Followers

Monday, April 28, 2008

SERUNDING PUTIH (IKAN)

Serunding putih (ikan) ni mmg my feveret sewaktu Lebaran. Kalau takde lain lauk pun, cukuplah saya makan ketupat dgn serunding ni. Just to share what I did last night. Here's the recipe.



SERUNDING PUTIH (IKAN)

Bahan-Bahan
1 biji kelapa parut / 400 gm (buang kulit arinya)
700 gm isi ikan (tenggiri, parang, kembung, etc)
(Ikan dibakar ataupun dikukus sehingga masak. Buang tulang dan kulit dan ambil hanya isi putihnya. Kemudian dilecek atau tumbuk hingga halus)

Bahan Rempah
2 batang serai (hiris halus)
1 jari lengkuas (hiris halus)
2-3 hiris halia (hiris halus)
6 ulas bawang putih (hiris)

25-30 ulas bawang kecil (mayang/hiris)
1-2 sudu makan serbuk lada putih
3 batang lada merah (hiris)
1 batang lada hijau (hiris)
5-6 batang cili padi (hiris) -optional tp saya taruk sbb nk rasa lagi pedas

1 helai daun kunyit (dirampai/hiris)
4-5 keping daun limau purut

Garam secukup rasa.

Cara 1:
Gaulkan kelapa parut dgn semua bahan rempah hingga rata lalu bubuh dalam kuali. Sangar dgn api yg kecil/sederhana dan sentiasa balik-balikkan agar ia tidak hangus. Jangan ditinggal-tinggalkan. Kacau sehingga ianya berderai dan bangkit baunya.

Cara 2:
Serai, lengkuas, halia & bawang putih ditumbuk- tak perlu terlalu halus. Kemudian, gaulkan kelapa parut dgn semua bahan rempah yg lain hingga rata lalu bubuh dalam kuali. Sangar dgn api yg kecil/sederhana dan sentiasa balik-balikkan agar ia tidak hangus. Jangan ditinggal-tinggalkan. Kacau sehingga ianya berderai dan bangkit baunya.

Nota:
Serunding ini sedap dimakan bersama ketupat/lontong.
Anda boleh juga menukarkan ikan kepada udang kering. Rendam udang kering sehingga lembut dan kemudian tumbuk halus.

5 comments:

MamaFaMi said...

Tak pernah lak rasa serunding putih ni...selalu makan serunding kelapa je. Itu pun yang my late nanny buat.

BRO ROZZAN said...

MamaFaMi > Cubalah mama. Pada saya rasanya sedap dan harum krn bau serai dan daun2 yg dibubuh tu. Kalau mkn tiap2 hari pun saya tk jelak. Seingat saya, arwah mak dulu tak pernah miss buat serunding ikan ni pada tiap2 Hari Raya. Dah menjadi semacam kemestian.

june said...

sedapnye serunding ni.teringat arwah nenek dulu slalu buat serunding mcm bro buat.cuma tak guna ikan,tp guna udang kering.Smp skrg kalo pagi raya serunding putih la jugak yg jadi pilihan.

BRO ROZZAN said...

Mmg sedap serunding ni june! Saya pernah buat gunakan udang kering jugak. Pun sedap. Ishh... leleh airliur bila teringat makan serunding ni dgn ketupat...

siti farizah said...

salam...nak tanya kalau dijadikan serunding untuk popia pintal sesuai tak..kalau sesuai perlu diubah suai tak .terima kasih