Followers

Wednesday, February 11, 2009

BUBUR CACA



BUBUR CACA

Bahan-Bahan
1200 ml air
800 ml santan pekat (dlm kotak)
300 gm keledek (dipotong dadu)
300 gm keladi (dipotong dadu)
½ tin jagung (whole kernel corn)
½ tin kacang merah ginjal (red kidney bean)
100 gm “bobo caca” (guntingan adunan tpg berwarna-warni)
2-3 sudu makan sagu biji
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
200 gm gula (boleh dikurangkan /ditambah ikut citarasa sendiri)
4 helai daun pandan (disimpul)

Cara:

Keledek dan keladi dikukus sebentar sehingga empuk.

Masak air di dalam periuk besar sehingga mendidih. Masukkan guntingan adunan tpg (bobo caca) dan masak sehingga ia lembut. Masukkan pula santan pekat, sagu biji, gula, garam dan daun pandan . Masak sehingga kuah mendidih dgn cara mengacau sekali- sekala agar kuahnya tak “pecah santan”.

Masukkan pula keledek, keladi, jagung dan kacang merah ginjal. Kacau rata dan masak sebentar (3-5 minit) sebelum dimatikan api. Hidangkan ketika panas atau setelah disejukkan dalam peti ais.

Nota :
Sejurus selepas bubur masak, kuahnya kelihatan banyak. Jangan bimbang kerana ia akan memekat setelah ia sejuk.

2 comments:

FaRrA DeeN said...

Sedapnye bubur caca. My sis suke sangat makan nie. Tapi mostly kat kelantan nie bubur caca kite pakai gula melaka.. Warna buburnya juga kecoklatan.. Bukan kaler2.. Tapi sekarang nie dah ada yang kaler2 cam tu.. Pastu kalo dulu2, xde campur keledek, red bean... sumer tu... Just bubur caca n kuahnye aje.. Hmm... nnt leh lew try yg nie eks..??

BR said...

Mmg betul tu Farrah. My late mother dulu buat pun lebih kurang cam u ckp. Tapi skarang ni nak bagi lebih ummpphhh! so boh ler bahan2 yg lain tu. Kalau mkn bubur tu sejuk2 lagi sedap!!