Followers

Wednesday, November 08, 2006

Resipi Kek Lapis Prune

Dari pengamatan saya yg kerdil ini, membuat Kek Lapis ada pelbagai cara. Namun, terdapat 2 kaedah yg asas. Jadi bagi sesiapa yg ingin berjinak-jinak dgn pembikinan kek lapis ini, saya sarankan anda cuba mahirkan dahulu resipi yg asas (basic) ini. Saya lampirkan resipi kek lapis prune dgn 2 kaedah(cara) yg berlainan dan juga dgn atau tanpa menggunakan ovalette sebagai bahan pelembut. Sukatan di dalam kurungan (bracket) tu adalah bagi separuh bahagian resipi.

KEK LAPIS PRUNE (1)
Bahan-bahannya
20 (10) biji kuning telur
5 (2½) biji putih telur
12 (6) oz gula halus
16 (8) oz mentega
(2¾) oz tepung Hong Kong atau 150 (75gm)
1 (½) sudu teh baking powder
3 (1½) sudu besar susu pekat
7 (3½) oz buah prune (atau secukupnya) - digunting2
1 (½) sudu teh serbuk vanilli

Peraturannya:
Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2(1) senduk adunan. Taburkan prune pada setiap lapisan genap.

Resepi kedua ini adalah sumbangan bekas teman sekerja saya kak Noraini Abdullah.

KEK LAPIS PRUNE (2)
Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
11 oz gula halus
16 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder} ayak bersama
7 oz (atau secukupnya) buah prune -digunting2
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla

Peraturan:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A). Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai. Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

* Perhatikan bahawa resipi pertama menggunakan kaedah tradisional iaitu memukul putih/kuning telur berasingan dgn bahan-bahan lain seperti tepung, gula, dll. Ianya juga tidak menggunakan ovalette kerana cara begini sudah cukup membuat adunan ini lembut. On the other hand, resipi kedua menggunakan kaedah "all-in method" di mana bahan seperti telur, tpg dan gula dicampur bersama lalu dipukul. Lantas, ovalette digunakan utk menambahkan kelembutan pada adunan kek ini. So, if you can master this 2 basic methods, I don't see why you cannot bake Kek Lapis, rite??

Points To Note :
1.Bila mencampurkan bahan mentega dgn bahan telur/tpg, kacaulah rata-rata dan sebati. Kalau tidak, bila melapis, lapisan kek mungkin akan ada 'bubble-bubble kecil'. Jika ini terjadi, lekas-lekas ambil lidi penyucuk satay utk 'membocorkan' bubble tu agar permukaan kek rata semula.
2. Untuk resipi ini anda boleh gunakan loyang 10" x 7". Kalau anda buat 1/2 bahan, gunakan loyang yg kecil sedikit seperti 7"x7".
3. Alaskan loyang dan sapukan minyak/mentega di dasar dan sekeliling loyang.
4. Gunakan senduk bujur agar senang meratakan kek di 'bucu' loyang.
5. Gunakan alat penekan kek lapis sekadar utk meratakan setiap lapisan kek.
6. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu kira-kira 20-30 minit sebelum membakar kek.
7. Gunakan api 'grill' dgn suhu lebih kurang 180 - 200 darjah Celsius. Saya menggunakan oven besar yg dipasang di kitchen cabinet. Selalunya, saya memerlukan lebih kurang 7-8 minit utk membakar setiap lapisan. Kalau dicongak, masa yg diperlukan utk membakar kek ini (abt 12- 14 layers) ialah kira-kira 1 jam setengah.
8. Bila tiba pada lapisan terakhir, setelah lapisan tu hampir masak, saya tukarkan dari mode grill kpd mode oven biasa dan kecilkan suhu kpd 150-160 darjah Celsius dan bakar selama kira-kira 5-8 minit sehingga kek masak rata.
9. Kek lapis ini boleh tahan lama jika disimpan baik-baik. Caranya ialah, selepas kek sejuk, bungkuslah dgn kemas dgn menggunakan kertas timah (aluminium foil) . Selepas tu simpanlah di dalam peti sejuk. Keluarkan setengah jam sebelum digunakan/dipotong.
10. Kalau yg jenis tidak menggunakan ovalette, kek ini boleh dibiarkan di luar sahaja di dalam loyangnya atau di dlm kotak kek. Ianya dapat bertahan kira-kira 1 minggu. Tapi, anda hendaklah memastikan loyang atau kotak kek lapis tu tidak di tutup rapat agar udara dapat masuk dan kek tidak rosak(bercendawan/mouldy).

Psst... kalau ada sesaper yg nak tambah, boleh lah bagitau kat saya yer!

Ha, inilah teman setia saya kat dapur tu..






Dan yg ini , senduk bujur dan penekan kek lapis yg saya maksudkan.



*********************************************************

Ni topik terkeluar ring sket, for lela, this mohrenglanz selalunya ada dijual di kedai Gim Hin Lee. I just bought it last week. Kedai Phoon Huat tidak menjual jenis chocolate coating camni mungkin sbb harganya lebih mahal.


6 comments:

Anonymous said...

wahh.. bagus ni ader kek lapis tutorial... SEmuga murah rezki Rozzan kerana berkongsi ilmu..
Kek Lapis tanpa ovelette lebih tahan lama dari kek yang menggunakan ovelette.. Ia boleh tahan seminggu lebih diluar tanpa menyimpan dalam peti sejuk..

BR said...

Thanks Rossya. Apalah nak dipandang pada ilmu yg sedikit ni, kalau ianya tak di sebarkan dan dimanfaatkan oleh ramai org...Mmg betul kata Rossya, kek lapis tanpa ovalette boleh tahan lebih lama walaupun tidak disimpan dlm peti sejuk. Pada permulaan percubaan saya membuat kek lapis, saya dikenalkan dgn resipi yg tidak menggunakan ovalette. Kelembutannya juga mmg semula jadi, tanpa bahan stabiliser seperti ovalette, jilk, SP or Quick 75.

Jama said...

cantik kek lapis berwarna warni, mummy nak cuba letak choc chip instead of prune sebab anak2 tak suka prune. Barang suma ada melainkan telur, nasib baik telur memang murah kalau tak 20 biji boleh koyak kocek!! keekke

BR said...

Heheh, actually letak choc chip pun sedap mummy jam. Sepatah kata Chef Wan, "kita yg buat dia", jadi bubuh apa saja ikut selera kita, Insya'allah sedap.

Mell_Syifa said...

Boleh tolong bagi sukatan oz kpd gm tak?

Mell_Syifa said...

Boleh tolong bagi sukatan oz kpd gm tak?