Followers

Friday, January 25, 2008

BADAK BERENDAM

Kuih Badak Berendam ini merupakan kuih tradisi yg masih mendapat tempat dihati penggemar kuih-kuih Melayu lama. Even anak-anak saya pun menyukainya. So jom cuba resipi ini!

KUIH BADAK BERENDAM

Siapkan Inti Kelapa dan Kuahnya terlebih dahulu

Bahan Inti Kelapa
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara:
Masak gula melaka & gula pasir bersama air hingga gula larut. Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan digaul rata hingga inti pekat. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan Kuah
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa

Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.


Bahan Kulit
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)

1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)


Cara:
Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.

4 comments:

MamaFaMi said...

Macam terasa-rasa je kuih badak berendam tu....

Bro Rozzan said...

Kalau tak rasa gak, jilat hah tapak tangan - petua org tua2 dulu. Jadi taklah kempunan. Boleh pakai lagi kot kata2 camtu eh?

Nur said...

Its one of my daughter's favourite...mesti cari nye masa bulan puasa...Which kentang to use and if you use warna kuning, knape jadi hijau ?

sue said...

salaam bro, kalo guna santan kotak seperti santan kara gitu bole? sama jgk sukatan nye ke?