Followers

Wednesday, February 29, 2012

ROTI BOYAN / EPOK-EPOK SPECIAL


 

As-Salam semua. Dah seringkali kita membuat roti boyan atau epok-epok (karipap). Saya rasa semua dah arif membuatnya. Cuma pada kali ini saya nak share satu resipi yg saya buat kelmarin semasa keluar bersama bekas teman2 sekolah berbrisk-walking di Botanic Gardens.

Resipi ini lebih kurang mcm roti boyan dan epok2 telur.. Kebetulan, anak2 pun mmg suka dgn epok2 telur dan dah lama saya tk buat.. Saya ubahsuaikan sedikit resipi roti boyan dan epok-epok. Jom tengok, manalah tau ianya bertepatan dgn selera anda.
  



ROTI BOYAN (EPOK-EPOK TELUR SPECIAL)

Bahan-Bahan Kulit
700 gm tepung gandum
300 – 320 ml air hangat (suam-suam panas)
60 ml minyak sayur
3 sudu besar majerin planta
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam

Cara:
1) Tepung diayak ke dalam sebuah bekas.
2) Bubuh garam dan gula di dalam air hangat, kacau rata.
3) Panaskan minyak, majerin dan minyak sapi lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bekas berisi
    tepung tadi sambil dikacau sehingga adunan rata.
4) Kemudian, tuangkan air hangat yg dah bercampur gula/garam ke dalam adunan tepung dan uli
     sehingga menjadi adunan doh yg lembut.
5) Buatlah beberapa bebola mengikut saiz yg anda inginkan. Rehatkan adunan sebentar (kira-kira ½ jam).

Bahan Inti
600 - 700 gm kentang
(dibersihkan & direbus dgn sedikit garam hingga empuk, kemudian buang kulit dan lecek)
2 sudu makan udang kering (direndam dan tumbuk halus)
5 - 6 biji telur (kocok sedikit)
sedikit daun sup/bawang (dihiris)
3 - 4 biji bawang besar (dihiris)
15-20 batang cili padi (dipotong kecil2)
secukup lada hitam serbuk
garam secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi + 2-sudu besar minyak masak (utk menumis)
350 gm isi ayam digoreng dgn sedikit garam, kunyit. ( pastu disiat-siat)
Keju slices (dipotong2)

Cara Membuat Inti


 Gaul kentang yg dah dilecek bersama udang kering. Ketepikan.

 Panaskan minyak sapi/minyak masak. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga ia setengah
 masak/layu. Tuangkan telur dan gaul bersama bawang /cili padi. Bubuh sedikit garam dan kacau sekali-sekala sehingga telur ¾ masak jer. Angkat dan tuang telur ke dalam bekas berisi kentang lecek tadi.

Kemudian, masukkan serbuk lada hitam dan daun sup/bawang.  Gaul adunan kentang ini sehingga rata.

 
 

Cara Membuat Roti Boyan
Ambil dua bebola doh yg dah direhatkan tadi dan canai hingga menjadi  2 keping bulatan. Ambil satu keping dan isikan inti kentang, siatan isi ayam dan keju slice. Ambil sekeping lagi doh dan tangkupkan ke atas kepingan pertama. Kelimlah seperti mengelim epok-epok (karipap). Buatlah begini sehingga selesai doh dan inti.   

Panaskan secukup minyak di dalam kuali dan mulalah menggoreng roti boyan ini seperti  biasa.Gunakan api yg sederhana agar ia masak sekata.
 
 

7 comments:

Eiza said...

Yess....Abang Rozzan telah kembali rajin....waa miss ur updating....jgn lupa my request for blueberry cheese tart....hi hi hi....:)

Hani in Canada said...

Kemas ajer Abg Rozzan 'kelim' epok2 ni. Hani yg tak pass pass! Comel2 ... tinggal nak masuk mulut ajer lagi.

BR said...

Eiza,
Insya'allah, kalau ada masa dan kelapangan, saya buat updates yer. Thanks for your imterest :-)

BR said...

Hani,
LOL... biasa2 aje Hani.. Apapun, yg penting rasanya enak.. :-)

izan canada said...

baru je siap menguli epok2 ni,,senang je,,bahan2 pon ada...terima kasih dengan resepi epok2 ni,,,

Anonymous said...

Abg Rozzan...dah try this recipe...sedap!!!my hubby, his family puji...thank u for the upload...

Anonymous said...

very very beautiful looking curry puffs. do you use a mould or is there a crimper for this design,if there is any mould can u please tell me where to find it. if it is hand made then you a pair of blessed hands