Followers

Tuesday, October 28, 2008

LAKSA





LAKSA

Bahan-bahan untuk kuah:
300-400 gm ikan tenggiri/parang atau lain2 (kukus, ambil isinya dan lecek halus)
(saya gunakan ikan mackerel dlm tin- cuci bersih dan buang sosnya dan lecek halus)

3 batang serai }
2 cm lengkuas }
4 ulas bawang putih }
2 biji bawang besar }…dikisar halus

3 sudu besar kerisik kelapa
400 ml santan pekat (dlm kotak)
2-3 cawan air (atau secukupnya)
3 sudu besar (bumbung) rempah kari ikan
sedikit air asam
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

Bahan-bahan untuk Sambal
20 tangkai lada kering - rendam dengan air panas sehingga kembang, tos, dan kisar dgn sedikit air dan bubuh sedikit garam.

Bahan-bahan untuk tabur:
Sedikit daun kesum atau selasih (cuci bersih dan hiris halus)
150 gm taugeh (bersihkan, buang akarnya, cuci bersih dan toskan)
2 btg timun (buang kulit dan hiris halus)
1 –1 ½ kg mee laksa (celur & toskan)

Peraturan membuat Kuah :
Ikan dibersihakan dan kukus. Ambil isinya saja dan dilecek halus atau kisar.
Gaul rempah kari ikan dgn bahan2 kisar lalu ditumis sehingga garing dan naik aromanya. Masukkan santan pekat dan 2 cawan. Kacau sekali-sekala dan kemudian dibiarkan sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah sedikit air lagi mengikut citarasa anda. Kemudian bubuh garam secukup rasa.

Cara menghidang
Mee laksa yang telah dicelur diletakkan dalam mangkuk. Atur diatasnya taugeh yg sudah dicelur, hirisan timun dan hirisan daun kesum atau selasih. Tuangkan kuah diatasnya. Letakkan sedikit sambal. Hidangkan panas-panas.

9 comments:

Aishah @ UmmiAqil said...

sedapnye nampak laksa tu...
laksa johor ke or laksa terengganu?

BRO ROZZAN said...

Laksa ni org Singapura sebut "Laksa Siglap". Laksa ni mmg dah terkenal di sini. Namanya diambil sempena sebuah kampung di sini - Kampung Siglap. Ianya lebih sedap dimakan dgn mee laksa "cap" yg dibuat sendiri.

SiS-lin said...

bro rozzan..lin nk cuba nye laksa nih..mmg sedap je tu nmpk..mmg favorite laksa lin nih,..

Anonymous said...

Hi Rozzan

Dimana bolih beli mee laksa "cap" yg di buat sendiri di S'pore? or ada recepi nya tak??...saya ingin sangat...

BR said...

Hi, Resipinya lupalak sbb dah lama tk buat. Tp, saya ada dua org sedara yg pernah amik order utk laksa 'cap'. Kalau berminat, nnti saya saya tanyakan mereka ya.

lily_mawar said...

Salam,

Dimana nak dpt mee cap tu? Saya nak order lah ... Kuah boleh masak sendiri, tapi mee tu yg tak tau nak buat.

BR said...

BR > lily_mawar

Kalau u berhajat, emel kat saya. Nt saya beri butiran ttg camna nak order laksa cap tu yer!..

BR said...

Itupun kalau u di Singapura yer!

Isyah said...

Salam bro...masukkan santan & 2 cawan apa ehh...dan asam nk tuang juga kedlm kuahnya ya?