Followers

Sunday, April 29, 2007

Permintaan Resipi KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS

Untuk menunaikan permintaan SK, di sini saya sertakan resipi KEK LAPIS MASAM MANIS yg saya petik dari Forum Resepi Diana http://resipidiana.20.forumer.com. Diharap ianya dapat juga dimanfaatkan oleh semua yg berminat.

Kek Lapis Masam Manis
(sumber rohana68)

Bahan-Bahan
10 biji telur
1 tin susu manis
16 oz mentega golden churn
12 bungkus haw flakes
2 sudu teh vanila
2 gelas gula
300g biskut marie [ditumbuk]
1 sudu teh baking powder

Cara:
Pukul putih telur dan gula sehingga kembang
Campurkan kuning telur,butter dan susu. Gaul sehingga rata.
Satukan kedua-dua adunan dan kacau rata.
Masukkan tepung biskut marie dan baking powder.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian , satu diwarnakan kuning, yg satu lagi diwarnakan hijau.
Kukuslah selapis-selapis dan setiap 1 warna selang selikan dengan haw flakes.

Nota dari rohana68 :
Resepi ni agak manis jadi bolehlah dikurangkan sikit gula.
Mixer digunakan hanya untuk pukul putih telur dan gula saja yang lain tu gunakan senduk kayu.


Kek Lapis Masam Manis
(Versi Mak Lang)

Bahan-Bahan
1 cwn mentega
1 cwn gula halus
2 sb susu pekat
4 biji telur
1 cwn tepung gandum } ayak sekali dgn b/powder
1 st baking powder }
1 1/2 cwn serbuk biskut marie
2 paket asam hawflakes
esen vanilla
pewarna ikut suka

Cara
Pukul mentega dgn gula hingga kembang.
Masukkan telur satu-persatu dan esen vanilla.
Masukkan tepung dan biskut marie lalu digaul rata.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan mengikut citarasa anda.
Sapu loyang dengan minyak atau alas dgn kertas.
Masak (kukus) adunan selapis selapis berselang-seli & bubuhkan hawflakes.
Setiap satu lapisan memerlukan kira-kira 4-5 min utk masak.

14 comments:

alice said...

hi Rozzan... i have tried your receipe, it is yummy. but i found it not sour enough. do you have any tips to make it more sour?

Bro Rozzan said...

Oooppsss... sorry alice. I missed ur question. Actually, perhaps u can cut a little bit of the sugar & put in he hawflakes on every layer. Guess that'll do the job!

Riezanie said...

salam Bro Rozzan..KEK LAPIS MASAM MANIS versi kukus :adunan kek, sya buat 2 bhgian.1 buh paste pandan.1lgi warna kuning.lapisan kuning gebu tapi yg hijau nape agak nk kebingka.setiap kali mengukus sya tutup ngn oil papper.apa agaknya masaalah pada kek sya ya?

BRO ROZZAN said...

WS riezanie.
Mungkin pengunaan pandan paste tu kot. Lagipun, try not to use pandan paste for kek lapis masam manis sbb nanti rasanya "lari". Imagine u mkn kek rasa masam manis campur aroma pandan yg wangi. Perhaps cuba u gunakan pewarna hijau jer next time ya!

Anonymous said...

aii mornin~~ disebabkan sya tidak nampak kek ini di gerai ramadan so i had a try..but, kenapa kek sya berminyak sgat??? sya convert 16oz=480gm. betul kah sya convert tu?

BRO ROZZAN said...

Maybe u shld cut down on the butter. 16 oz is abt 450-454gm je.

Anonymous said...

abg rozzan, haw flakes tmpt mana bleh kita beli

BRO ROZZAN said...

Kalau anda di S'pura, cuba cari di kedai2 yg jual preserved fruits, kedai2 runcit atau pun NTUC.

my.nurul.hayati said...

hi..
i want to give some suggestion for the ingredients.biskut marie tu kan,if tukar kepada bskut keping yang keras n tawar tu much better.kalau org sarawak panggil, "biskut keben". u can get it from shop yang ade jual bskut timbang. and,blend it so it will be like flour.yg ni pure resipi frm sarawak Saje nak brkongsi.=)

Bro Rozzan said...

Hi nurul hayati,

Terima kasih atas info yg anda berikan. Mmg saya pun pernah membaca ttg resipi sedemikian. Saya rasa penggunaan biskut tawar tu akan dpt mengurangkan lagi rasa manis kpd kek ni. That's good news to sesiapa yg penawar sket.

Once again, TQ fr sharing ya!

Nor said...

Salam bro Rozzan,

Boleh tanya sikit ? Kek yang dikukus tu nak kena tutup dgn aluminium foil ke sebab takut air dari penutup kukusan akan jatuh kedalam kek tu.
Tolong beri pendapat bro. Terima kasih.

Bro Rozzan said...

WS. Sebaiknya anda tutup penutup kukusan tu dgn kain kasa/putih agar air yg mungkin turun dari proses pengukusan (jika ada) tidak jatuh ke atas kek yg sedang anda kukus tu.

Anonymous said...

sy tengok dlm bahan_bahan takder pun gandum. memang tak guna gandum ke??

BRO ROZZAN said...

BR > anonymous

Yup, resipi ni mmg x pakai tpg gndum. Ia menggunakan biskut yg ditumbuk halus sebagai ganti.