Followers

Saturday, March 19, 2011

KUIH TALAM SAGU

Resipi Kuih Talam Sagu, permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf terlewat sket...

  

KUIH TALAM SAGU 

Bahan A  
300 gm sagu biji kecil
150 ml santan cair
180 gm kelapa parut putih
1 sudu teh garam
loyang bulat berukuran 10”

Bahan B
4 biji telur saiz besar
400 ml santan pekat (boleh gunakan 300 ml santan KARA + 100 ml air)
2 sudu teh pes pandan
beberapa titik pewarna hijau (optional)
160 gm gula pasir
50 gm tepung beras
20 gm tepung kanji (ubi)
1 sudu teh garam halus

* Masukkan tepung beras, tpg kanji dan gula ke dalam sebuah bekas. Kacau rata dan bubuh santan pekat, pes pandan, pewarna dan garam. Kacau hingga rata lalu masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati. kemudian, bahan ini ditapis lalu dimasak sebentar diatas api sehingga ia pekat sedikit. Adunan ini siap utk di bubuh di atas sagu biji yg telah di kukus masak.

Bahan C
4 biji telur saiz besar
360 ml santan pekat (boleh gunakan 300 ml santan kotak + 60 ml air)
180 gm gula melaka [dimasak dgn ½ cawan air sehingga menjadi air gula pekat ukuran 120ml. Tapis, sejukkan)
60 gm gula pasir
5 sudu besar (bumbung) tepung gandum
1 sudu teh garam

* Masukkan gula melaka, gula pasir dan tepung gandum ke dalam sebuah bekas. Kemudian bubuh santan pekat dan garam, kacau rata. Akhir sekali masukkan telur dan dikacau hingga sebati. Tapis adunan dan seterusnya dimasak di atas api sehingga pekat sedikit sebelum dituangkan ke atas bahan B yg dah masak.
  



 CARA :
1) Cuci sagu biji dan toskan di dalam tapisan.

2) Satukan sagu biji bersama kelapa parut, santan cair dan garam dan gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam loyang lalu dikukus selam 15 minit sehingga kental.

3) Setelah sagu masak, angkat keluar loyang dari kukusan lalu ditekan2 hingga rata. Masukkan semula loyang ke dalam kukusan utk dipanaskan lagi.

4) Setelah itu, tuang bahan B ke atas permukaan sagu tadi dan kukus selama 30 minit.
 
5) Kemudian, tuang pula bahan C ke atas bahan B yg dah masak dan kukus lagi selama kira-kira 30 minit.

6) Setelah masak, keluarkan loyang dari kukusan dan biarkan ia sejuk betul-betul sebelum dipotong dan dihidangkan.

9 comments:

ady said...

as-salam abg.tengok je dah berselera kuih talam tu....warna pun cantik!!

Hani in Canada said...

Hani baru berura-ura buat talam ubi then resipi talam baru pulak keluar! Mengancam betul kuih talam ni ... kat sini yg ada cuma tapioca pearl sago yg Hani pakai kalau buat pengat. Kalau yg tu boleh gunakan untuk buat base kuih talam ni. Tolong Abg Rozzan jelaskan. Terimakasih!

BRO ROZZAN said...

BR > ady
W'Salam bro ady. Thank you. Alhamdulillah rasanya tk menghampakan.


BR > Hani
Yup, that's the one (sago pearls). But, use the tiny ones ya, not the big ones. All the best!

Anonymous said...

Tengah dok mencari resepi kuih baru tetiba teringat ur blog.

thank you so much for the recipes.

bertambah lah list kuih jualan saya hehehe

random said...

Hi,do you mind If i re post some of your food photos in my food blog?Of course I will credit the pictures with the link to your website.=)

Regards
Najlaa

BRO ROZZAN said...

BR > anonymous
You're most welcome sis. Its ok, semoga rezeki anda bertambah2 lagi yer.


BR > Najlaa
Sure, no problem.

Anonymous said...

Maaf lambat nak ucapkan terima kasih!! Waktu tu saya la yang minta resepi ni. Alhamdulillah abg rozzan kongsi. Terima kasih dan harap halal kan eh saya amik resepi nie. :)

Dewi said...

Maaf lambat nak ucapkan terima kasih!! Waktu tu saya la yang minta resepi ni. Alhamdulillah abg rozzan kongsi. Terima kasih dan harap halal kan eh saya amik resepi :)

Dewi said...

satu lagi nie nak tanye, untuk sagu nye,santan cair tu yg mcm mane eh? sebab u letak for lapisan hijau 300ml santan pekat + campur 100ml air. im a bit confuse. sorry byk tanye... pls pls advise