Followers

Wednesday, February 06, 2008

DAGING SAYUR MARKONO





Kami makan malam tadi dengan sejenis juadah yg ringkas. Dah lama saya tak membuatnya. It's quite filling though. Namanya juga agak unik - Daging Sayur Markono, tapi jangan ditanya kenapa namanya sedemikian. Mungkin kerana bahan yg digunakan mengandungi daging, sayur dan makaroni tapi mengapa 'markono'? Ahah...maybe si pencipta resipi orang Jawa kot!! jadilah 'markono'!!! heheh.. Walau apapun, it's very nice (at least to my taste bud). Kalau nak cuba, silakan.


DAGING SAYUR MARKONO

Bahan-Bahan
500 gm daging cincang
4 sudu besar rempah kari
4 ulas bawang putih
2 sm halia
( satukan bahan-bahan ini )

3 biji bawang besar potong dadu
600 gm kentang (potong dadu dan rebus hingga empuk)
2 biji tomato – potong bulat2 (optional)
1 tin kecil cendawan butang (potong kecil-kecil)- saya lupa nak taruk!
100 gm mixed vegetables (sayur campur)
100-150 gm makaroni (rebus hingga empuk)
10 biji telur (kocok sedikit dan bubuh sedikit garam)
½ botol sos tomato
½ botol sos cili
30 sen daun sup/daun bawang (hiris)
2 batang cili merah (hiris)
sedikit mentega utk menumis daging
100 gm keju parut (cheddar atau mozarella)

Cara:
1. Panaskan mentega dan goreng bawang hingga layu lalu diangkat. Ketepikan

2. Kemudian masukkan pula daging cincang yg telah digaul dgn rempah kari, halia dan bawang putih tadi. Bubuh sedikit air jika perlu dan taruk sedikit garam dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.

3. Alas aluminium foil di dalam loyang berukuran 8”x 8” dan sapukan dasar dan kelilingnya dgn mentega.

4. Taburkan ½ bahan kentang dan makaroni lalu diratakan. Kemudian bubuh ½ bahagian daging ke atasnya dan tabur rata separuh bahagian cendawan, sayur campur, bawang, tomato dan keju parut. Seterusnya bubuh sedikit daun sup/bawang dan hirisan cili merah. Kalau suka boleh bubuh sos tomato dan sos cili.

5. Ulang sekali lagi proses ini utk separuh lagi bahagian kentang, makaroni dan bahan-bahan yg lain.

6. Akhir sekali, jiruskan telur ke atasnya dan biarkan kira-kira 10 minit sebelum dibakar selama kira-kira 1 – 1 jam 15 minit dgn suhu 170 -180 darjah Celsius.

7. Daging sayur markono ini enak dimakan bersama sos cili.

4 comments:

FaRrA DeeN said...

Macam makaroni bakar...

Bro Rozzan said...

Yup, cuma kandungan kentangnya lebih sket dari marcaroni nya. Kalau tak boh macaroni pun ok gak.

Anonymous said...

Hi Rozzan, this looks delicious. Will be making it this weekend. Ini suggestion saja... you can use tuna flakes (drain off the water) and mixed in some lemon pepper (buang hamis ikan). Also sprinkled the top with grated cheddar cheese and breadcrumbs that has been softened in butter, and bake in oven. Nice and crunchy on top, and soft/moist on the inside. Can eat with mayonnaise atau chili sos.

BR said...

Hi Anonymous

Thanks for the suggestion. Might try it some of these days. Others may take note too ya!