Followers

Wednesday, February 11, 2009

TOM YAM




Tom Yam merupakan sejenis sup yg terkenal bukan saja dari negara asalnya Thailand tetapi di seluruh dunia. Rasanya masam2 pedas dgn keharuman aroma dari herba yg digunakan seperti serai, daun limau purut, lengkuas, air limau nipis, sos ikan dan sebagainya.

Di negara Thai, sup tom yam ni selalu dimasak dgn menggunakan bahan utama seperti udang (tom yam kung), ayam (tom yum gai), ikan (tom yum pla), ataupun campuran makanan laut (mixed seafood) (tom yum talay atau tom yum po taek) dan cendawan – selalunya straw atau oyster mushrooms. Sup ini selalunya dihias dgn hirisan daun ketumbar.

Hah... yg atas tu adalah petikan dari Wikipedia yg telah saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Saya rasa ramai yg dah tau camner nak buat sup tom yam ni. So di sini saya sekedar nak berkongsi ttg sup tom yam yg saya buat semalam. Jom lihat resipi dan cuci mata ya...




TOM YAM

Bahan-Bahan
1 ekor ayam, seberat 1.2 -1.3 kg (dibuang kulit & dipotong 12)

15 tangkai cili kering (direndam)
5 ulas bawang putih
1 cm halia
....... dikisar halus

8 batang cili padi (ditumbuk kasar)-boleh dikurangkan ikut citarasa
10 batang cili padi (utk dimasukkan sebiji-biji)
4 batang serai (dititik)
3 cm lengkuas (dititik)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
5-6 kiub pes tom yam
8 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
3 biji tomato (dipotong 2 atau 4)
1 – 1½ liter air (atau ikut citarasa)
1 sudu teh gula
garam secukup rasa (atau jika perlu)
80 -100 ml minyak utk menumis
1 batang lobak merah (potong ikut suka)
100 gm bunga kobis/broccoli
1 tin kecil button/straw mushroom (potong ikut suka)
1 tin jagung muda


Cara-cara

Panaskan minyak dlm periuk. Masukkan campuran cili kering, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan cili padi (tumbuk) dan tumis hingga garing dan wangi. Kalau perlu bubuh sedikit air.

Masukkkan kiub pes tom yam, (hancurkan sedikit agar mudah larut), potongan2 ayam dan 1½ liter air. Bubuh sekali daun limau purut. Masak sebentar (kira-kira 8-10 minit) sehingga ayam ½ masak. Kemudian masukkan bawang hiris, lobak merah, cendawan, bunga kobis, jagung muda dan cili padi. Masak lagi sehingga ayam empuk.

Kemudian, masukkan tomato, gula, garam (jika perlu) dan air limau nipis. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda dan tambahlah apa yg perlu. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, kacau sebentar lalu matikan api.


Nota :
1) Saya tak gunakan sos nampla (ikan) krn penggunaan sos ikan ni optional.
2) Sukatan air yg diberi adalah sebagai garis pandu & jenis sayur-sayuran dan sukatannya tergantung kpd citarasa anda.
3) Anda boleh hidangkan sup ini dgn mee, kue teow atau pun bee hoon.

4 comments:

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sedap nampak tomyam nih...dah lama tak buat...

Bro Rozzan said...

Ha'ah, Alhamdulillah, seronok enaknya. Anak2 pun suka banget!

ila_ayob said...

salam bro....

yum..yum..sedapnyer tom yam..suka mkn tom yam tapi sejak de anak kecik ni dh lama x wat...mkn kat kedai jer...bro ada resepi tom yam yg kuah jernih x...pernah cuba tp x jadik ler mcm yg kt thailand punyer...oh ya..sy mmg dr mlsia..

BR said...

BR > ila_ayob

Saya pernah buat tom yam gunakan bahan(rempah) asli seperti lengkuas, serai, bawang dan sebagainya. Mmg jernih kuahnya...tapi tulah, entah mana resipinya. kalau ada nanti saya kongsi yer..