Followers

Wednesday, June 06, 2007

SAMOSA

Samosa merupakan snek yg agak mudah disediakan. Intinya lebih kurang serupa dgn inti karipap/epok2. Berikut adalah versi Samosa yg biasa saya buat. Selamat 'menjamu mata' dan kalau berhajat, cubalah buat yer!

SAMOSA

Bahan-Bahan
500 gm daging cincang/kisar
2 biji bawang besar dipotong dadu- kalau saiz yg kecil gunakan 3 biji

4 ulas bawang putih
2 sm halia
5 sudu besar (bumbung) rempah kari

* Kisar b.putih & halia dgn sedikit air dan campurkan rempah kari.

2 biji kentang
1 btg lobak merah (yg kecil)
4 sudu besar jagung biji (whole kernel corn)
4 sudu besar kacang pis
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
sedikit garam
1 sudu bsr minyak sapi (optional) dicampur dgn secukup minyak- utk menumis

1 paket kulit popia

Nota: Anda juga boleh gunakan kentang & kira-kira 500 gm sayur campur (mixed vege)

Cara Memasak Intinya :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg dipotong dadu. Biarkan sehingga bawang layu sedikit. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. Sesudah itu, masukkan daging cincang bersama kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air jika perlu dan biarkan sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan jagung, kacang pis, daun sup/bawang dan garam. Kecilkan api dan biarkan bahan kering sedikit sebelum diangkat dan disejukkan.

Cara Membuat Samosa :
Ambil sekeping kulit popiah lalu dipotong 2 atau 3- horizontally mengikut saiz yg anda kehendaki. Cantumkan di antara satu dgn lain dgn ‘gam tepung’ (campuran air dan tepung gandum). Lepas tu lipatlah kulit untuk menjadi ‘kelungsung’ tiga segi tepat lalu diisi dgn inti samosa. Setelah inti diisi, lipatlah lagi utk menutup samosa. Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya.

Cara Melipat Samosa























































7 comments:

tini said...

salam rozzan,

tq sbb tunjukkan step by step camna nak balut samosa tu... selama ni jenuh tini duk try x jadi2. insyaallah bila nak buat nnt tini akan refer kat blog rozzan ni.

MamaFaMi said...

Salaam bro...Harap sihat semuanya. Mama ni kan, kalau suruh melipat samoosa, memang fail! Tak cantik langsung. Samoosa mama pun cam leper semacam jek..Sib baik lipat baju pass! Wakakakaka....

rozzan said...

No problem Tini, you're welcome.

rozzan said...

WS mama. Kalau lipat baju tu pulak, jgn jadi mcm lipatan samosa dah lerr tu!!!

munirah said...

wah ! akhirnya jumpa juga gambar nak lipat samosa dengan cara yang betul. tenkiu2..really appreciate it.

Bro Rozzan said...

BR > munirah
You're most welcome sis.

lta's food gallery said...

nampak mcm sedap jea . nk try laa esk . kat terengganu ny ssh nk jmpe kuih samosa . xde org jual .