Followers

Saturday, December 23, 2006

KEK LAPIS LIMAU PURUT

Lapis Limau Purut di meja tersaji
Untuk santapan di Aidil Adha
Foto dan resipi telah pun diberi
Hah, apa lagi ..silalah mencuba!!


Pada sesiapa yg suka dgn aroma limau purut dan ingin mengabadikannya di dalam makanan, di sini saya sertakan resipi KEK LAPIS LIMAU PURUT yang telah saya buat semalam. Selamat mencuba.


LAPIS LIMAU PURUT

Bahan-Bahan
250 grm mentega
2 sudu makan susu pekat
½ tsp vanilli
10 kuning telur
4 putih telur
160 grm gula
90 grm tepung Hong Kong
2 sudu makan badam kisar
½ sudu teh baking powder
1½ - 2 sudu makan kulit limau purut (parut)
1 tsp warna hijau

Peraturannya
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan parutan limau purut. Kacau hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu biarlah plain dan yg satu lagi dibubuh pewarna hijau.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.





Nota:
1. Saya gunakan loyang berukuran 7"x7".
2. Setiap lapisan saya gunakan 1 senduk bumbung adunan.
3. Bakar menggunakan api grill (suhu 200 - 210 C)

7 comments:

Anonymous said...

Rozzan,u're creative dah tak tau nak cakap apa most of the time I selalu beri good compliment memang iklas dari hati,tiap kali visit your fp mest i admire a lot.Not all man like u.You are a good cook...am i right..

rozzan said...

Terima kasih anonymous. Syukur alhamdulillah you like what you see in my blog. My sincere thanks for your compliments and for ur visits; but seriously, all praise be to God the Almighty for 'lending' me the knowledge and skills. Hope to do my part in sharing whatever little knowledge I have with everyone. mekasih sekali lagi yer. Jgn jelak2 eh jenguk ke blog saya!

mummy jam said...

cantik sungguh warna nya!! kalau limau purut tak ada boleh gunakan limau yang lain tak? sebab kat pasar sini memang susah nak cari limau purut ni.

rozzan said...

Mummy jam, kalau pi pasar Geylang cuba cari kat gerai yg jual ubat-ubatan Melayu or yg jual bunga2, Insya'allah ada. Tapi kalau takde juga limau purut tu, bolehlah ganti dgn limau sunkist, tapi resipinya ada sedikit kelainan. Nanti saya dah cuba, saya postkan resipinya K!

My @ddictions said...

Hi I'm new to your blog.
But you have a very attractive blog. I would like to know in chinese o english wat is limau purut?
thank you.

BRO ROZZAN said...

Hi, Thanx fr visiting. Limau purut in English is Kaffir Lime.

Anonymous said...

Hi, selain tepung hongkong, ble tk gunakan self raising flr or top flr