Atas permintaan sdri Noraini, di sini saya ingin berkongsi resipi Macarons yg saya perolehi dari seorang kawan FB yg berIDkan PUTERI MANJA. Terima kasih Puteri kerana mengizinkan saya memperpanjangkan resipi ini kepada yg berminat- termasuk saya, cuma saya blum ada masa lagi nak mencubanya, heheh.Memang cun2 belaka kejadian Macarons ni cuma saya prihatin ttg kemanisan rasanya. Apapun, kalau ada yg nak bertanyakan lebih lanjut ttg resipi ni, maybe bolehlah jenguk2 kat FB Puteri Manja yer.. Mekasih Puteri !!
MACARONS
Sumber Resipi : AZLITA/PUTERI MANJA
Sumber Foto : PUTERI MANJA
Bahan-Bahan :
2 biji (80 gm) putih telur (saiz L)
60 gm gula kaster
80 gm almond powder (dikisar lagi supaya lebih halus)
100 gm gula aising
60 gm gula kaster
80 gm almond powder (dikisar lagi supaya lebih halus)
100 gm gula aising
sedikit esen vanilla
Intinya Puteri guna Nutella
Cara-Cara :
1. Ayak almond powder dengan gula aising. Ketepikan dahulu.
2. Masukkan gula kaster dan putih telur dalam satu bekas. Ambil sebuah lagi bekas yg besar sedikit dan letakkan air panas. Masukkan bekas gula dan telur tadi ke dalam bekas air panas. Kacau perlahan2 sahaja sehingga gula larut dan suhu larutan gula dan telur mencapai 50 - 55C….Agak2 gula dah larut boleh lerr..Angkat dari mangkuk/bekas air panas tadi.
3. Setelah dikeluarkan dari bekas air panas, masukkan esen vanilla dan pukul adunan telur dan gula ini dgn kelajuan maksima (tinggi) sehingga menjadi pekat dan bertanduk.
4. Masukkan sedikit-sedikit, gula aising dan almond powder yg telah diayak tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata dgn menggunakan spatula sahaja. Harus diingat, adunan ini lebih pekat dari adunan membuat kek.
5. Masukkan adunan yg dah siap ini ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yg dah dialas dgn baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 sentimeter. Ambil toothpick dan pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan Macarons untuk mengelakkan permukaan Macarons menjadi berlubang bila dibakar.
6. Biarkan permukaan Macarons kering atau tak melekat di tangan sebelum dibakar selama lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( bergantung kepada cuaca juga ni. Puteri letak Macarons ni di bawah kipas supaya ia cepat kering. Sebelum dibakar, test dulu dgn jari, kalau dah tak melekat, bolehlah dibakar).
7. Bakar di dalam oven pada suhu 140 darjah Celsius selama 20-25 minit – bergantung kepada oven masing2. Kemudian sejukkan sebelum diletak intinya.
4 comments:
How to ensure the same size eh sis?
Tq bro. Mesti cuba resepi ni. Nampak cam senang.
Casino site - LuckyClub
What is online gambling? · Baccarat. 카지노사이트luckclub Casino games. · Table Games. · Keno. Casino. Casino games. · Keno. Casino.
Grateful for sharing thhis
Post a Comment