Followers

Wednesday, December 13, 2006

KEK LAPIS HORLICKS-MILO

Mlm ni baru saya berkesempatan membuat kek lapis horlicks-resepi sumbangan Deeyana. Tapi jgn marah eh! Deeyana, saya ubah sikit flavournya. Instead of semua lapisan horlicks, saya membuat lapisan horlicks berselang seli dgn lapisan milo. Hence nama kek pun bertukar Kek Lapis Horlicks-Milo. Maaf ....mintak ampun ye tuanpunya resipi....


KEK LAPIS HORLICKS-MILO

Bahan-Bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster (saya gunakan 200 gm)
240 gm tepung gandum (saya gunakan tepung Hong Kong)
200 gm Horlicks (saya gunakan 100gm horlicks, 100gm Milo)
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung, dikacau/gaul rata dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dicampur Horlicks manakala yg satu lagi di bubuh Milo. Bakar selapis-selapis hingga selesai.

31 comments:

ishzah said...

Ish..ish...betullah punya rajin.Bila la dapat jadi jiran sebelah rumah ni?Tak dapat makan...cium bau keknya pun jadilah...hehe...but reallylah kek lapis ni look marbeles.

rozzan said...

Thanks Ishzah. Smlm cuti, jadi nak make full use of the time laa kiranya! Boleh share the outcome with sumer org. Sbb Kek Lapis Horlicks ni belum ada yg kasi fotonya.

Deeyana said...

cantiknya gambar. sapa yang tengok pagi2 ni telan air liurlah nampaknya. nnt saya post another version of horlick milo.

rozzan said...

heheh.... next lapis project coming up! Tapikan, buat banyak2 saper nak mkn eh..? kang, bulat2 sumer saya sekeluarga nanti!

mamafami said...

Betul cakap Deeyana tu...tok sah kata pagi-pagi je telan air liur tengok kek lapis ni...tengahari petang malam, pun sama! hehehe...

rozzan said...

Heheh, kalau Malawi tu dekat, dah saya kirimkan! DHL ke FEDEX ke...

Shida Aziz said...

Assalamualaikum Abang Rozzan. Terima kasih share resepi ni. Shida dah buat tadi. Alhamdulillah mudah nampaknya. Tapi yang kecewa, lapisannya tak berapa nampak. Shida buat nipis sangat. 3 sudu per layer. Berapa sudu yang sesuai ye untuk buat lapisan yang cantik. Nanti Shida upload gambarnya dekat Shida punya FP. Tolong ye abang Rozzan.

rozzan said...

W'Salam Shida. Thanks fr dropping by. Actually utk resipi ni abg gunakan 1 1/2 senduk (about 6-8 sudu mkn). Loyangnya pula abt 7"x7". Shida boleh rujuk kat earlier posting, saya ada tunjuk pic ttg senduk bujur yg saya gunakan. Kalau resipinya menggunakan 20 -25 biji telur, saya gunakan loyang 9"x6" atau 10"x7" dan sukatan adunannya abt 2 senduk bumbung. Harap shida faham yer..

Anonymous said...

2 hari lepas i buat kek ni,smua orang kata sedap...memang sedap.Tpi kek saya tak secantik kek you la Bro,i will make this again sampai dpt yg trcantik.Thanks for sharing...

rahman said...

aslm, bangga dgn effort awak wujudkan blog ni, lbh2 lg bhg yg memaparkan kek lapis sarawak. org sarawak sendiri pun boleh makan hati dgn usaha awak ni. perfect! keep up the good work.

BRO ROZZAN said...

WS rahman.
mekasih sudi mampir ke blog saya. Heheh, saya ni tak pandai mana pun, sket2 jer bolehlah. Anyway, terima kasih di atas kata-kata perangsang anda yaa.

Mala said...

Hi there! I served this cake on the first day of Raya. Wow!! Sedap and habis on the same day. Everyone loves it! Thank you Abg Rozzan.

Anonymous said...

aslm bro rozzan... i'm ana...thanks 4u resepi nie....mang best kek lapis ne...nak tanya sket....10biji telur kuning telur je ke d guna?? harap dpt bantu org baru belajar....

BRO ROZZAN said...

Hi mala,

I'm happy you succeed at baking the cake. You're most welcome sis.

BRO ROZZAN said...

WS ana,
Betul, kek ni gunakan 10 biji telur saja. Tp, keknya besar gak sbb kesemua putihnya digunakan. Gunakan loyang 7"x7". Kdg2 kek lapis tu gunakan 20 biji telur tp putihnya cuma 4-5 biji jer. Harap ana faham yer!

Anonymous said...

thanks abang Rozzan...ana dah wat smlm cuz ada open house kat sek...tapi ana wat lapisan x btl...lpisan akhir kt atas milo lak...bila rasa mmg sedap ramai puji..mang best resepi kek lapis abg Rozzan......thankx again...:-)

BRO ROZZAN said...

You're welcome ana. Saya tumpang gembira ana berjaya buat kek lapis tu. Semoga sukses juga di masa akan dtg ya!

ana said...

kalu di kukus kek ni boleh ke x berapa pandai la nak guna oven

BR said...

Ana,
Buat kek ni, saya tk pernah kukus. Jadi tk dpt nk beri pendapat. Kalau ana nak buat kek lapis dgn kaedah mengukus, maybe you boleh gunakan resipi kek2 lapis lain yg mmg khusus utk dikukus ya.

Anonymous said...

salam bro!

saya dah cuba resipi ni tapi saya rasa texture dia agak keras...kalau kita reduce tepung dia boleh tak? kalau reduce jadi 180gm bro rasa ok tak? tq!

BR said...

WS anonymous,
Insya'allah kalau gunakan 180 gm tepung, boleh. For me, saya gunakan telur yg paling besar (saiz AAA) sbb tu sukatan tpgnya ok camtu. Harap maklum.

Anonymous said...

Assalammualaikum Abang Rozzan. I salutelah bec Kek lapis you ni memang sedap and easy to make. Btw saya modify sikit by adding a tsp of kopi paste kat adunan milo and it turns out very nice, rasa mocha. Tapi pattern kek you memang takleh angzzz. Terima kasih for sharing this recipe.

BR said...

WS. Thanks for the compliment. Modify?...tak kisah ler, saya pun kdg2 ubah-suai resipi org lain. Pucuk pangkal kek menjadi dan rasanya mengikut citarasa saya. Tahniah krn berjaya membuat kek ni. Practice lagi dan anda akan menjadi mahir suatu hari kelak., Insya'allah

niniwoon said...

salam bro rozzan..nmpk menarikla kek lapis ni...tapi sy tak th cm mn cr nak bakar...leh tak tlg bg tau cm mn cr nye?guna suhu berape?berape lm nak bakar EACH LAYER EK

Jericho said...

Assalamulaikum bro rozzan,nak tnya kek lapis holick milo dlm gmbr 2 guna loyak brpa?kalau nak oven kek lapis holick milo 2 adunan prtama guna api atas dan bwh ke?brpa suhu n brpa minit?hrpa maklum

BR said...

Jericho,
Sebagai garispandu, anda boleh bakar setiap lapisan pertama kek anda dgn api atas dan bawah. Lapisan kedua sehingga lapisan akhir gunakan api atas jer. Tak kiralah apa pattern yg anda buat yer. Kalau lapisan kedua anda gunakan api atas bawah juga, kek anda akan kering ya. Loyang utk sukatan kek ini 7"x7". Setiap lapisan lebih kurang 6-8 minit. Harap maklum.

Jericho said...

TQ bro rozzan insallah Puasa ne nak buat kek lapis yg bro ajar tu,kalau sucess sukur lh tapi kalau tak brpa sucess sya bwa bro rozzan kbrunei..eheh..so slmat menyambut bulan ramadan yg akan tiba tidak lama lagi..eheh

nor lyn said...

bro rozzan,saya keliru ada setenggah resepi menggunakan oz didalam resepi ini bagaimana nak tukarkan ke gram

BR said...

Jericho,

You're most welcome bro/sis!! :) Nak bawak ke Brunei?? melalui 'parcel' kot.. heheh

BR said...

nor lyn,

Kat muka depan blog saya, ada topik pasal "Weights & measures". Cuba klik kat situ. di sana ada boleh buat perkiraan ttg penukaran dari oz kpd gram ya..

Anonymous said...

Salam bro,
Recently I ada cuba resipi ni, alhamdulillah it turns out well. My family loves it so much.