Followers

Wednesday, July 15, 2009

MEE MAIDIN



Mee Maidin ni lebih kurang seperti Mee Rebus yg biasa kita makan cuma ia menggunakan udang geragau basah. Saya sendiri pernah merasanya.. lama dulu sewaktu arwah mak membuatnya.
Resipi Mee Maidin ni adalah permintaan dari seorang pengunjung blog. Maaf kerana terlewat. Bagi mereka yg berminat, silakan mencuba ya!


MEE MAIDIN (1)
Sumber : Aini Salim

Bahan-Bahan
1 kg mee kuning }
500 gm taugeh }...... dicelur bila hendak dihidangkan
Beberapa biji telur rebus - dibelah dua
2 atau 3 pokok daun salad - dihiris
Beberapa biji limau kasturi - dibelah dua
Lada hijau - dihiris
Daun sup daun bawang - dihiris
Bawang goreng
2 keping tahu digoreng, kemudian dihiris

Bahan-Bahan Untuk Kuah
250 gm udang hidup direbus dgn 600 ml air dan air rebusan jangan dibuang.
250 gm udang geragau rebus atau ikan bilis direbus
50 gm kelapa parut putih
15 tangkai lada kering }
8 ulas bawang merah }
8 ulas bawang putih } dikisar
1/2 cawan tepung gandum dikacau rata dgn 1 cawan air
1 cawan minyak untuk menumis
6-7 cawan air
garam, gula

Cara:

Udang rebus, udang geragau rebus atau ikan bilis rebus serta kelapa parut , dikisar halus dengan sedikit air rebusan udang. Setelah dikisar masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah kisar sehingga garing. Kemudaian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan air. Masak hingga mendidih, masukkan adunan tepung, kacau rata. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa.

Semasa menghidang, letakkan mee dalam pinggan dengan taugeh diatasnya. Tuangkan kuah dan hiaslah dengan bahan taburan.



MEE MAHDIN (2)
(sumber : Puan Hjh Asfiah)
Bahan-Bahan
600 g mee kuning, dicelur dan ditoskan
300 g taugeh, dibuang akarnya dan dicelur serta ditoskan
5 biji lada merah, dihiris
5 biji lada hijau, dihiris
250 g daun salad, dihiris
3 keping tahu, digoreng setengah masak & dipotong kecil-kecil
5 biji telur ayam, direbus dan dibelah empat
2 sudu makan tepung gandum
1/4 biji kelapa parut, diperah 300 ml pati santannya
600 ml air sejuk
garam secukup rasa

Bahan-bahan (A):
(Digiling hulus, berasingan)
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
300 g udang geragau basah
1/4 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya

Bahan-bahan (B):
(Dihiris halus dan digoreng garing)
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara:
1. Campurkan bahan-bahan A di dalam periuk. Tambah 600 ml air sejuk serta garam secukup rasa. Kacau rata-rata. Jerang di atas api yang perlahan. Bubuh pula tepung gandum dan santan, dikacau lagi lalu dibiarkan mendidih.

2. Untuk menghidangkannya, bubuh sedikit mee dan taugeh di dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Daun salad, tahu, lada merah, bawang goreng, lada hijau dan telur ditabur di bahagian atasnya.

Sunday, July 12, 2009

DALCA LEMBU/KAMBING

Resipi Dalca ni lebih kurang sama dgn Dalca Ayam yg saya paparkan pada entry yg dahulu. Saya sertakan sekali lagi dgn sedikit perubahan jer...


DALCA LEMBU/KAMBING

Bahan-Bahannya
1 kg daging lembu/kambing atau rusuk - dipotong ikut suka, rebus hingga empuk
200 gm kacang dhal (rebus hingga empuk)

Bahan Kisar
3-4 sudu besar cili kisar (boleh tambah jika suka lebih pedas)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1½ inci halia
(Gaul bersama dgn 6 sudu makan (bumbung) rempah kari daging)

1 batang serai (dititik)
3 biji kentang (kupas kulit dan belah 2)
3 biji tomato (dibelah 2)
200 gm kacang panjang (dipotong kecil-kecil, anggaran 1- 1½ inci)
1 batang lobak merah (dipotong ikut suka)
2 biji terung ungu yg kecil (bulat) -dipotong ikut suka
1 biji mangga muda (dipotong 4 bahagian)
3 batang lada hijau
3 senduk minyak masak


Rempah Campak
4-5 tangkai daun kari
5 biji bunga cengkih,
5 biji buah pelaga
2 inci kayu manis
1 biji bawang besar (dihiris )


1 biji bawang besar (hiris kasar2 –utk dilepaskan dlm kuah)
sedikit air asam jawa
200 ml santan kotak
garam secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk besar dan tumis rempah campak (bawang besar hiris, cengkih, pelaga & kayu manis, daun kari) dan serai. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga rempahnya garing dan naik aromanya. Bubuh sedikit air jika perlu.

2. Masukkan pula daging/rusuk dan 2-3 mangkuk air. Kacau sebentar dan masukkan pula kacang dhal, kentang, lobak merah, mangga muda, kacang panjang, terung, lada hijau, bawang hiris dan air asam. Biarkan sehingga kentang empuk dan sayur2 layu sebentar. Masukkan pula santan, garam & perasa (optional). Kacau rata-rata dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api.


Nota:

1) Selalunya lauk dalca daging ni lebih enak jika kita gunakan daging kambing yg dicampur dgn tetelan ataupun daging rusuk. Bagi mereka yg tak boleh makan kambing, gunakanlah daging lembu.

2) Sukatan santan boleh dikurangkan mengikut citarasa anda. Setahu saya, kalau orang India kalau memasak lauk kari/dalca, mereka tak menggunakan santan. Tapi kita ni msk cara orang Melayu, heheh...

3) Lauk dalca ni akan menjadi lebih sedap dimakan pada keesokan hari nya. Lebih lama disimpan dan dipanaskan, lagi sedap.

****************************************************************

Sambal Tumis ni pula biasa jer, cuma dibubuh bebola ikan dan telur burung puyuh.
Hidangan

Jemput makan!!

ROTI GULUNG SARDIN, MEE SIAM GORENG

Hidangan minggu pagi. Biasa-biasa jer, sekedar cuci mata.....



Resipi ada di posting yg lepas2.



Hidangan yg mudah- takyah pakai resipi, bila buat pasti menjadi, Insya'allah...

Wednesday, July 08, 2009

KUIH GANDUS - Permintaan Resipi




Resipi Kuih Gandus ni pun nampak mudah tapi saya belum mencubanya lagi yer.. Buat sesiapa yg berminat, silalah, pastu feedback k!


KUIH GANDUS
sumber : Hajah Zahara Sudi

Bahan-baham :
600 gm tepung beras
200 gm tepung gandum
2 sudu makan tapai nasi
500 gm kelapa muda parut putih
1200 ml santan dari 1 biji kelapa putih
1 bungkus yeast kering
garam secukup rasa
gula merah (gula tanjung) secukupnya
acuan gandus

Cara:
Tepung beras, tepung gandum, tapai nasi, separuh bahagian kelapa muda, yeast kering, garam, serta santan digaul rata dan dikisar sedikit.

Masukkan separuh bahagian lagi kelapa, gaul rata dan perap selama kira-kira satu jam atau hingga adunan naik berbuih.

Panaskan acuan diatas dapur gas dan sapu sedikit minyak, kemudian tuangkanlah adunan tadi kedalam acuan anggaran tiga suku bahagian, lalu dibakar kira-kira 10 minit atau hingga masak.

Keluarkan dari acuan ketika masih panas dan hidangkan dengan gula merah.

Tuesday, July 07, 2009

KEK LAPIS UBI KAYU - Permintaan Resipi

Resipi Kek Lapis Ubi Kayu ni adalah permintaan sdri Shima. Namun, saya belum mencubanya. Harap2 ia dapat menepati citarasa anda dan mereka yg gemar dgn ubi kayu ya!



KEK LAPIS UBI KAYU
sumber : Pn Juriah Abdullah
(Buku Resipi Pesta Perut)

Bahan-Bahan :
1 kg ubi kayu parut
6 biji telur yang besar
½ sudu teh rata garam halus
1 sudu teh chocolate paste
1 sudu makan pewarrna kuning
1 sudu teh sebuk vanilla
250 ml santan sari 2 biji kelapa (nak senang, gunakan santan dlm kotak) I
380 gm gula halus
300 gm mentega
150 gm tepung gandum
1 loyang berukuran 9’x 6’x 3’ atau 8’ x 8’ x 3’
( Sapu keliling dengan sedikit mentega dan alas dgn kertas kuih/tracing )


Cara:

Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa jarang. Setelah diperah, perap airnya selama 10 minit. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-perlahan buang airnya. Ambil sagunya yang mendap itu, dan masukkan ke dalam ubi kayu yang diperah tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Santan, gula dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan ia mendidih). Setelah panas, masukkan mentega, kacau rata, dan sejukkan.

Pukul telur hingga kembang, masukkan tepung gandum, ubi kayu dan vanilla. Pukul lagi hingga rata dan sebati.

Setelah itu, masukkan santan, kacau rata, kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste, dan satu lagi dicampurkan warna kuning.

Ambil dua senduk makan adunan warna kuning, tuangkan kedalam loyang dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api grill, sehingga masak. Keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan warna coklat, bakar lagi. Ulang sehingga kedua-dua warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.

Untuk lapis terakhir, gunakan api oven dgn suhu 150 hingga 175 darjah selama lebih kurang 20 hingga 30 minit.

Sejukkan, kemudian barulah dipotong. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.

Monday, July 06, 2009

DURIAN KAYA CAKE


Resipi Durian Kaya Cake ni lebih kurang sama seperti Pandan Kaya Cake yg saya kongsi pada bulan lalu. Anda bolehlah gunakan resipi yg sama utk buat kek spongenya tp tiadakan pes pandan. Atau gunakan apa saja resipi kek sponge yg anda biasa buat.

Seterusnya, pada glaze atau topping kek tu, saya tambahkan isi durian. So, texturenya agak lembik sket, ala ala sekaya durian gitu! So, bagi peminat durian, this is a simple recipe yg saya yakin anda sumer boleh buat.




DURIAN KAYA CAKE

Bahan-Bahan
250 gm tepung campuran super-sponge Phoon Huat
5 biji telur (saiz sederhana)
50 gm mentega (dicairkan)
50 gm air

Cara:
1) Masukkan tepung campuran super sponge bersama telur dan air ke dalam mixer.

2) Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit sehingga pekat. Kemudian kurangkan kelajuan kpd sederhana dan pukul lagi selama 3-5 minit.

3) Masukkan mentega cair lalu gaul hingga rata. (Anda boleh gunakan tangan utk menggaulnya hingga rata. Gaul sekadar kesemua bahan dah sebati, jgn terlalu lama agar udara di dalamnya dapat dikekalkan utk mendapatkan kek yg gebu dan ringan)

4) Bubuh adunan ke dalam loyang bulat 9” dan bakar selama kira-kira 40- 45 minit dgn suhu 160 darjah Celsius.

5) Setelah masak, keluarkan kek dan sejukkan diatas redai. Kemudian potonglah 2 atau 3 lapis utk disapukan dgn glis kastad.


Glis Kastad Durian
350 ml air
75 gm gula
2 sudu teh (bumbung) instant jelly
200 ml santan pekat (KARA)
secubit garam
40 gm tepung jagung
200 gm isi durian (dilecek halus)
sedikit pewarna kuning


Cara:
1) Masak gula bersama air hingga mendidih. Masukkan instant jelly dan kacau rata.

2) Sementara itu, campurkan santan dgn tepung jagung dan pewarna kuning.

3) Bila bahan instant jelly mendidih, masukkan bahan tpg jagung ini. Kacau sehingga bahan ini menjadi pekat dan berkilat lalu masukkan isi durian. Kacau lagi sehingga rata.

4) Ambil satu bahagian kek dan sapukan custard glaze ke atasnya dan tindihkan dgn kek yg satu lagi.

5) Kemudian, sapukan rata-rata lebihan glis kastad tadi di permukaan dan sekeliling kek ini. Pada sekeliling kek ini bolehlah di hias dgn kepingan2 badam (almond slices), dessicated coconut atau apa bahan pun yg anda gemari.


Sunday, July 05, 2009

DAGING LEMBU MASAK KURMA

Salam ukhuwah buat semua. Maaf kerana dah lama tak update. Kebelakangan ni agak sibuk dgn tugasan2 di pejabat dan bila pulang ke rumah, dah lepak ...... Kadang2 sementara tunggu waktu Isyak pun boleh terlelap. Kekadangtu sampai jam 12 mlm , 1 pagi. Letih! Esok hari pulak dah nak kerja. Hujung minggu kadang2 ada majlis walimah, dan kalau takde, tulah masa nak rileks dan "tak nak buat apa-apa". Bangun tidur lambat, dengar radio, tgk TV - pendekata, rehat, serehatnya!

Apa pun, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bagi mereka yg setia berkunjung, terima kasih saya ucapkan. Mana2 permintaan yg belum saya tunaikan, Insya'allah saya cuba sedaya upaya utk menunaikannya setakat yg termampu.

For a start, harini saja nak share lauk yg I masak semalam. Ringkas jer. Daging masak kurma, Ayam masak Sambal Tumis dan Bendi Asam Rebus. Yg dah biasa dgn lauk ni, cuci mata jer arr...


Lauk Kurma Daging ni bahasa pasarnya "lauk kormak" . Sewaktu dulu, arwah mak saya memasaknya sebagai salah satu lauk yg mendampingi menu masakan "Nasi Lemak Tumis". Hah, tak pernah dengar istilah "Nasi Lemak Tumis" ? Actually, ianya ibarat kacukan dari Nasi Lemak dan Nasi Minyak. Yg ketara, ialah penggunaan santan pekat dalam resipinya. Lauk2 sampingannya adalah seperti Dalca, ayam masak merah dan acar/pacri nenas.

OKlah, berbalik kpd Lauk Kurma Daging, ini resipi versi saya.




DAGING LEMBU MASAK KURMA

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu (dipotong kecil seperti memasak rendang)

Rempah Kisar
2 biji bawang besar (saiz besar) }
4 ulas bawang putih }
1 inci halia }….(kesemua bahan dikisar)
6 sudu besar (bumbung) rempah kurma -saya gunakan jenama BABAS
(dicampur dgn bahan kisar)

3-4 cawan air
300 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
3 biji tomato (dibelah dua)
sedikit daun ketumbar

2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
secukup minyak masak + 1 sudu besar minyak sapi


Cara:
1) Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging ½ empuk. Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah, lebihan air tadi dan bubuh garam.

3) Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar . Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.

4) Enak dimakan bersama nasi, roti, dll.


Catatan:

1) Anda boleh tukarkan santan kepada kira-kira 100gm biji gajus atau badam yg direndam dan dikisar dgn secukup air.

2) Sukatan air boleh ditambah lagi jika perlu (utk mengempukkan daging)

3) Kuah Kurma Daging ni selalunya agak pekat. Kalau cair, nanti ia menyerupai lauk sup daging pula. Tapi, apapun, terserahlah pada citarasa anda. Kita yg nak makan dia, betul tak?




AYAM MASAK SAMBAL TUMIS

Ni kes dah tak tahu apa nak masak, so back to basic ler nampaknya... Segala macam sambal tumis dah biasa masak- sambal tumis sotong, udang, ikan bilis, dll. Hah, for a change, OK kot!




AYAM MASAK SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1.2 kg)- dibersihkan, buang kulit (optional) dan potong 10-12 kpg
*Gaul potongan ayam dgn sedikit kunyit serbuk dan garam lalu digoreng sebentar sehingga ½ masak.

Bahan Kisar
3 biji bawang besar
30 tangkai cili kering (rendam)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
sedikit belacan

secukup air asam
100 ml santan pekat (kotak)
2-3 cawan air
2 sudu makan gula (atau ikut citarasa anda)
garam secukup rasa
minyak secukupnya (utk menumis)

Cara:

1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu.

2) Setelah itu, masukkan air asam, santan pekat, potongan2 ayam dan air. Gaul hingga rata dan bubuh garam dan gula. Kacau lagi dan kemudian biarkan sehingga ayam empuk dan kuahnya mendidih. Kecilkan api dan biarkan selama 3-5 minit sehingga terbit minyak.

BENDI MASAK ASAM REBUS

Lauk Asam Rebus memang mudah dan begitu basic. Di sini saya kongsi cara arwah mak saya memasaknya. Jika anda kurang gemar dgn bendi, anda boleh tukarkan kpd kacang panjang. Buat saya, kedua-duanya pun saya bedal!!!



BENDI MASAK ASAM REBUS

Bahan-Bahan
400 gm bendi –dibersihkan
- kalau yg kecil, biarkan sebatang2,hanya belah dua memanjang tp jgn putus, kalau besar dibelah dua, menyerong)

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang cili merah
2-3 sudu besar udang kering
sedikit belacan
- kisar semua bahan dgn sedikit air

3 cawan air
secukup air asam pekat
garam secukup rasa
½ sudu teh gula (optional)

6 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit minyak masak

Cara:

Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama air & air asam. Biarkan mendidih lalu masukkan bendi, garam & gula (optional). Biarkan sehingga bendi layu sebentar lalu matikan api.

2) Kemudian, di sebuah kuali kecil, panaskan minyak dan goreng bawang merah hingga kekuningan. Tuangkan bawang goreng ni bersama minyaknya sekali ke dalam periuk asam rebus tadi. Kacau rata. Siap utk dihidangkan.

Saturday, June 20, 2009

DURIAN OH DURIAN!

Sekarang ni rasanya dah musim durian (walaupun kat Spore ni rasanya durian terdapat sepanjang tahun!!). Beberapa hari lalu berkesempatan ikut my sis/bro-in-law pulang ke Gelang Patah, JB. Bukan apa, sekedar nak jenguk2 buah durian yg dah mula nak gugur. Kebetulan saya masih bercuti.

Sebenarnya, keluarga saya, baik sebelah arwah mak atau bapak takde kampong. Kalau ada pun (dengar2 waktu dulu arwah bapak dan keluarga beliau ada tanah di Pengerang, Johor tapi dah lama dijual). So, sesekali pi kampong, oklah, relaks jap.



Cuma sekarang ni, belum tahu apa yg saya nak buat dgn durian yg saya bawak balik tu. Sebenarnya saya beli jer durian tu kat kpg --cuma 10 kg, tapi dapat ekstra lagi 4-5 biji!! . Bukan apa, sekedar nak merasa durian yg baru gugur dari pokok heheh... Kalau kat Spore ni, kdg2 durian "masak atas lori" !!



Wednesday, June 17, 2009

CHERRY CHOCOLATE CAKE




Rancangan asal tuhari nak buat kek blackforest tapi bila teringatkan baru juga buat gateau buah2an yg menggunakan fresh/whipping cream, maka saya pun tukar plan dan buat kek cokelat ni. Bukan apa, actually saja nak cuba pelbagai resipi kek sponge.

Kek sponge merupakan asas bagi membuat pelbagai kek yg kemudiannya dihias dgn bermacam cara dan kaedah. Namun, apabila kek sponge ni dimakan begitu saja, rasanya agak kurang lemak. Ini mmg maklum kerana sesudah diicingkan dan dibubuh pelbagai bahan kat dalam dan permukaan kek tu, hah! barulah ia mendapat nama dan identitinya yg unik dan tersendiri. And, of course, their own distinct taste & flavour. Thats why kek asasnya tak perlu selemak kek mentega atau kek chocolate agar rasanya nanti tak terlalu "muak".

Di sini saya sertakan satu lagi resipi kek sponge yg ada dalam simpanan saya (tak ingat pulak dari mana sumbernya). Resipinya agak mudah diikuti dan utk decornya, terserah pada kreativiti anda sendiri.

KEK SPONGE COKELAT

Bahan-Bahan:

5 biji telur saiz "A" (kira-kira 85 gm) –saya gunakan 6 biji, setiap satu beratnya 70gm
200 gm gula
160 gm tepung kek (kalau tkde, gunakan tpg gandum jer)
25 gm cocoa powder
1 tsp chocolate emulco
40 gm minyak jagung


Cara:

1) Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat

2) Masukkan tepung sedikit-sedikit bersama minyak jagung lalu terus kacau. Anda juga boleh menggunakan tangan anda utk menggaul bahan ini dgn perlahan sehingga rata & sebati . Tapi, buatlah dgn berhati-hati dan jgn terlalu lama agar udara kat dlm adunan kek tu masih dapat dikekalkan.

3) Tuang adunan ke dalam loyang bulat berukuran 9" dan tingginya 3” yg telah dialas pd dasar dan digris.

4) Bakar selama kira-kira 40-45 minit dgn suhu 175C.

5) Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk sebelum dipotong 3 lapisan utk dihias.
HIASAN KEK

Chocolate Ganache
250 gm cokelat masakan
125 ml/gm whip cream
1 sudu besar mentega

* Cairkan cokelat dgn kaedah “double-boiling”. Kemudian angkat dari api dan bubuh whip cream dan terus kacau hingga pekat. Masukkan mentega dan kacau lagi. Siap digunakan.

Sedikit cokelat masakan putih
- Cairkan dan buatlah apa-apa design utk dialaskan pada buah ceri

Secukup buah ceri atau strawberry
Cokelat bar Van Houten (atau apa je jenama) – utk parut dan tabur atas permukaan kek
80 gm hazelnut (dipanggang sebentar dan dicincang)


CARA

1) Kek sponge yg telah sejuk dipotong menjadi 3 lapisan.

2) Ambil satu lapisan (pertama) dan ratakan krim ganache ke atasnya. Kemudian, taburkan hazelnut cincang.

3) Ambil satu lagi lapisan kek dan bubuh ke atas lapisan pertama. Bubuh lagi ganacahe dan taburkan hazelnut cincang.

4) Akhir sekali bubuh lapisan kek yg ketiga dan curahkan lebihan gancahe ke permukaan kek dan sekelilingnya. Ratakan.

5) Susunlah design cokelat putih di permukaan kek dan letakkan buah ceri ke arasnya. Gunakan sedikit cokelat putih (yg masih cair) sebagai “pelekat”.

6) Kemudian, taburkan parutan cokelat van houten dgn rapi.
......
Perhatian
Selalunya, kalau kita nak buat icing/frosting pada kek, kek tersebut harus diterbalikkan dahulu. Jadi, permukaan kek (atas) akan menjadi dasar kek (bawah). Ini agar bila kita menyapukan krim atau ganache ke permukaan kek, ia akan melekat dan tidak terkopek. Ini kerana setiap kek apabila dibakar akan terdapat selapis lapisan halus kat permukaannya yg mudah tanggal jika disentuh atau bila disapu dgn krim.
..........................................................................................

Tuesday, June 16, 2009

SUGAR ROLL

Saya ni tak mahir dgn pembikinan kek roll. Entah kenapa tangan ni blum lagi biasa dgn kaedah menggulung kek. Kadang2 bila nak gulung dah patah, kadang2 separuh jalan kek merekah. Ishh.... tapi bukan salah resipi ya! I guess I'm not cut out for roll cakes. Is there anyone out there yg ahli dalam kek roll ni dan sudi berkongsi ilmu bab kek roll ni?

Selain kek lapis yg memang menjadi minat saya, saya juga tertarik dgn pelbagai jenis, rupa dan perisa kek roll. Bila tgk resipi dan gambar, semangat tu berkobar2. Tapi bila pat nak menggulung tu mcm phobia. Teringat kisah 20 thn lebih yg lalu. Masa tu, bersungguh-sungguh nk buat kek roll- satu bahan gunakan 20 biji telur lagi! Bayangkan betapa hampanya bila kek tu tk dapat digulung. Oleh kerana demikian, saya lapiskan jer kek-kek yg telah dibakar tu. Rasanya tetap sedap.

Kelmarin, saya cuba buat sugar roll - resipinya dari blog Aunty Yochana. Tapi krn malas nak buat krim nya, saya gunakan jem strawberry jer. Walaupun tangan ni berjaya menggulung kek tu tp masih kurang kemas.

OK, di sini saya poskan resipi (wholesale dari blog Aunty Yochana) dalam bahasa Inggeris.


Sugar Roll

Ingrediens:
4 nos. egg white
80 gm. caster sugar
4 nos. egg yolk
1/4 tsp. vanilla essence
100 gm. cake flour
1/2 tsp. baking powder
40 gm. corn oil

100 gm. Butter cream
invert Sugar - very fine sugar


Method:

(1) Whisk egg white for awhile, then add in caster sugar gradually.
(2) Drop in the egg yolk one by one into the beating egg white until finish and continue beating for another 3 mins.
(3) Stop the machine, fold in the cake flour and baking powder.
(4) Fold in cornoil and pour into a 11" x 14" tray or 10" x 14" tray and bake at 200C for about 10 mins.
(5) Take out from tray and leave on the wire rack to cool.
(6) Spread butter cream onto the cooled swiss roll and roll into a swiss roll.
(7) Sprinkle some sugar onto a greaseproof paper and roll the swiss roll to and fro until evenly covered with the help of the greaseproof paper.
(8) Slice and serve.


Sunday, June 14, 2009

PANDAN KAYA CAKE



Pertama sekali saya buat Pandan Kaya Cake ni ialah kira-kira 20 tahun yg lalu. Resipi asalnya menggunakan tepung Optima tapi kerana tpg ni takde dalam simpanan, saya gunakan tepung supersponge cake-mix from Phoon Huat. Ringkas dan mudah dan saya rasa anda boleh membuatnya.

So, inilah resipinya.




PANDAN KAYA CAKE

Bahan-Bahan
250 gm tepung campuran super-sponge Phoon Huat
5 biji telur (saiz sederhana)
50 gm mentega (dicairkan)
50 gm air
1 sudu teh pes pandan

Cara:

1) Masukkan tepung campuran super sponge bersama telur dan air ke dalam mixer.

2) Pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit sehingga pekat. Kemudian kurangkan kelajuan kpd sederhana dan pukul lagi selama 3-5 minit.

3) Masukkan mentega cair dan pes pandan lalu gaul hingga rata. (Anda boleh gunakan tangan utk menggaulnya hingga rata. Gaul sekadar kesemua bahan dah sebati, jgn terlalu lama agar udara di dalamnya dapat dikekalkan utk mendapatkan kek yg gebu dan ringan)

4) Bubuh adunan ke dalam loyang bulat 9” dan bakar selama kira-kira 40- 45 minit dgn suhu 160 darjah Celsius.

5) Setelah masak, keluarkan kek dan sejukkan diatas redai. Kemudian potonglah 3 lapis utk disapukan dgn glis kastad.


Glis Kastad
250 ml air
60 gm gula
1 sudu teh (bumbung) instant jelly
125 ml santan pekat (KARA)
secubit garam
30 gm tepung jagung
sedikit pewarna hijau


Cara:

1) Masak gula bersama air hingga mendidih. Masukkan instant jelly dan kacau rata.

2) Sementara itu, campurkan santan dgn tepung jagung dan pewarna hijau.

3) Bila bahan instant jelly mendidih, masukkan bahan tpg jagung ini. Kacau sehingga bahan ini menjadi pekat dan berkilat.

4) Ambil satu bahagian kek dan sapukan custard glaze ke atasnya dan tindihkan dgn kek yg satu lagi. Buat begini utk lapisan yg kedua.

5) Akhir sekali, sapukan rata-rata lebihan glis kastad tadi di permukaan dan sekeliling kek ini dan buatlah pattern/design mengikut pilihan dan citarasa anda. Pada sekeliling kek ini bolehlah di hias dgn kepingan2 badam (almond slices) atau dessicated coconut.



Nota:
Anda boleh mempelbagaikan perisa kek ni mengikut citarasa dan kreativiti anda seperti perisa jagung, durian dan juga cokelat.

Sunday, June 07, 2009

AYAM MASAK PADANG / LEMAK PUCUK UBI

Kalau nak ikutkan hati macam malas jer nak masak, hujung2 minggu ni. Terutama sekali bila dah pergi jemputan walimah, dah kenyang, so takyah masak. Kadang2, buat anak2 , kami beli jer - for a change.

Nevertheless, harini sebelum ke majlis walimah, saya dah siapkan lauk Ayam Masak Padang. Pada pendapat saya, rasa lauk ni iras2 seperti ayam masak merah dgn ayam masak lemak cili padi". Seterusnya, saya juga sempat sediakan lauk pucuk ubi masak lemak. Sebenarnya, dah lama nak masak lauk ni, (mcm mengidam pulak!). Terdapat pelbagai variasi bahan/sayur2an yg boleh kita gunakan utk masak lauk lemak ni seperti daun turi, pisang muda, rebung, kobis, pucuk-pakis dan sebagainya. Cuma bila difikir-fikirkan, mungkin saya dan isteri saja yg makan lauk ni. Anak-anak? -mungkin tak sentuh agaknya!!


Tapi sangkaan saya meleset. Semua anak-anak makan lauk lemak pucuk ubi ni, walaupun awal2 saya dah bagitau ttg 'sayur' yg saya gunakan dlm lauk lemak ni. I'm surprised but pleasantly surprised!

So, inilah resipi utk hari ini bagi mereka yg ingin dan sudi mencuba. Nothing special - sekadar berkongsi pengalaman dan foto ya...


AYAM MASAK PADANG

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (kira-kira 1½ kg) –dibersihkan, potong ikut suka
3 gelas santan pekat (diambil dari 1 biji kelapa)
atau (400 ml santan kotak + 200 ml air)
1 cawan air
¾ cawan minyak masak
4 ulas bawang merah (b.kecil) –dihiris (utk tumis)
8 helai daun limau purut


Rempah Kisar
2½ sudu besar ketumbar
8 btg lada merah
8 btg lada kering
1 inci halia
½ inci kunyit hidup
3 biji buah keras digoreng
1 inci lengkuas (dititik)
1 btg serai
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

garam secukup rasa
1 sudu teh gula
jus dari 1-2 biji limau kasturi

Cara:

1. Panaskan minyak dalam periuk Tumis bawang merah yg dihiris tadi hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah kisar dan daun limau purut lalu masak hingga rempah garing, baru masukkan ½ cawan air. Teruskan masak sehingga terbit minyak dan bubuh ½ cawan air.


2. Bila lauk terbit minyak sekali lagi, baru masukkan santan pekat. Biarkan hingga mendidih lalu masukkan ayam, gula, jus limau dan garam. Masak sebentar sehingga ayam empuk dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda


LEMAK PUCUK UBI

Bahan-Bahan
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
2-3 ulas bawang putih
1 btg lada merah (kecil)
1 cm kunyit hidup
3 sudu besar udang kering (direndam)
(kesemua bahan dikisar/tumbuk)

1 ikat daun pucuk ubi (ambil daunnya saja dan rebus hingga empuk)
1 senduk besar kacang hijau (rebus hingga empuk)

200 ml santan kotak }
400 ml air } disatukan
garam secukup rasa


Cara:

1) Bubuh pucuk ubi yg telah direbus ke dalam sebuah periuk.

2) Masukkan pula bahan kisar kedalamnya bersama campuran santan/air. Lepas tu, masukkan kacang hijau tadi. Masak hingga kuah mendidih dan bubuh garam secukup rasa. Matikan api.



Saturday, June 06, 2009

GATEAU (KEK) BUAH-BUAHAN

Kek yg dibuat semalam, agak sempoi jer..... Kalau dah tahu basicnya, Insya'allah menjadi!



GATEAU (KEK) BUAH-BUAHAN
Bahan-Bahan Kek


5 biji telur (saiz besar, kira-kira 70 gm setiap satu)
130 gm tepung Hong Kong (diayak)
150 gm gula
80 gm mentega cair

Cara:
1) Pukul telur bersama gula sehingga kembang dan pekat.

2) Masukkan tepung (fold-in method) dan seterusnya mentega cair ke dalam adunan telur/gula tadi. Kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati/rata. Jangan kacau terlalu lama agar ‘udara’ yg ada kat dalam bahan kek ni tak ler byk keluar.

3) Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat, 8” atau 9” yang telah dialas kertas tracing dan digris dgn mentega.

4) Bakar di dalam oven dgn suhu 170 - 180 darjah Celsius selama kira-kira 30 minit. Setelah kek masak, keluarkannya serta-merta dari loyang dan sejukkan di atas redai kek. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum dihias.


Bahan-Bahan Hiasan
Secukup buah pic dalm tin (dihiris)
Secukup buah anggur atau strawberry
1 biji buah kiwi (dihiris)
secukup nenas dlm tin (dipotong kecil-kecil)
100 gm badam hiris (dibakar hingga kekuningan)

Bahan Krim
250 ml whip cream
(dipukul sehingga pekat)
beberapa titik esen mangga (optional) –dicampur pd krim sebagai perisa

Bahan Glaze3 sudu besar apricot gel
4-5 sudu besar air
(masak apricot gel ni bersama air sehingga larut dan cair – siap utk digunakan)


Cara Membuat Kek Buah-Buahan

1) Kek sponge yg telah disejukkan tadi, dibelah dua. Sapukan krim rata-rata di atas satu bahagian dan bubuh sedikit buah-buahan jika suka. Tangkupkan di atasnya dgn satu lagi bahagian kek tadi.

2) Kemudian, sapukan krim pada keseluruhan kek sehingga rata. Susun buah-buahan mengikut citarasa dan kreativiti anda sendiri, di permukaan kek. Pada keliling kek, bubuh pula badam hiris yg telah dipanggang tadi.

3) Akhir sekali, gunakan berus lembut dan sapukan apricot glaze rat-rata ke atas buah-buahan yg telah disusun. Ini agar buah-buahan tu kelihatan kilat dan cantik dipandang. Kek yg telah siap, disimpan di dalam peti sejuk.


Nota:

Anda boleh menggunakan apa saja buah-buahan yg anda gemari seperti strawberry, cherry dan sebagainya. Namun di dalam memilih buah-buahan tersebut, pilihlah yg berlainan warna, agar kek tampak ceria dgn pelbagai warna.