Followers

Saturday, October 04, 2008

KEK LAPIS WATER MELON CHEESE

Kek lapis Water Melon Cheese ni telah saya berikan resipinya pada earlier posting. Sila rujuk di sini. Bersumber dari ienah18 (mesra.net), saya telah mencubanya dan inilah hasilnya:







Dan yg di bawah ni pula dah biasa saya buat, memang sedap. Resipi ni sememangnya tiap2 tahun mesti ada. Bersumber dari Puan Rohayah aka Roylazim - Marble Chocolate Cheese Cake ni pasti menjadi kesukaan anak-anak. Saya catatkan lagi resipinya di sini.







MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE
Sumber: Rohayah

Bahan A
180 gram mentega
20 gram serbuk koko, diayak
170 gram gula kaster
3 biji telur
120 gram tepung naik sendiri, diayak
1 sudu teh baking powder, diayak

Bahan B
250 gram krim keju
60 gram gula kaster
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur

Cara:
Pukul butter and gula. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata. Adunan dibahagikan kpd 2 bahagian.

Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan bahan B hingga kembang.Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang. Tuangkan baki adunan A.

Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.

13 comments:

Unknown said...

i like......

Ezza Aziz said...

Rozzan,saya pernah buat kek ni..ternyata memang sedapppp.
Selamat hari raya Aidil Fitri untuk you sekeluarga.

Anonymous said...

Salam,
1. Bro..kalau buat kek lapis tu. Adakah utk setiap lapisan kek yang dimasak, ditekan untuk jadi padat, sebelum lapisan baru dituang?
2. Kalau bakar api atas je ok tak? saya tak tau oven saya 'grill' function yang mana satu. Maybe icon yg ada dotted line.
Harap dapat berkongsi.

CelloTape said...

bro...

aku dah copy marble coklat cheese cake...

when looking at the recipe...bahan semua masih ada...

insyallah malam ni try buat...

SELAMAT HARI RAYA

Anonymous said...

Salam lebaran BR, moga BR dan fmly dilimpahi rahmat di bulan Syawal ni..Wah dua2 kek ni menyelerakan..rasanya nk try la marble choc cheesecake ni..thanx for sharing..!

(*psst..password ummi masukkan kat shoutbox tu x terima laaa...apasaii la kot.. :D )

Ai Lien ^-^ Cook for Happiness said...

Hi Kak Rozzan...kek lapis water melon cheese kak nampak menarik sekali !!!

Anonymous said...

salam aidilfitri utk bro n family...cantik betui rupe marble cho cheese cake tu...ade ape2 petua tak?

BR said...

>Kak Ezza,
Heheh, mmg sedap kek marble choc cheese tu. Selamat Hari Raya buat Kak Ezza & famili too ya!


>mas,
Tak perlu. Kita tekan sekadar nak ratakan lapisan tu jer. Grill tu maksudnya gunakan api atas je. Anda perhatikan bila anda tukarkan mode oven tu kpd grill, hanya "heating element" yg atas jer menyala. Kalau anda nak bakar semua lapisannya dgn api grill pun orait jugak.


>cellotape,
Buat jgn tak buat yer!


>ummi,
Slam Lebaran buat ummi & famili juga ya. Cubalah ummi, kek choc tu sedap tau! Btw, takyah boh password, nanti saya check lagi ya.

>ai lian,
Thanx fr visiting. Btw, me Bro Rozzan ya.


>Aishah,
Takde apa petua pun aishah. Cuma ikut resipi betul2 & mulalah dgn bismillah. Insya'allah menjadi.

Anonymous said...

salam, thanks bro...harap diberi kekuatan & semangat utk cuba. Bahan semua dah beli...cuma tinggal try buat je. Nak try sgt buat kek lapis masam manis.

Anonymous said...

assalamualaikum rozzan,alhamdlelah saya dah try buat kek ni.ternyata mmg sedap.tapi saya guna dua silicon container yg loaf 7inche.tp di tengah tu selepas sejuk dia mendak jatuhla.dan saya perhati cheesenya agak tebal.So the exact size of the baking container tu size 7inche by 7inche ke?tq.

BR said...

BR > mas
Insya'allah mas. Saya doakan kejayaan anda ya!

BR said...

BR > Fariha
WS. Mengikut resipi asalnya mmg gunakan loyang 7" x 7". Ketinggian keknya jadi just nice. Kalau anda gunakan loyang yg lebih besar, nanti keknya jadi agak rendah. Tapi itu terpulanglah kpd citarasa anda ya. Kalau anda prefer gunakan loyang yg lebih besar, saya sarankan gunakan loyang 8"x8". So far, camtu lah rupa kek yg saya buat dgn lebar cheesenya camtu. Harap faham ye, kalau masih ragu2 emel kat saya lagi yer!

Anonymous said...

ok thanks for the reply.yg menjadi keraguannya ialah,di tengah-tengah loyang bila masak ok,tp bila dah sejuk,dia mendak di tengah.is it something normal?or i did mistake?atau pun adunan keknya sedikit utk tampung ketebalannya?