Followers

Monday, January 19, 2009

KACANG KUDA MASALA

Kacang kuda, "chick peas" atau "chana" yg direbus memang lerr feveret. Modal utk membeli taklah seberapa tetapi hasilnya berbaloi. Tuhari ada yg bertanya ttg camner nk kembangkan kacang kuda ni dan saya dah pun berikan jawapan di ruangan shoutbox.

Anyway, sekedar berkongsi ttg kacang kuda rebus ni. Yg biasa kita makan ialah jenis yg berwarna kuning air ni. Selalunya, saya akan merendam kacang kuda ini (eg. 500 gm) selama 4-5 jam atau semalaman utk melembutkannya. Saya bubuh sedikit pewarna kuning dan sedikit kunyit serbuk. Setelah kembang, saya buang air rendaman tu, isi air yg baru, bubuh sedikit garam (1-2 sudu teh) lalu saya rebus di dalam periuk pressure cooker. Bukan apa, saja nak jimat masa. Kalau takde pressure cooker, gunakanlah periuk biasa tetapi prosesnya memakan masa lebih sket lah. Jangan bubuh terlalu banyak air, sekedar cukup utk menutupi kacang tersebut dan lebihkan sedikit. Kalau tak cukup baru tambah. Bila kacang dah hampir empuk dan air tinggal sedikit barulah saya bubuh kira-kira 1 sudu makan gula pasir; kalau taknak pun takpe. Biarkan airnya kering sedikit sebelum diangkat dan ditoskan.

Satu lagi kacang kuda yg biasa saya makan ialah jenis yg kecil sedikit saiznya dan berwarna hitam/coklat tua. Yg uniknya, tidak seperti kacang kuda yg saya sebut di atas tu, kacang jenis ni selalunya tidak dijual begitu saja tapi dimasak dgn rempah masalanya. Selalunya ia dijual dikedai2 makanan kaum India seperti di Tekka. Saya kurang pasti rempah apa yg digunakan tapi rasanya mmg enak. Terasa masala dan sedikit 'masamnya' kerana diperah dgn sedikit perahan air limau kasturi.

So, tuhari bila saya ke Mustaffa Cte, saya pun tanyalah kat sales asst tu rempah/masala mana yg sedap utk dimasak dgn kacang kuda, baik yg biasa mahupun yg kecil. Bukan apa, ..kat MC tu terdapat pelbagai jenis dan jenama yg boleh dibeli. So, sales asst tu pun rekomen jenama MDH ni.

So, saya pun cuba masak kacang rebus saya (jenis yg kuning air ni) dgn masala. Pada saya, rasanya not bad. Kalau anda ingin mencuba, this is roughly how I did it.


KACANG KUDA MASALA

Bahan-Bahan
500 gm kacang kuda (yg dah direbus)- kalau mentah agak-agak 250 gm
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 batang cili merah (hiris)
2 tangkai daun kari
1 sudu teh rempah tumis ikan
1½ - 2 sudu besar chana masala
½ sudu teh kunyit serbuk
sedikit jus dari perahan limau kasturi
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak (utk menumis)

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang dadu, rempah tumis dan daun kari. Biarkan sehingga bawang layu sedikit.

2) Kemudian masukkan kunyit serbuk dan chana masala. Bubuh sedikit air anggaran 3-4 sudu besar atau jika ada, lebihan air rebusan kacang tadi.

3) Akhir sekali, masukkan kacang kuda rebus, garam dan sedikit jus limau kasturi. Kacau sebentar sehingga rata lalu matikan api. Siap utk dimakan!!




Nota:
Sukatan di atas adalah anggaran sahaja. Anda boleh sesuaikan dan tambah apa yg perlu mengikut citarasa anda.

10 comments:

Mummy jam said...

Chana masala tu ape camporan rempah nya? mummy suka masak kheema letak chickpeas ni,sedap! kalau rebus begitu aje anak2 tak makan, tapi kalau letak kat lauk dorang bedal pulak!

Bro Rozzan said...

Mummy jam,
As in the info given on the reverse of the masala pack, the ingredients include "coriander, salt,dry mango, pomegranate seeds, chilli, cummin, musk melon, black pepper, black salt, fenugreek leaves, cloves, mint, nutmeg, dry ginger, cinnamon, bay leaf, cardamom ammomum seeds, caraway and mace.

Phew!!! finally selesai dah bahan2 masala ni heheh...

Anak2 saya pulak kalau kacang kuda rebus ni suka mkn gitu jer sbb so far tk pernah buat yg bermasala ni. Tapi nampak, org rumah makan 'steady' jer!!

makcikkantin said...

something new, selalu makan plain chickpea je. nak kena carilah masala ni...yq bro

ady said...

abg bro ini pandai masaklah. Boleh lah ajarkan kita ini. Any way i must try !!!!

Bro Rozzan said...

BR > makcikkantin

Cubalah cik, (kakak kot!). Rasa saya taste dia ok, not bad.

Aishah @ UmmiAqil said...

salam bro..

lama noi kite tak singgah sini resepi kacang tu menarik...kalu mkn,duk depan tv plak sure tak sedar dah abis...

rempah tumis ikan tu camne ya?

Bro Rozzan said...

Hi ady,
Thanks for dropping by. Nak kata pandai tu tak sgt lerr, sekedar hobby jer. Kalau nak belajar, cubalah resipi kat sini bermula dari yg mudah dahulu. Insya'allah menjadi.

Bro Rozzan said...

WS Aishah,

Heheh, dok depan TV abis citer abis sekilo kacang tuh hah! atkyah share 2 dgn sesaper. Rempah tumis ikan tu yg kita gunakan utk tumis bila masak lauk kari ikan. Ada gambarnya kat entry bab sotong goreng bersambal.

materials said...

wukong5
kaimeiri
kaluola
suonata
yilante

ghazrina said...

Rozzan,tadi i baru rendam chickpeas tu..dah pun bli chana masala besok kot baru masak..pasti sedappp...