Followers

Thursday, May 03, 2007

ROTI SANDWIC




















ROTI SANDWICH (Sumber : Chef Anuar)

Bahan2
500 g tepung roti
25 g gula kaster
10 g garam
7 g pemantap roti (bread improver)
10 g yis kering
25 g lelemak sayuran (vegetable shortening)
20 g mentega
260 ml air
sedikit mentega utk menggriskan acuan roti

Cara :
1) Campur tepung, gula, garam & pemantap roti. gaul rata dgn tangan. Masukkan yis & gaul lagi dgn tangan.
2) Masukkan mentega & lelemak sayuran. gaul sebati dgn tangan.
3) Tuang air sedikit demi sedikit & uli adunan sehingga menjadi doh lembut.
4) Bulatkan doh, bungkus dgn plastik & rehatkan 20 minit pada suhu bilik hingga kembang.
5) Tumbuk doh dgn tangan sehingga kempis untuk mengeluarkan udara.
6) Gulung ketat doh utk mengeluarkan baki udara yang masih ada.
7) Masukkan doh ke dlm acuan roti (18 cm panjang x 12.7 cm lebar x 11.5 cm tinggi) yang telah dilengser dgn sedikit mentega & tutup. rehatkan doh lebih-kurang satu jam sehingga kembang & memenuhi 3/4 acuan
8) Bakar roti pada suhu 200C hingga masak (lebih-kurang 35 minit)

Nota:
Setelah roti siap dibakar, sapu mentega pada kesemua permukaan roti supaya kulit roti tu lembut.

Inilah acuan roti sandwic yg telah saya gunakan.


4 comments:

ummie_AM said...

Salam Bro,
Untuk buat sandwich loaf ni kena pakai tin yg bertutup ker?
kalau x tutup x dapt secantik ni ker rotinya?

Bro Rozzan said...

WS ummie,

Kalau ummie gunakan yg takde penutup, nanti roti tu berbentuk bulat di permukaannya. Kalau gunakan yg ada penutup barulah bentuknya square gitu ya!

ms_aiman said...

bro...dah buat..tak cantik tak gebu...rasanya dah ikut semua...lagi satu kenapa roti saya cepat berkulat? kebersihan mmg jaga

ms_aiman said...

BUAT LAGI SEMLM...WALAUPUN X CANTIK MCM BRO BUAT TAPI YG PASTI ROTI NI MMG SEDAP...