Followers

Friday, August 29, 2008

VARIASI KEK LAPIS (PN NORAINI ZAKARIA)


Dah lama gak buku ni ada dalam simpanan saya. For a change, saya beli buku KEK LAPIS (Pn Noraini Zakaria) utk menimba ilmu dari sumber yg berlainan selain Pn Rabiah Amit. Buku ini sesuai utk mereka yg baru berjinak-jinak dgn pembikinan kek lapis. Setiap resipi kek dilengkapi dgn peraturan dan gambar2 step by step utk memudahkan anda mengikuti cara pembuatannya. Antara resipi2 termasuklah Kek Lapis Pucuk Rebung, Lapis Semarak, lapis Dam, Lapis Pesona dan banyak lagi. Sesiapa yg berminat, bolehlah dapatkan buku ini di toko2 buku.


Di antara kek-kek lapis yang terdapat dalam buku Variasi Kek Lapis (Pn Noraini Zakaria)


11 comments:

Anonymous said...

Salam Bro Rozzan. Terdahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan. :) Saya kerap dtg ke blog Abg Rozzan. Ni nak tanya, since Abg Rozzan pro membuat Kek Lapis, pernah tak Abg Rozzan buat Kek Lapis Aiskrim? Dan kalau Abg Rozzan ada resipinya, boleh postkan? Saya sudah google tapi hasilnya tk berapa byk.

Semoga Allah membalas jasa dan budi Abg Rozzan. Amin.

Anonymous said...

Maaf, tadi saya lupa untuk menaip nama saya.

- Fee

hertiny said...

Salam Saudara,
kesempatan ni saya nak ucap selamat berpuasa. saya ada sedikit kemusykilan pasal kek ni. kenapa setiap kali buat kek yang ikut resepi buku semua kek tak pernah jadi. saya tak tau apa masaalah nye. Frust sangat2.

BR said...

WS Fee.

Saya bukanlah pro, blum sampai ke tahap tu lagi. Anyway, kat blog ni ada resipi kek lapis aiskrim strawberry. Cuba refer kat entry dated 10 Nov 2006. Saya pun ada satu lagi resipi Kek Lapis aiskrim aneka rasa tp banyak bahan2nya. Kalau nak resipinya, beri saya emel anda. Insya'allah nanti saya emel kan, k

BR said...

W'Salam Hertiny.

Terdapat beberapa sebab. Antaranya ialah:

1) Tak semua buku2 masak yg dijual di pasaran boleh dipercayai 100%. Begitu juga dgn resipi2 yg ada di alam siber ini.

2) Kadang2 standard buku2 tu hanyalah utk mereka yg sudah mempunyai asas dlm bidang tersebut seperti pembuatan roti, kek dan sebagainya. Buat mereka yg baru berjinak2, mungkin akan menimbulkan sedikit/byk kemusykilan.

3) Kadang2 resipi2 tu betul, cuma, cara kita membuatnya kurang tepat krn pemahaman kita yg kurang tepat berbanding dgn si pemberi resipi tu.

Makanya di blog saya, sukacita saya berkongsi serba sedikit yg saya tahu bersama anda semua. Kalau yg saya tak tahu tu, kena tanyalah dgn org yg lebih mahir ya.

nafisa81 said...

hello bro...salam ramadhan dan selamat berpuasa...saya teringin sgt nak buat kek lapis ni..tp tak berani nak cuba sbb konfius cara cara nak bakar...pakai api grill tu camne?pakai electric oven boleh? berapa masa untuk bakar every layer?kalau pakai electric oven,api atas atau bawah atau both?
harap bro tak kisah nak layan soklan saya ni..

BR said...

Hi nafisa81

Saya menggunakan oven besar jenis built-in. Secara asas, bila buat kek lapis, lapisan pertama saya gunakan api atas & bawah abt (170-180 darjah). Lapisan kedua hingga terakhir saya gunakan api atas jer (grill)- abt 200-210 darjah. Saya bakar for abt 5-6 minit atau sehingga kek tu kekuningan emas. Selepas bakar lapisan yg akhir, tukarkan suhu pada api atas & bawah semula & bakar sebentar selama kira-kira 5-8 minit. Seperkara lagi, anda kenalah adjustkan suhu mengikut oven anda. Kalau suhu yg diberikan terlalu panasa anda harus kurangkan ya. Ini kerana setiap oven tu mungkin ada kelainan sket tahap kepanasannya.

Harap anda faham yer.

mamacaliph said...

Salam ROZZAN,

Saya pengunjung baru kpd web ini, saya sungguh tertarik dgn aneka resipi yg dipaparkan, izinkan saya menceduk sedikit sebanyak ilmu dan pandangan yg diketengahkan ya..

Saya tak berapa mahir dan gemar membuat kek, tapi insyAllah mana lah tahu tarikan web ini akan dapat membangkitkan semangat dan minat saya nanti kan?

Semuga terus maju jaya buat ROZZAN...dan sekelian pengunjung lain nya...

BR said...

Terima kasih sudi berziarah ke sini.

Insya'allah kalau anda ada minat dan sedikit asas dlm bidang ini, resipi di sini mungkin dapat membantu anda mencapai hasrat berjaya dlm pembuatan kek.

dfghjk said...

Salam semuanya..........
saya dah beli buku VARIASI KEK LAPIS" Noraini Zakaria. buku ni menarik dan amat membantu dalam asas buat kek lapis sarawak!

BR said...

BR > Fea

Alhamdulillah, anda dah mula bertapak dlm pembikinan kek lapis ni. Saya harap anda akan terus berjaya ya!