're most welcome sis.

Anonymous said...

salam bro :)

i'm an active lurker here.. hehehe.. I luv baking but had no time trying new recipes.. but i managed last night.. this is the first i'm trying your experiment.. it turn out well and what made me most happy is that entire family loved eating them at breakfasting and commented same quality taste as bakery.. hehehe.. credit must go to you and Bro Mat Gebu.. I must try other recipe as well..

keep it up sharing this ilmu.. pahala bro :):)

BR said...

Hi,

Thanx for trying out the recipe. I'm glad too that you succeeded. Tahniah!

Insya'allah, ilmu tu walau sedikit pun, jika dikongsi bersama memang pahala (yg tak dpt dinilai dari segi wang ringgit.

Thanx again for visiting.

Anonymous said...

Salam Bro....nak tanya la....60gm susu pekat manis macam mana bro timbang?????

BR said...

WS. Anda boleh amik cawan plastik, timbang dulu. Contohnya cawan tu beratnya 60 gm. So, letak balik cawan tu kat atas penimbang tadi dan bubuh susu sehingga angka kat penimbang tu mencecah 120 gm. 120 gm tolak berat cawan 60gm jadi susu tu kan 60gm. Mudahkan?

Anonymous said...

Thanx Bro.....sekarang boleh la cuba resepi ini...mengancam la kek kek kat blog Bro Rozzan ni....sampai ke lagu lagu pun best bangetssssss.....well done Bro

BR said...

You're welcome ayu!

julie jumari said...

salam rozzzan's,,your marblecake is fantastic i dah bake 3kali last fri,sat,sun.my children love it!

BR said...

BR > julie jumari

WS. I'm glad u succeed and that ur family likes them. Keep up the good work ya..

kakzana said...

saya selalu buat marble tp sukatan susu dlm 2 sudu je. kali ni nak cuba en Rozzan pnya resipi....mesti sedap....nak bawa balik kampung raya nanti.....

boleh tak kalau balut dgn fondant?

BR said...

BR > kakzana

Insya'allah, tak mengecewakan. Ramai yg dah kasi feedback yg positif! Nak taruk fondant, no problem.

Za said...

Salam bro...

Dah baca komen2..macam dah tried and tested resipi gitu. Ada confidence sikit nak try untuk Raya haji. Tepung Hong Kong tuh apa? Saya kat US, mungkin tak jumpa so kalau tak jumpa nak substitute dengan apa ya?

Lagi satu soalan (maaf ya..macam2 soalan!) - kalau tak guna ovallette boleh substitute dengan apa?

Adnazthie said...

Salam Eidul Adha buat Bro Rozzan sekeluarga.
Semalam saya dah cuba resepi ni, tak mengecewakan, malas nak letak ganache. Apa-2 dah selamat saya sampaikan ke majlis gotong royong korban kat saya. Tq

BR said...

Br > za

Ooppsss, terlepas lak nk jawab soklan anda. Maaf yer.

Tpg HK tu sejenis tpg halus, kalau takde, any cake flour will do. Kalau ovalette tkde, use any other stabilizer/emulsifier ye. Harap maklum.

BR said...

BR > Adnazthie

Salam Aidil Adha buat anda juga ya! Alhamdulillah, kek anda menjadi. Syabas, anda juga berbakat..Keep up the good work.

Za said...

Thanks Bro...
tak jadi pulak raya lepas. InsyaAllah next one. :)

BR said...

BR > Za

WS. No problem, bila ada masa nanti cuba lerr...